Ketiga Biasanya Hadiah Tak Best

Tadi ada perhimpunan bulanan bagi jabatan aku.Jabatan mana tu, korang tengok je gambar kat bawah ni korang tahu le jabatan mana ye tak? Kalau korang tu cikgu, kompem la kena tahu jabatan ni. :D

Tempat-Ketiga-Pertandingan-Logo-5S

Hadiah ni aku dapat pagi tadi. Aku masuk pertandingan cipta logo 5S ni sebenarnya sekadar menyertai je. Tak harap menang pun sebab logo yang aku buat tu simple sangat..masa nak siapkan logo tu pun 2 hari je aku ada. Simple gila…setelah aku tengok logo yang bergelar juara tu, aku senyum je..sebab memang dia layak menang pun..orangnya pun aku kenal..takpe lah..rezeki aku nombor tiga je…ramai plak tanya aku apa hadiahnya..woh…tengok kecik je kan?

Ketiga biasanya hadiahnya tak best kan? Aku tak kisah sangat sebenarnya hadiah tu ada ke tak, sebab pada mulanya memang takde hadiah untuk tempat kedua dan ketiga. Hadiah Johan dapat la RM200 beserta sijil..kedua taktau..aku tengok besar sangat tadi hadiahnya..elok pun dapat kecik ni, senang aku nak bawak balik..ehehe..:D

Nak tahu hadiah ape ke? Aku balik keje tadi terus bukak..surprise gak..alhamdulillah..aku ingatkan kalkulator tadi..sekali….whoaaa…best gak adiahnya…heeeee…hadiahnya nanti aku gitau post yang akan datang…hehehehe