5 Jenis Stall Burger Paling Digemari

Cara Buat Bisnes Burger memang kena ada skill yang tinggi. Bukan setakat tahu buat Resepi Burger Yang Sedap je, tapi kena juga ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira. Ini bagi memastikan stall burger korang tu akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semasa ke semasa. Paling penting, korang sudah mula ada regular customer yang selalu membeli burger korang tu diwaktu yang tertentu.

Ciri-Ciri Stall Burger Terbaik

Aku sebagai rakyat Malaysia yang memang gemar makan burger, kekadang agak terkilan dengan sesetengah stall burger yang ada di Malaysia ni. Ada sesetengah tu yang aku memang kagum dengan stall burger tu, walaupun dari segi rupa..memang tak la hensem mana. Faktor penting, memang burger itu haruslah sedap..kan? 😀

Klik Untuk Dapatkan 18 Jenis Stall Burger Terbaik!

Sebagai peniaga burger yang hensem, korang kena tengok juga 5 Jenis Stall Burger Paling Digemari sekali oleh ramai orang..mungkin ada yang tak berapa kisah, tapi mungkin sebagai pembeli..perkara kecil macam ini lah yang bakal melonjakkan sales korang nanti.

Rahsia Bisnes Burger

1. Stall Burger Buka Setiap Hari

-Ya…dibuka setiap hari..memang aku suka..sebabnya tak payah nak ingat waktu operasi stall burger tu bila, dan bila pula cutinya. Kalau ada hal yang tak dapat dielakkan tu, memang aku faham la keadaannya.Tapi kalau ada stall burger yang ambil cuti plak dalam seminggu tu..macam tak best plak dibuatnya..Lain le kot kalau restoran, ye tak? Pekerjanya ramai..Kalau stall burger pun dah macam restoran, memang wajar rasanya ambil cuti juga..mengamuk nanti tak tentu pasal pekerja.

2.Harga dan Menu Menarik

-salah satu daya penarik bagi jenis burger yang korang jual tu adalah nama burger tu. Memang standard nama burger ayam, burger daging…tapi ada aku tengok juga stall burger ni lain kan sedikit namanya. Contohnya Burger Bakar yang dijual, ada nama pemain bola sepak..masa tu aku pilih Burger Torres..bukan sebab aku minat Torres pun…tapi sebab gambar kat banner tu nampak sangat sedap..dan rasanya memang tak mengecewakan aku langsung..

3.Persekitaran Stall Burger

-faktor ni pun penting sebenarnya..sebab aku nak beli burger memang tak suka tempat yang susah nak letak kereta atau singgah sekejap untuk order. Lagi satu, aku berapa berkenan juga dengan aktiviti melepak dan menghisap rokok di kawasan stall burger tu. Tak selesa juga aku nak tunggu kat situ sambil cium bau asap rokok yang tak best tu.

Stall Burger Terbaik

4.Stall Burger Mudah Nampak

-mudah nampak ni maksudnya dari jauh lagi korang dah nampak stall korang. Mungkin ada tarikan seperti lampu kelip-kelip ke atau banner yang besar atau gambar korang tengah makan burger yang sedap tu kan. Confirm orang akan lebih tertarik nak beli kat stall korang..

5.Nombor Telefon

-mungkin nampak biasa..tapi korang harus letak nombor telefon korang sejelas-jelasnya di stall burger korang. Letak besar-besar kat banner korang ke, kat depan stall tu ke supaya orang boleh call je nak order dari korang supaya memudahkan ramai lagi orang nak membeli, sebab mudah dan cepat. Order dari Whatsapp pun satu lagi cara paling terkini yang korang boleh cuba..:D

Mungkin semua jenis stall burger yang aku dedahkan kat sini, nampak biasa je, tapi itu yang aku tengok ada pada sesetengah stall burger yang berjaya menarik ramai customer yang regular..dan akulah salah sorangnya. Tapi dah lama juga tak beli burger Torres ni..lepas bazar ramadan haritu tak meniaga dah..banyak untung agaknya tu kan.

Dapatkan 18 Ciri Stall Burger Terbaik Di Malaysia

19 Comments

  1. blogger lelaki October 1, 2014
  2. luthfi September 23, 2014
  3. rokiah September 20, 2014
  4. Uncle Zuan September 14, 2014
  5. sabree hussin September 4, 2014
  6. Denaihati August 29, 2014
  7. Akuro San August 28, 2014
    • reez August 28, 2014
  8. Hafizul August 27, 2014
  9. eyriqazz August 26, 2014
  10. Zali August 25, 2014
  11. mancai August 25, 2014
  12. Hairul Azni August 24, 2014
  13. reez August 24, 2014
  14. zumal August 24, 2014
  15. FaizAlias August 24, 2014
  16. Sobri Mansor August 23, 2014
  17. titan August 23, 2014
    • reez August 23, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.