Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Mungkin dah agak sejuk nak cerita tentang SBB2017. Aku pun sibuk dengan macam-macam hal. Tapi disebabkan memang aku nak tulis, so tulis lah apa yang aku rasa nak tulis tentang SBB2017 pada tahun ni.

Aku malas nak cerita tentang perjalanan aku dari Ipoh ke SBB2017 tu, separuhnya aku dah ceritakan di entri Terima Kasih Pak Guard. Boleh baca kat situ je.

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Memang tak dinafikan sungguh SBB ni dapat mengeratkan lagi hubungan di antara sesama blogger. Mungkin ada yang baru pertama kali berjumpa, atau mungkin baru sekali dua.

Sama la dengan aku. Ada blogger yang aku dah selalu sangat jumpa, dan ada juga yang baru first time. Pada event kali ni aku tak bercampur sangat dengan blogger-blogger yang memang aku pernah jumpa.

Sebabnya aku nak tengok kot ada blogger-blogger baru yang boleh share knowledge sesame kan.

Banyak perkara sebenarnya yang aku dapat belajar di SBB2017 kali ni. Disebabkan input yang diberikan sangat memberi manfaat.

Oleh sebab itu lah aku hadir untuk SBB kali ni. Kalau tak, memang rasa malas je nak datang. Tu aku register untuk event sampai petang je. Sampai pun dah lambat, dekat pukul 3.30 baru sampai rasanya.

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Bersama Blogger Pisyek.com

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Bersama Blogger comel www.fatinbella.com/

Antara input-input yang aku dapat pelajari adalah seperti berikut:

1.Baru tahu ada kajian tentang peredaran zaman. Ada banyak jenis audien yang mungkin selama ni aku tak sedar dan aku berada dalam kategori Generasi yang mana. Apa kecenderungan Gen itu dan banyak lagi.

2. Dapat mengenali buat pertama kalinya Ibu Hanim yang merupakan seorang pakar dalam Bisnes Forensic. Memang kepakaran beliau diakui oleh ramai jutawan dan usahawan di Malaysia ni.

3.Perkongsian ilmu tentang bagaimana nak menaikkan reputasi dan juga nilai bisnes dalam masa yang singkat menggunakan medium viral. Perkongsian oleh saudara Norman Danish sangat bermanfaat.

4. Dapat share ilmu blogging dengan rakan blogger lain yang baru nak mula berblogging.

5.Perkongsian ilmu content marketing daripada sifu content marketing. Memang terperinci sungguh penerangannya dalam membentuk content yang berkualiti bagi sesebuah blog. Apakah yang perlu ada semuanya diceritakan.

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Walaupun aku dah berblogging sejak 2006, lebih kurang 11 tahun lamanya..tapi perkongsian ilmu blogging ni sentiasa dikemaskini.

Kalau tak kemaskini jawabnya memang akan ketinggalan dari segi nilai SEO dan banyak lagi. Kalau dulu mungkin berbangga dengan nilai PR yang tinggi sebab boleh buat duit yang banyak jika ada blog PR4 dan ke atas.

Blog jenis tu dah kira tahap power dan boleh menjana wang sehingga USD2000 sebulan.

Tapi apa kan daya, zaman tu dah berlalu. Aku pun dah tinggalkan zaman blogging untuk market international. Walaupun di situ aku bermula.

Kalau nak dibandingkan dengan blogger otai Zeo, memang tak terlawan. Beliau pun mengikuti perkembangan semasa dengan mewujudkan fanpage-fanpage yang powerful supaya menyokong blog-blognya yang bertahap SUPER tu.

Apa yang pasti, era blogging di Malaysia ni semakin berkembang baik dengan adanya perkongsian ilmu para blogger baru dan lama.

Ada blogger yang mungkin sumber pendapatannya daripada menghadiri event-event, menjadi duta produk-produk tertentu sahaja.

Ada juga blogger yang menjana pendapatan daripada pengiklanan di blognya sahaja melalui banner advertising, link sales, advertorial, affiliate marketing dan banyak lagi.

Mungkin ada dua haluan di situ yang mungkin tak ramai nampak.

Sewaktu lepas aku solat Zohor, sambil aku ambil angin, ada 2 orang blogger baru bertanyakan soalan kepada aku..

Macam mana ye depa semua tu dapat duit dari blog?

So aku pecahkan kepada dua haluan dan fahaman..Ada yang menjana pendapatan daripada cover event-event dan advertorial dan ada yang menjana pendapatan daripada Adsense, Affiliate dan banyak lagi.

Aku juga kongsikan kepada mereka tips-tips emas yang mungkin tak ramai yang tahu. Antara secret dalam berblogging hasil eksperimen aku selama 10 tahun ni.

Blog ini pun tak ketinggalan menjadi bahan eksperimen aku untuk menjana pendapatan.

Hasilnya boleh lihat sendiri, sudah semakin ramai yang nak buat duit dengan Klikjer. Sedangkan aku hairan, dulu tiada langsung blogger yang berminat nak mempromosi affiliate Klikjer sedangkan hasilnya sangat lumayan pada masa itu.

Pada masa itu, amat popular dikalangan blogger adalah Ashadee.com pada masa itu.

Disebabkan aku tengok ada dua platform, dan platform Klikjer pada masa tu tiada yang ingin mempromosinya. Jadi aku ambil langkah buat promosi dan eksperimen.

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Alhamdulillah eksperimen mendatangkan hasil sehingga ke hari ini. Tak sia-sia rasanya penat lelah dahulu semasa awal-awal membina blog ini daripada kosong.

Seperti salah satu tips yang aku berikan kepada blogger-blogger tersebut adalah..3 bulan pertama merupakan tempoh paling kritikal sekali bagi seorang blogger baru.

Jika dalam masa 3 bulan, blog tersebut hanya mempunyai satu atau dua artikel sahaja, blog itu sudah dianggap gagal dan sebagai blogger mungkin perlu fikirkan niche yang mungkin sendiri suka sahaja.

Kesimpulannya jika ada yang berkeinginan menjadi blogger, ada dua haluan yang perlu korang pilih dan aku sentiasa berpegang kepada kata-kata salah seorang otai IM iaitu Gobala Krishnan.

“Anda boleh buat duit yang banyak dengan blogging…tapi ambil masa yang agak lama berbanding model bisnes yang lain..”

Jadi kesabaran dan istiqamah yang tinggi diperlukan selain bagaimana menambahkan nilai untuk pembaca. Bukan sekadar memaparkan berita-berita..

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Antara kejayaan blog otai seperti Hasrul Hassan kita tu, blognya tidak jemu memberi nilai kepada pembacanya..bak kata saudara Norman Danish di akhir bicaranya…

Teruskan menulis selagi anda mampu memberi nilai terhadap penulisan anda…..

Memang satu kata-kata hikmat yang sangat berkuasa bagi penulis blog yang memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada blognya.

Apa Yang Aku Belajar Di SBB2017

Tahniah kepada Team Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan event yang sangat bermanfaat kepada blogger-blogger di Malaysia ini dan jangan berhenti memberi…:D

So teruskan menulis…

7 Comments

  1. Pisyek July 16, 2017
    • reez July 17, 2017
  2. sabree hussin June 8, 2017
  3. sofie May 26, 2017
  4. Eizil May 23, 2017
  5. titan May 23, 2017
    • reez May 23, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.