Apa Student Universiti Boleh Buat Untuk Tambah Duit Saku

Sejak kebelakangan ini hangat sungguh isu yang melanda mahasiswa-mahasiswa dan juga mahasiswi di seluruh negara tentang isu student universiti yang terpaksa ikat perut tak makan sebab tak cukup duit nak belanja. Walaupun aku tak pernah merasa menjadi salah seorang pelajar universiti, tapi aku faham situasinya. Sebab aku pun dulu ada kawan-kawan di Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Kebangsaan Malaysia dan banyak lagi. Masa aku lepak-lepak dengan mereka ni, aku tahu bagaimana peritnya nak hidup sebagai seorang student universiti yang bergantung penuh kepada PTPTN sahaja.

Apa Student Universiti Boleh Buat Untuk Tambah Duit Saku

Student Universiti Tak Cukup Duit Poket

Ramai juga yang menghentam mereka ni, sebab ada yang nampak ramai yang lepak di kedai makanan segera, tiap-tiap minggu pergi shopping sana sini, setiap kali PTPTN masuk,tukar handphone terbaru dan banyak lagi. Paling mewah sampai ada yang pakai kereta di universiti dan keretanya pula confirm 1.5 dan ke atas. Itu mungkin ada beberapa student yang mak ayah mereka mampu memberikan apa sahaja yang diinginkan. Setakat duit poket RM1000.00 sebulan kepada anaknya mungkin tiada masalah.

Tapi mereka yang datang dari keluarga yang susah, nak makan di kedai makanan segera pun mungkin takut hujung bulan tak cukup duit dan segan nak minta kepada mak ayah disebabkan dah dapat pinjaman PTPTN. Ada juga yang takde rasa kesian kepada mak ayah, minta juga dan belajar pun entah kemana. Tapi tak semua macam tu, ada juga yang gigih tambahkan duit poket sendiri dengan pelbagai cara.

Kalau ada student yang nak tahu tu, aku senaraikan di sini, apa yang korang boleh lakukan di universiti tu untuk tambah duit poket, tak kira la sama ada korang ni baru tahun pertama, lelaki ataupun perempuan sekalipun. Sebelum apa-apa niatkan dulu dalam diri, korang buat ni sebab nak tolong mak ayah, tak nak menyusahkan mereka dengan duit poket yang mungkin korang perlukan itu. Cuba korang buat kerja-kerja seperti berikut:

1.Food Delivery

-kalau korang ada motosikal, cuba dahulu dengan food delivery. Cari satu kedai yang sedap dan juga murah yang korang boleh pergi dengan kadar segera, korang iklankan perkhidmatan korang dari pintu ke pintu, atau viralkan sahaja kepada group Whatsapp korang. Delivery juga burger ke, air minum ke, runner ke 7 Eleven ke, runner ke kedai fotostat ke. Setiap perkhidmatan korang caj RM2.00 – RM5.00 bagi satu-satu perkhidmatan bergantung kepada kesukaran kerja. Takkan la tak boleh dapat RM10.00 sehari?

Set la masa, korang mula pada pukul 8.00 – 11.00 malam sahaja setiap hari. Kalau Sabtu Ahad takde kelas, korang boleh buat fulltime, seminggu korang target dapat RM70.00, kalau sebulan dah RM280.00..itu minimum secara congak la kan..Janji korang ada niat dan kerajinan, kalau sendiri pun malas..macam kekawan korang tu, aku sendiri pun tak dapat nak tolong korang.

2.Taip Assignment + Print Assignment

-kerja ni aku rasa ada ramai yang dah buat, cuma mungkin upahnya agak sedikit la kot. Kalau korang rasa nak lebih lagi, boleh daftar Jobdirumah, korang boleh dapat kerja taip menaip ni dalam jumlah yang lebih besar. Rasanya kerja taip menaip assignment ni korang akan tolak bulat-bulat. Kalau korang daftar Jobdirumah ni, payment yang korang akan dapat adalah dalam US Dollar..USD1.00 bersamaan RM4.30..kira sendiri kalau minimum bayaran sekali job korang dapat USD50. Kalau dapat dalam 3 job sebulan, rasanya dah ok ye tak nak tambah duit poket setiap bulan?

3.Buat Duit Dengan Fiverr

-jika ada yang segan nak buat kerja-kerja keluar daripada kampus, ada pula talian internet yang laju di dalam bilik, aku galakkan korang cuba untuk Buat Duit Dengan Fiverr. Ramai sebenarnya student-student universiti menambahkan duit poket mereka di sini. Ada yang dah kerja pun buat kerja kat sini. Sebulan target dalam USD500.00 macam takde masalah bagi mereka.

Ini memang peluang bagi mereka yang ada skill seperti graphic design, web programming, hacking ke, video making ke atau apa sahaja yang melibatkan skill, korang untung besar kalau ada banyak skill. Jadi jangan malas nak tambahkan skill yang ada tu ye. Tak rugi belajar ni, tambah plak kalau korang sedang belajar, lagi mantapkan skill yang korang belajar tu, tapi orang lain tak dibayar, siap kerja, korang boleh dibayar dalam USD lagi tu..tak jeles ke kekawan tengok?

4.Servis Lipat Baju

-kerja ni walaupun agak remeh dan mungkin agak peribadi, tapi tak mustahil korang boleh buat. Boleh buat servis lipat baju ni untuk mereka yang terdekat je kot atau mungkin yang sama jantina sahaja. Nanti bahaya plak kalau tak sama jantina, sama ada korang yang tak selesa, ataupun tuan punya baju tu pun akan rasa tak selesa.

5.Prebet Sapu

-kerja ni macam bahaya sikit sebabnya kalau korang ada motosikal ataupun kereta, korang boleh jadi pemandu seperti Uber tu. Sebarkan servis korang tu. Mungkin jarak perjalanan tu dari kawasan kediaman sehingga ke pintu pagar yang mungkin sangat jauh tu. Ada kereta korang boleh tambah lagi caj untuk angkat barang. Untuk motosikal mungkin dalam 50 sen atau RM1.00 dan untuk kereta dan barang sekaligus, mungkin RM2.00 seorang. Jadilah kan dapat juga korang duit untuk makan chicken chop ke pada hari tu.

6.Buat Duit Dengan Fotografi

-bisnes ni melibatkan skill sikit. Tapi tak susah mana sebenarnya kalau korang rajin explore diinternet. Servis paling popular adalah tangkap gambar passport. Ini memang sangat bagus. Kalau kat kedai gambar, RM12.00 untuk 4 keping gambar, korang boleh buat servis lagi murah, saiz yang sama, penuh satu kertas A4, korang cuba caj RM4.00 atau mungkin RM10.00, itu terpulang kalau korang dah tolak segala caj-caj seperti ink dan kertas.

Ketahui Cara Buat Bisnes Fotografi

Kalau ada kamera digital kompak tu pun ok dah, ada DSLR pun lagi advantage. Korang boleh offer untuk servis tangkap gambar di luar. Servis tangkap gambar bercuti, servis tangkap gambar personal dan banyak lagi. Rate student, korang la tentukan sendiri, jangan la anggap diri sendiri macam profesional sangat, kamera pun mak ayah hadiahkan tu kan. 😀

7.Kerja Di Luar Kampus

-mungkin ada universiti yang jauh daripada bandar atau pekan terdekat, jadi pendekatan di atas ni korang boleh buat tanpa perlu keluar jauh, kalau yang dekat dengan pekan, boleh la cuba cari kerja jadi pelayan restoran, kerja kedai cyber cafe, kedai fotostat, kedai jual aiskrim, dan banyak lagi. Kalau malu, tak yah la buat. Susah juga sebab nanti dah tentu korang akan jumpa kawan-kawan atau mungkin pensyarah korang juga ye.

8.Servis Hantar Dobi

-kalau ada yang malas nak hantar baju pergi dobi, sebab ada sesetengah kampus memang ada disediakan mesin basuh layan diri tetapi mungkin jauh dan ada yang malas nak pergi. Korang boleh ambil kesempatan ini untuk buat servis tersebut dan tambahkan pula dengan servis lipat kain. Boleh caj lebih sikit kan?

9.Bisnes Dropship

-bukan aku tak galakkan korang supaya buat bisnes dropship, tapi risau korang abaikan pelajaran apabila dah banyak sangat duit.Sampai ada kekadang tu takde masa pula nak ulang kaji pelajaran dan result universiti korang pun setakat cukup makan walaupun sale korang sebulan RM10K sebulan, tapi korang dah menghampakan harapan mak ayah korang. Bayangkanlah..banyak juga duit mereka habiskan nak hantar korang belajar di universiti. Kalau sales sampai gitu, bayar je balik kepada mereka, kompem mereka pun faham..:D

Rahsia Borong Dari China Tak Terkalah

Ada banyak sumber korang nak dapatkan supplier untuk bisnes dropship ini. Salah satunya adalah Taobao.com dan juga AliExpress.com. Dua web ni merupakan antara lubuk utama bagi mereka yang buat dropship. Bagi perempuan atau mungkin lelaki, ramai yang memilih untuk buat dropship produk kecantikan seperti Qu Puteh ke, Jamu ke, Produk kejantanan, memang ada yang tak percaya boleh laris, kena la ada teknik yang betul untuk pasarkan, tak boleh le promosi tanpa ada arah tujuan.

Itu sebab nak buat bisnes ni at least kena la ada ilmu supaya korang dapat buat bisnes dropship dengan betul dan keuntungan yang korang dapat pun berlipat kali ganda dan berpanjangan. Boleh cuba daftar di DropshipMalaysia.my kalau minat nak buat dropship produk kecantikan.

10.Servis Mesin Rumput, Kemas Rumah

-kalau mesin rumput tu memang kena ada modal, iaitu mesin rumput. Juga memerlukan tenaga. Cuba tanya pensyarah korang ada tak yang memerlukan kerja kemas rumah ataupun cuci rumah ni. Korang boleh pakat dengan kawan-kawan. Dua orang buat kerja ni pun dah ok. Pensyarah korang tentu faham, korang buat semua ni sebab nak tambahkan pendapatan. RM100-RM200 tu rasanya takde masalah pensyarah korang ni nak bayar. Sebulan dapat 2 rumah pun dah kira ok, boleh offer untuk kawasan perumahan terdekat juga kalau korang terlebih rajin..tak gitu?

10 cara tambahkan duit poket bagi pelajar universiti ni aku share kat korang yang mungkin ada yang tak nampak. Aku bukakan sikit minda korang tu supaya nampak peluang ni. Ingat dik, lepas korang keluar daripada universiti ni hidupnya jauh lagi mencabar. At least korang dah berjaya hadapi separuh langkah korang untuk berjaya survive cari duit sendiri dan barulah korang tahu, kenapa mak ayah korang sangat marah kalau korang bazirkan duit beli barang tak tentu hala. Kalau post ini bermanfaat boleh share dan kreditkan kepada penulis blog ni ye..ok babai.

6 Comments

  1. Datin Tyka February 4, 2016
  2. Raihanah Ahmad January 19, 2016
  3. Noriza Rahman January 18, 2016
  4. zik January 16, 2016
  5. anuar January 13, 2016
    • reez January 13, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.