Logitech Wireless Keyboard & Mouse Best dan Murah

Wireless Keyboard dan Mouse Logitech

Wireless Keyboard dan Mouse mana yang best untuk dipakai ye?

Tak kisah la korang guna untuk buat kerja ke, buat assignment ke atau macam-macam lagi kegunaan. Baru-baru ni aku berjaya dapatkan satu set wireless mouse dan keyboard. Ini merupakan set ketiga aku selepas kecewa dengan prestasi kesemuanya.

Wireless Keyboard dan Mouse Logitech

Aku tak ingat jenama mana satu aku pakai yang mula-mula, beli asal murah je. Bajet aku cuma RM100 dan ke bawah sahaja sebab bajet dan sedap dipakai orang kata.

Wireless Keyboard & Mouse set aku beli lebih kurang macam gaming set sebab mouse dan keyboardnya tu agak besar dan kalau tengok memang nampak macam untuk gaming punya style. Aku cuba pakai, tapi kecewa juga dengan prestasinya.

Member aku ada suggest untuk tukar kepada jenama Logitech. Pengalaman dia pakai memang best dan sedap.

So haritu aku ada beli wireless mouse jenama Logitech untuk try dulu..Fuh..memang sedap pakai.

Jadi aku pun ambil keputusan untuk cari Wireless Keyboard & Mouse set di Shopee. Sekarang ni Shopee merupakan laman shopping utama aku. Kalau dulu Lelong.my tapi berubah sebab Shopee memberikan pengalaman yang sangat berbeza..sebabnya..BANYAK KUPON!!!

Dua wireless keyboard dan mouse aku beli sebelum ni aku beli secara offline sebab takut tak sedap pakai, tapi kali ni aku nekad sebab dah try Wireless Mouse dari Logitech, so aku pun tangkap la satu set terus.

Ada je wireless mouse dan keyboard ni yang lagi mahal, aku rasa lagilah sedapkan kualitinya berbanding dengan yang ini.

Berapa Harga Wireless Mouse & Keyboard Set ni?

Beli Wireless Mouse dan Keyboard

Untuk set ni aku beli cuma RM59.00 sahaja + FREE SHIPPING!

Itu yang aku suka sebab aku masih ada kupon free shipping dan kebetulan juga offer kat seller tu ada FREE SHIPPING kan, so sambar la kan daripada aku penat-penat nak pergi ke kedai dan belum tentu lagi aku dapat harga yang murah macam ni.

Kalau korang memang jenis macam aku yang malas nak pergi ke kedai untuk beli sendiri, yang ni aku dah review sendiri memang best pakai dan sedap. Jadi korang tak perlu risau dengan prestasinya lagi. Masuk je laman web Shopee dan terus cari Logitech Wireless Keyboard Mouse Set. Cuba cari yang FREE Shipping, dapat tak harga macam aku tu.

So far aku pakai untuk buat kerja editing dan juga blogging sangat best dan lancar. Aku suka keyboard yang mempunya permukaan yang lembut pada bahagian kekuncinya tu supaya senang nak tekan, takde macam model keyboard sebelum ni yang agak keras dan timbul. Memang macam gaming punya style.

Silap aku juga kan..haha.

Jadi kepada korang yang tengah mencari wireless mouse atau keyboard set boleh dapatkannya di Shopee dan beli jenama Logitech, memang sangat puas hati. Ada bajet lebih, korang beli yang mahal sikit dan tentu feel pakainya lebih sedap lagi berbanding dengan yang ini.