7 Strategi Best Buat Duit Di Shopee

7 Strategi Best Buat Duit Di Shopee

Buat bisnes di platform Shopee ni sebenarnya mudah, tapi tak ramai juga yang tahu bagaimana cara nak tingkatkan lagi sales di Shopee.

Sebagai contoh kalau sebelum ini cuma dapat sales RM100-RM500 sahaja sebulan, tapi sekarang ni nak tingkatkan lagi kepada RM1000-RM5000 sebulan dan begitulah seterusnya.

Buat Bisnes Biar Sampai Maju

Kalau buat bisnes sememangnya kita nakkan bisnes yang kita buat berkembang. Daripada ada 2-3 produk je untuk dijual, sampai jadi banyak dan menjadi tumpuan ramai.

7 Strategi Best Buat Duit Di Shopee

Jadi untuk tingkatkan lagi sales dan keuntungan berniaga di Shopee, anda sebagai peniaga haruslah mengatur strategi berkesan untuk menambahkan lagi peluang produk anda itu untuk terjual.

Strategi 1 – FOKUS

Untuk buat bisnes di Shopee ni paling penting adalah fokus.

Fokus kepada sesuatu niche sahaja amat penting untuk memantapkan lagi bisnes anda di Shopee.

Kalau sekejap jual ini, dan tiba-tiba jual produk yang tiada kaitan, pembeli nak beli pun mungkin rasa curiga kedai dia ni jual apa sebenarnya.

Susah kalau pembeli mula rasa curiga dengan kedai kita yang kita bina sendiri tu kan.

Strategi 2 – UPSELL

Peniaga yang pandai adalah mereka yang pandai menjual. Bukan satu barangan sahaja dia boleh jual, tapi lebih daripada itu.

Contohnya anda sebagai peniaga boleh pakejkan produk anda kepada beberapa bahagian. Jadi pembeli berfikir tentu untung beli dari kedai ini sebab adanya pakej pembelian yang menguntungkan.

Tapi sebenarnya nak bagi pembeli membeli lebih dengan kita. Bijak kan.

Strategi 3 – JUAL BANYAK TEMPAT

Jangan fokus kepada satu tempat sahaja. Contohnya anda jual di Shopee je.

Tapi platform lain seperti Lazada, 11Street dan banyak lagi tak pergi plak kan. Paling rugi kalau tak setup di Facebook.

Jadi jangan terhadkan tempat jualan anda. Ada yang lagi bijak, buat banyak akaun Shopee dan kedainya berlainan niche dan dapat banyak jualan, tapi kedainya berlainan juga.

Mungkin sesuai bagi sales yang sangat laju..

Panduan Shopee

Ada banyak lagi strategi jualan yang boleh anda baca secara detail. Isikan maklumat anda iaitu Nama dan Emel anda melalui borang yang disediakan ini.

Download 7 Strategi Best Buat Duit Di Shopee Sekarang!

One thought on “7 Strategi Best Buat Duit Di Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge