8 Jus Yang Paling Laris Untuk Bisnes Air Balang

Bisnes Air Balang sebenarnya sangat special. Selain mudah nak setup bisnes air balang ni, ianya merupakan satu bisnes yang evergreen. Kiranya untuk berjaya dalam bisnes air balang sangat mudah. Itupun kalau air balang tu sedap la kan.

Tapi tak ramai yang tahu, air jenis apa nak jual untuk pertama kali? Dekat mana nak meniaga? Macam mana nak dapatkan resepi air balang yang nak dijual?

Boleh ke main buat je air ikut suka yang ada dijual tu dan terus jual secara rawak tanpa memikirkan bagaimana keuntungan bisnes air balang ni nanti.

8-jus-yang-paling-laris-untuk-bisnes-air-balang

Apa juga bisnes yang korang lakukan, perlulah dilakukan beberapa analisis dahulu sebelum mula berniaga. Tapi jangan mulakan dengan fikiran negatif, mulakan dengan apa yang perlu disediakan dan cara nak atasi masalah tu.

Contohnya kalau korang nak meniaga di kawasan yang memang ramai orang meniaga air atau makanan, cuba analisis apakah jenis air yang masih belum dijual disekitar tempat tersebut. Jangan pula jual air yang luar biasa dan mahal pula dikawasan yang mungkin cuma kanak-kanak dan ibu bapa nak bersiar-siar.

Harga adalah satu perkara yang penting.

Tengok sahaja penjual yang trending dahulu..meniaga kopi..setelah ramai yang jual kopi dengan kuantiti dan bentuk yang sama. Sudah tidak ramai yang membeli kopi tersebut disebabkan merasakan mungkin terlalu banyak ais ataupun rasa yang sama sahaja di samping harganya yang mungkin agak mahal.

8 Jus Best Seller Ini Mungkin Membantu

8 jenis air ini merupakan antara ‘Best Seller’ sepanjang masa untuk bisnes air balang ni.

1.Jus Mangga
2.Jus Tembikai Susu
3.Jus Tembikai
4.Jus Carrot Susu
5.Jus Asam Boi & Limau Kasturi
6.Jus Mata Kucing
7.Jus Air Jagung
8.Jus Nenas Madu

Klik Untuk Dapatkan Resepi 8 Just Best Seller Ini Sekarang

Wajib ke Jual 8 Jenis Jus Ini je?

Sebenarnya terpulang kepada saiz bisnes air balang yang korang nak buat tu. Nak jual 8 jenis jus ni memerlukan balang yang banyak untuk dijual dan mungkin saiz kedai korang tu pun sure besar dan perlukan lokasi kedai yang besar.

Ada satu tips best bagi mereka yang nak jual air balang ni….

Tanya atau hasilkan sendiri USP……

Apa benda tu plak USP? Nak jual air balang pun nak ada USP ke? Mengarut je..nak jual tepi jalan je pun.

Kalau nak ikut, terpulang..kalau tak nak ikut pun takpe..aku tak rugi apa pun kalau korang tak nak ikut tips yang bakal aku kongsikan.

USP – Unique Selling Proposition

Apa uniknya Jus Air Balang yang aku nak jual ni? Sedap sangat ke?

Pernah tak dengar, peniaga air balang ni jual satu jenis air je. Ada yang jual air Teh Ais sahaja..ada yang jual Jus Jambu Asam Boi je. Itu pun tak menang tangan nak menjual. Padahal dia jual 3-4 jam je sehari. Apa uniknya air dia jual? Ada dadah ke?

Ini disebabkan penjual tersebut tampil serlahkan keunikan tentang apa yang dia jual kepada orang. Jadi mudah bagi orang ramai untuk tertarik kepada jualan tersebut dan mudah nak lekat difikiran.

Contohnya kalau korang nak jual Jus Mangga…semua orang boleh jual jus mangga yang sama..tapi apa yang membezakan jus mangga korang tu dengan yang lain?

Antara kelebihan yang mungkin korang serlahkan adalah seperti:

“Hanya Mangga FRESH terpilih dibuat jus, Pasti Sedap!!”

Tapi paling penting sekali sebenarnya adalah pastikan air yang korang nak jual ni sangat sedap daripada biasa. Kalau ayat je gempak tapi rasa air tu tak sesedap mana pun, tak boleh juga.

Bagi je kawan-kawan rasa dahulu dan dapatkan review mereka. Buat juga promosi untuk rumah terbuka ataupun ada jamuan di ofis-ofis.

Jadi Bisnes Air Balang ni memang boleh dapatkan keuntungan yang sangat tinggi jika korang tahu teknik-tekniknya daripada yang lebih berpengalaman.

Download dan dapatkan Panduan Bisnes Air Balang ini dengan harga yang cukup murah. Apa yang paling penting adalah ‘action’. Kalau korang tak buat, memang tak berguna la apa panduan sekalipun.

8 Comments

  1. Ilham November 29, 2016
  2. Kereta Sewa November 3, 2016
  3. Pengedar Shaklee Bangi November 1, 2016
  4. reez October 30, 2016
  5. Nila anggraini October 30, 2016
  6. cik tom October 27, 2016
  7. doaqunut October 25, 2016
  8. Anuar October 20, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.