8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

Huawei Honor 8 nampaknya tak lama lagi nak keluar dan bakal bersaing dengan banyak lagi smartfon-smartfon yang power seperti well known iPhone dan juga Samsung. Walaupun aku pernah pakai handphone jenama Lenovo, aku tak  pasti kenapa Lenovo seakan-akan sudah tenggelam berbanding jenama lain.

huawei-honor-8

Zaman sekarang ramai yang nak mencari telefon yang power dari segala segi, sama ada dari segi kelajuan, dari segi rupa, dari segi storage dan sebagainya. Kalau korang memang ‘kaki selfie’ dah tentu nak cari kamera yang boleh dapatkan gambar cantik.

Walaupun ada banyak lagi jenama telefon yang dapat memberikan semua kepuasan tersebut. Imej seperti DSLR apa semua, tetapi tentu amat berbeza dari segi harga…tapi Apa Agaknya 8 Sebab Utama untuk korang dapatkan smartfon terkini daripada Huawei iaitu Huawei Honor 8 ini.

1. Warna Huawei Honor 8 Sangat Seksi

Ok, cuba tengok sendirilah 3 warna yang ditawarkan tu….tak terasa tergugat ke phone yang korang ada sekarang ni? Aku paling terasa warna biru tu…fuh..macam elegan je kalau pakai berbanding jenama handphone lain. Takde lagi aku tengok yang ada warna biru macam Honor 8 ni.

2.Kaki Selfie Boleh Jadi Gila Sekejap

Diharapkan semua ‘kaki selfie’ yang ada dapat menahan diri ok. Sebabnya kamera ini memang sangat power bagi mereka yang ingin dapatkan gambar yang sangat berkualiti.

Spesifikasi Kamera Huawei Honor 8

-12MP lense yang mempunyai set aperture F0.95 sehingga F16 membolehkan korang mendapatkan gambar yang sangat cantik dan juga sharp. Terkesima sekejap aku melihat aperture sehingga F0.95. Senang-senang je boleh buat gambar bokeh (sharp depan, blur belakang) macam dalam gambar ni.

huawei-honor-8

-8MP untuk kamera hadapan sangat sesuai bagi mereka yang memang ‘kaki selfie’ tu untuk mendapatkan imej yang sharp dan berkualiti walaupun ketika baru keluar mandi..haha. Dah siap dah sekali mode dalam kamera ini untuk korang selfie dengan jayanya walaupun ada jerawat dan tak mekap.

3. Teknologi Terkini Paling Updated

huawei-honor-8

Sekuriti telefon pintar sekarang sudah semakin updated dan dikemaskini dengan teknologi finger print. Boleh dikatakan banyak pengeluar telefon sudah mula sedar akan kepentingan teknologi ini dan dah nampak ianya satu keperluan.

Teknologi NFC tag read N write tu aku tak pasti apakah maknanya tu. Mungkin teknologi pembayaran secara maya melalui telefon bimbit kot. Mungkin di Malaysia masih baru lagi dan korang lah yang akan mula memakainya ye?

4.CPU Raksasa Untuk Teknologi Paling Perkasa

huawei-honor-8

-Honor 8 ini dikuasakan dengan 2.3 GHz octa core CPU 4GB LPDDRAM membuatkan telefon ini menjadi seekor raksasa yang sangat best untuk bermain game seperti di televisyen tanpa ada masalah kelajuan.

5. Huawei Honor 8 Dapat Jaga Mata Anda

Ramai kan nak telefon yang mempunyai paparan yang cantik, HD apa semua. Tetapi ada ke telefon pintar lain yang mempunyai teknologi Eye Care Mode?

Ada yang suka main game, ada yang suka baca novel, ada yang suka tonton drama online daripada telefon kan. Dah tentu korang akan tengok paparan yang sangat terang tu dalam masa yang lama.

Ini memang boleh merosakkan mata, jadi kalau korang dapatkan Huawei Honor 8 ni, dah tentu perlindungan tu ada dan kalau nak bagi untuk anak-anak pun selamat. Takkan nak bagi anak-anak jadi rabun kan? Atau tak sayang mata sendiri ke? 😛

Zaman sekarang zaman video HD, paparan telefon ni sudah mencapai 1080HD..apa lagi yang dimahukan…takkan tak cukup lagi. Janji dapat jaga mata daripada cepat rosak.

Dapatkan Huawei Honor 8 Sekarang

6.Bateri Huawei Honor 8 Power Tu

Bateri Huawei Honor 8 ini walaupun cuma 3000mAH, tetapi sangatlah handal sehingga boleh mencapai sehingga 10 jam lamanya walaupun korang rajin main game..fuuh..mana nak cari..

Jangan terkejut kalau korang cuma ambil masa 30 minit untuk cas semula bateri telefon Honor 8 ini dah sampai 48%..maknanya kalau cas dalam sejam dah nak penuh dah kan.

7.Boleh Support Sehingga 5G

Teknologi 5G mungkin belum lagi sampai ke negara kita, tapi tak lama lagi lah tu kan. Handphone ni sangat power sehinggakan boleh support 2.4G sehingga 5G terus. Kalau korang ke negara-negara yang ada kelajuan 5G, tak payah risau, kelajuan internet korang takkan tergugat sama sekali.

8.Harga Sangat Murah

Cuba tengok sendiri spesifikasi yang telah aku tunjuk sejak awal. Kalau nak dibandingkan dengan telefon-telefon lain yang sedia ada. Rasanya tiada lagi yang boleh lawan dari segi harga.

huawei-honor-8

Tambah menarik kalau korang tempah Honor 8 ini di Lazada, korang akan dapat Free Gift yang sangat power. Pergi kedai lain belum tentu dapat..cuba tengok sendiri kat bawah ni

Product Name Selling Price
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326) 1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326) 1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575) 1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575) 1899

Untuk menyaksikan telefon ini dengan lebih dekat, apa kata korang tengok video review tentang telefon terbaru daripada Huawei, Huawei Honor 8 ini.

Lazada My CyberSale sedang berlangsung sekarang mulai 26 September – 30 September 2016 sahaja. Jangan ketinggalan dapatkan diskaun sangat hebat!

<Lazada Malaysia

Dapatkan Huawei Honor 8 Sekarang

9 Comments

  1. Pengedar Shaklee Bangi November 1, 2016
  2. Azzahairi October 6, 2016
  3. siti hazreen October 5, 2016
  4. Ato September 30, 2016
  5. Oyong Ilham September 30, 2016
  6. spa8i September 29, 2016
  7. Jie Susanos September 27, 2016
  8. raihanah September 27, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.