Apa Nak Buat Kalau Kereta Redah Air Dalam?

Minggu lepas kawasan di Perak ada la beberapa tempat yang mengalami hujan yang lebat. Kebetulan juga aku ada job wedding d Kampar pada masa tu. Pada pagi sampai tengah hari memang cuaca amat baik. Walaupun aku dah jangka yang memang hari akan hujan, tapi tak sangka pula hujan tu begitu lebat juga dan tak nak berhenti walaupun aku dah tunggu hujan reda bersama pengantin sampai pukul 6.00 petang.

Apa Nak Buat Kalau Kereta Redah Air Dalam

Jadi kami bercadang untuk setting masa untuk outdoor photoshoot pada keesokan harinya. Tapi masa nak balik kejadian tak berapa best berlaku. Kawasan yang kami nak shoot outdoor pada hari itu adalah di kawasan Bandar Baru Kampar, memang cantik dah kawasan tu, ada hotel yang best, kawasan tempat makan yang selesa dan kawasan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) ada satu tasik yang cantik dan ada taman di situ. Di situlah lokasi yang mana kami nak shoot, tapi tak jadi disebabkan hujan yang lebat.

Nak dijadikan cerita, pengantin nak jumpa kawan dia di stesen minyak Petronas berhampiran, masa tu memang hujan lebat sangat. Jadi lepas jumpa, aku dengan pengantin pun nak bergerak pulang ke rumah. Tak tahu plak aku yang kawasan depan stesen minyak tu rendah, tengok air bertakung macam boleh lepas..sekali aku dengan bergayanya pergi redah air tu…

Tak sampai 200 meter ada traffic light, kereta aku dah macam semput..terus aku bagi signal dan terus ketepi. Tengok lampu pada meter dah menyala..semua lampu menyala..rasa tak best dah. Aku pun berhenti dan off semua enjin dan air cond terlebih dahulu. Kebetulan, kawasan aku berhenti ada bengkel kereta berhampiran. Aku pun tanya la apa yang perlu dibuat.

Air Filter Kereta

Kredit Gambar : Firdauskassim.com

Kata mekanik tu, biasanya air masuk dalam Air Filter kereta, tu jadi macam tu. Aku bawa masuk kereta ke bengkel dan dia buka air filter dan aku tengok dalam box air filter tu memang ada air..dia keluarkan dan dia keringkan menggunakan air compressor di bengkel tu. Lepas tu dia test drive dan takde semput lagi. So ada ilmu baru aku dapat dan rasa lega, aku balik rumah takde masalah lagi, dan tiada lagi masalah enjin kereta semput. Oh ye, tadi pergi ke bengkel, tiada dikenakan sebarang caj pun, dia kata dia check je, takde apa nak tukar, aku pun hanya ucapkan terima kasih. Lupa plak nak snap gambar, sebab masa tu hujan lebat.

Elok je lepas keluar daripada bengkel tu, aku terpaksa redah lagi air yang agak tinggi dan yang lagi best, kereta dihadapan aku tu bawa tersangatlah perlahan dan aku terpaksa berhenti dibelakangnya kerana kereta tu pun berhenti mengejut. Tengok kereta aku pun semput lagi, aku berhenti sekali lagi kat tepi kedai runcit dan terus berhenti sehingga air keluar dan kering, hujan pun dah mulai reda, lega sikit rasanya. Dah boleh start dan jalan, aku pun pulang dengang pengantin dengan selamat. Alhamdulillah..

Antara tips yang aku dengar orang cerita, kalau nak redah juga, pastikan korang masuk gear dua dan jalan terus..jangan korang berhenti dan masuk gear lain plak masa redah air tu. Selain tu kalau jadi kes macam aku, matikan enjin semua, dan tunggu air tu keluar atau kering dengan sendirinya, lepas tu baru korang start enjin dan mulakan perjalanan semula. Tapi kalau situasi lagi teruk sampai masuk ke dalam radiator, atau enjin, itu mungkin keadaan lagi teruk kot kereta korang.

Cara Penjagaan Kereta

Kalau korang rasa susah sangat nak belajar tentang keadaan kereta korang ataupun korang rasa tertipu setiap kali ke bengkel kereta. Aku sendiri pun pernah kena, tapi kalau korang ada ilmu yang asas, korang dapat selamatkan poket korang dan juga korang boleh tukar apa yang patut je. Kadang-kadang ada part yang tak perlu ditukar lagi pun, tapi disebabkan nakkan duit korang tu, dia kata dah rosak juga..kan?

Panduan Mudahnya Menjaga Kereta ini amatlah berbaloi untuk korang dapatkan supaya pelbagai ilmu asas menjaga kereta peribadi tu korang dapat kuasai. Tambah pula mereka yang baru membeli kereta. Mana tahu, mak ayah bagi kereta untuk kegunaan semasa belajar di Universiti ye tak?  Jadi jagalah kereta korang supaya jangka hayat kereta tersebut dapat berpanjangan dan korang dapat menjimatkan perbelanjaan penjagaan kereta.

Dapatkan Panduan Mudahnya Menjaga Kereta Sekarang

3 Comments

  1. sabree hussin January 4, 2016
  2. titan December 28, 2015
    • reez December 28, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.