10 Artikel Paling Top 2017 MohdFairiz.com

2018 sudah pun membuka tirainya. Semalam aku malas nak tulis apa-apa sebab dalam mod bercuti.hehe. Walaupun duduk rumah je kemas-kemaskan rumah (konon).

Walaupun aku bukan top blogger kat Malaysia ni yang ada puluhan juta views sehari ataupun followers yang ada kat Instagram, tapi pada kali ini aku nak cuba buat 10 Artikel Paling Top Pada Tahun 2017.

10 Artikel Paling Top 2017

1.Nasi Ayam Sedap Di Ipoh

Artikel ni sebenarnya spontan je aku buat sebab ada aku ternampak rakan FB aku yang nak ke Ipoh dan bertanyakan kedai nasi ayam mana yang sedap di Ipoh.

Aku pun ambil peluang tersebut dan terus buat satu artikel tentang “nasi ayam sedap di Ipoh”. Tak sangka pula mendapat view yang agak tinggi juga bagi blog aku yang agak suam traffic ini.

Janji target keyword aku berjaya masuk dalam SERP yang teratas bagi keyword tersebut.

2.Beli Perabot Murah Dari China

Satu lagi artikel yang berjaya hit view yang tinggi menerusi search engine. Tapi artikel ini sebenarnya masih belum buat apa-apa margin yang tinggi daripada affiliate.

Asalnya buat artikel ini untuk dapat komisen affiliate. Tapi masih belum merasa komisennya. Mungkin sukar untuk mereka buat belian berbanding nak dapatkan info sahaja.

3.RM500 Je Modal Bisnes Borong Dari China

Trafik dari artikel ini mungkin juga dapat membantu mereka yang ingin memulakan bisnes secara kecil-kecilan dengan hanya bermodalkan RM500.00 sahaja.

Dengan RM500.00 dah boleh borong barang dari China dan buat bisnes secara online ataupun offline. Murah dan mendapat margin untung yang sangat besar.

Jadi cuba baca artikel tersebut, mana tahu anda nak buat bisnes modal RM500.00 je dah boleh dapat untung yang sangat besar.

4.Top 3 Tempat Menarik di Taiping Yang Mesti Dilawati

Artikel ini adalah salah satu advertorial berbayar yang mana artikel tersebut telah disunting sedikit oleh aku supaya kena dengan gaya bahasa dan jiwa blog ini walaupun keseluruhan artikel ini adalah diberikan oleh pengiklan.

Alhamdulillah, artikel ini menjadi salah satu top views pada tahun 2017 yang lalu.

5.Belajar Memanah Di Ipoh

Aku tulis artikel ini untuk membantu mengembangkan sukan memanah di negeri Perak. Lagipun sukan ini dah makin mendapat perhatian dikalangan ibu bapa sebab nampak kebaikannya iaitu merupakan salah satu sukan sunnah Rasulullah.

Mungkin ramai ibu bapa ataupun individu yang mencari tempat belajar memanah di Ipoh boleh rujuk artikel berkenaan untuk maklumat dengan lebih jelas lagi.

6.Tarikh Akhir Perkhidmatan Pos Laju Sempena Tahun Baru Cina 2017

Entri ini aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh menjadi top view sedangkan aku tak target apa-apa pun. Sebabnya aku memang takde idea nak tulis apa-apa pada masa ini.

Jadi ternampak notis daripada Pos Laju tentang tarikh akhir perkhidmatan Pos Laju. Jadi saja je share kepada reader yang mungkin nak shopping online ataupun menjadi penjual online.

Mungkin ramai yang mencari kenapa barang mereka lambat sampai ataupun nak pos kan barang, jadi search di Google dengan keyword berkenaan.

7.Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

Disebabkan aku takde pengalaman booking online menggunakan perkhidmatan Easybook, jadi masa aku nak ke SBB2017 haritu aku mencuba perkhidmatan ini.

So far boleh tahan la walaupun boleh dipertingkatkan lagi servisnya. Apa yang menarik adalah korang boleh book tiket keretapi, bas dan juga feri kalau tak silap.

Memang memudahkan mereka yang nakkan apps yang boleh buat semuanya setempat.

8.Mana Nak Cari Luggage Murah?

First time juga beli luggage secara online kat Lazada, jadi aku pun share pengalaman tersebut. Tak sangka juga menjadi top view pada tahun 2017.

9.Pengguna Setia Bateri Eneloop

Aku tulis untuk pengguna DSLR yang mana nak cari bateri rechargerable yang memang bagus untuk pengguna DSLR. Murah dan menarik pula designnya.

10.Produk Hilang Bau Badan Terbaik

Artikel ini merupakan review produk salah seorang rakan blogger iaitu Ijad.my yang kembali berblogging tu kan. Memang semua produknya bagus belaka.

Sampai sekarang aku pakai produk ini dan sangat berkesan. Dalam masa 2 hari je bau badan yang ‘ashumm’ tu boleh hilang.

Itu saja 10 Artikel Paling Top Tahun 2017. Aku dapat lihat pada tahun 2015-2016 sebenarnya artikel aku paling banyak mendapat top view.

Mungkin pada masa tu aku fokus kepada affiliate daripada blog dan mendapat komisen yang agak lebat daripada update artikel tersebut. Tapi sekarang ni dah makin ramai yang dapat komisen lebat affiliate kan.

Aku pun dah tak fokus kepada affiliate marketing dari blog sebab aku cuba nak fokus kepada affiliate luar negara. Cuma hari tu aku mungkin banyak main, tak fokus untuk teruskan.

Tahun 2018 ini aku akan cuba dapatkan komisen affiliate dari Clickbank. Aku yakin akan dapat, sebab aku pernah dapat. Jadi kena target yang lebih tinggi.

Untuk korang yang nak belajar dengan lebih mudah dan pantas tentang Clickbank, boleh klik CBMethod.com

6 Comments

  1. Asyraf Asri January 17, 2018
  2. Belang Tarung January 5, 2018
  3. Pisyek January 2, 2018
    • reez January 2, 2018
  4. nikkhazami January 2, 2018
    • reez January 2, 2018

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.