Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Kamera Digital sudah menjadi satu keperluan bagi sesetengah orang. Tak kira la dia kerja sebagai apa sekalipun. Kegunaan utamanya sudah pastilah menangkap gambar.

Jurutera, Blogger, Pereka Grafik, Arkitek, Operator Pengeluaran, Pemandu Uber, Pemandu Lori ke semuanya mengidamkan kamera digital.

Tak kira lah sama ada telefon berkamera ataupun hanya kamera digital sahaja.

Ada yang lagi advance dan mampu untuk membeli kamera jenis DSLR yang besar gedabak dan berat tu ataupun jenis Mirrorless yang agak ringan berbanding DSLR.

Tapi anda boleh buat dengan kamera digital? Adakah hanya untuk merakam gambar kenangan sewaktu konvokesyen?

Tangkap gambar semasa bercuti ke luar negara sahaja? Tangkap gambar anak? Tangkap gambar awek, boyfriend?

Sebenarnya ada banyak kegunaan yang baik dan ada juga keburukannya kalau anda sendiri tak tahu beli kamera digital atas sebab apa. Mungkin duit banyak sangat tak tahu nak beli apa, jadi belilah kamera digital. lol.

Cuba lihat apakah yang anda boleh lakukan dengan kamera digital ini yang boleh mendatangkan keuntungan, walaupun sedikit.

1.Tangkap Gambar Objek Pegun

Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Gambar objek pegun seperti pensel, monitor komputer, keyboard, pendrive bateri, dan banyak lagi yang tidak bergerak anda boleh rakam dan upload ke website Shutterstock untuk dijual.

Setiap download akan dibayar kepada anda setiap bulan mengikut bilangan download dan harganya. Bayangkan berapa banyak gambar anda boleh jual dengan hanya objek pegun.

2.Tangkap Gambar Makanan

Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Kalau anda sebagai blogger makanan, sudah tentu dengan teknik pencahayaan yang baik, mampu mengambil gambar makanan dengan cantik walaupun anda tidak belajar seni kulinari di universiti.

Blogger EnyAbdullah ada Tips Bagaimana Nak Ambil Gambar Makanan Dengan Cantik. Boleh baca dan fahamkan.

Jika anda nak belajar lebih advance, lebih baik anda masuk kelas Food Photography dengan lebih serius supaya anda boleh dapat satu lagi kerjaya, tangkap gambar makanan di hotel-hotel atau restoran bercitarasa tinggi.

Boleh juga anda test skill anda dengan kedai-kedai biasa terlebih dahulu untuk asah skill anda itu dan kenakan upah yang rendah terlebih dahulu. Itu kan pengalaman.

3.Tangkap Gambar Permandangan

Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Gambar permandangan sebenarnya terlalu ramai yang suka untuk ambil gambar. Tetapi apakah jenis gambar yang paling mudah untuk dijual?

RARE!!

Apa Anda Boleh Buat Dengan Kamera Digital

Mudah je cakap, tapi rare yang macam mana tu?

Klik pada gambar untuk baca artikel tersebut. Beliau suka dengan gambar-gambar permandangan dan upload di 500px dimana platform ramai jurugambar amatur dan profesional upload gambar mereka.

Untuk mendapatkan gambar yang cantik seperti ini bukan susah sebenarnya, apa yang anda perlu cuma belajar. Ada yang belajar melalui Youtube sahaja sudah boleh mendapatkan gambar-gambar permandangan yang cantik dan RARE!

4.Tangkap Gambar Orang

Ada banyak kategori.

a. Anda boleh buat servis tangkap gambar passport

b.Anda boleh buat servis tangkap gambar orang kahwin

c.Anda boleh buat servis tangkap gambar potret famili

Banyak sungguh kategori untuk anda buat dengan kamera digital anda itu. Tak kira sama ada ianya beginner ataupun advance.

5.Tangkap Gambar Majlis

Anda boleh offer kepada pejabat anda ataupun pejabat kawan anda yang ingin buat majlis makan malam, team building, acara sukan untuk ambil anda tangkap gambar.

Sudah tentu mereka ingin merakam gambar majlis yang sudah tentu ingin diabadikan dalam profil syarikat atau laporan tahunan.

6.Tangkap Gambar Acara Sukan

Ini sebenarnya sangat unik. Paling best anda boleh buat duit dengan cepat sekali. Apa yang anda perlukan cuma Portable Photo Printer dan juga kertas saiz 4R.

Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Katakan anda boleh dapat tangkap gambar atlet sedang bersukan dalam keadaan momen yang sangat best seperti dalam gambar ni.

Sebelum acara habis, anda cuba kenal pasti atlet-atlet ini dan mungkin kalau dapat tangkap gambar group photo, pagi tu anda boleh print terus gambar dan berikan kepada atlet berkenaan dengan harga yang anda sendiri tentukan.

Canon Photo Printer

Katakan kos untuk print satu gambar cuma RM1.00, anda boleh offer dengan harga RM4.00 bagi satu gambar. Takkan dia tak nak beli gambar yang sangat menarik ini untuk kenangan bukan?

7.Tangkap Gambar Orang Bercuti

Ini Apa Anda Boleh Buat Kalau Ada Kamera Digital

Percaya tak ada sesetengah keluarga yang ingin bercuti dan ingin merakam saat-saat percutian mereka, mereka upah jurugambar?

Ya, memang ada.

Apa yang paling menyeronokkan adalah anda dapat bercuti sekali bersama mereka. Semua kos ditanggung, anda hanya perlu tangkap gambar sahaja dalam keadaan yang baik. Best bukan?

Jadi best kan ada kamera digital? Selain daripada dapat tangkap gambar yang cantik-cantik di monitor, cuba print gambar tersebut, dan anda akan dapat rasa satu kepuasan yang tidak terhingga sebenarnya.

Ini apa yang anda boleh buat dengan kamera digital anda. Jangan beli beribu ringgit, dan simpan biar berkulat dalam beg. 😛

10 Comments

  1. Syakilla November 27, 2017
  2. aziana November 10, 2017
  3. JMR November 2, 2017
    • reez November 2, 2017
  4. Raihanah October 30, 2017
  5. titan October 27, 2017
  6. mrhanafi dot com October 25, 2017
    • reez October 25, 2017
  7. Pisyek October 25, 2017
    • reez October 25, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.