Aplikasi Untuk Pelabur Saham Bursa Malaysia

Pelaburan saham di Malaysia kian mendapat tempat bagi mereka yang ingin menambahkan pendapatan mereka dari segi pegangan saham. Sudah ramai yang mula ‘celik saham’ dan membeli saham untuk pelaburan. Ada yang membeli saham dalam jangka masa pendek dan ada juga yang menyimpannya dengan tujuan untuk pelaburan jangka panjang. Kedua-duanya boleh menjana keuntungan yang tinggi dalam pelaburan saham.

Pada masa sekarang, penggunaan teknologi dalam pelaburan saham adalah amat penting. Maklumat disampaikan secara atas talian dengan mudah dan pantas. Berita mengenai kejatuhan nilai sesuatu matawang itu mudah diperolehi di mana-mana media. Tetapi apakah antara aplikasi-aplikasi yang ada di luar sana yang sesuai untuk pelabur saham?

Aplikasi Pelaburan Saham

i3investor

-aplikasi ini dapat memberi banyak maklumat tentang sesuatu kaunter saham. Mungkin ada yang rasa maklumat ini tidak tepat, tetapi di dalamnya banyak terdapat maklumat mengenai latar belakang sesuatu kaunter saham. Jadi pelabur dapat mengetahui dengan lebih lagi tentang sesuatu syarikat sebelum saham dibeli dan menjana keuntungan daripadanya.

Maybank Investment Bank

Maybank Investment Bank

-aplikasi ini digunakan bagi mereka yang mempunyai akaun CDS dengan Maybank Investment Bank sahaja, tetapi jika tiada, anda diwajibkan menggunakan aplikasi untuk bank yang anda telah daftar seperti CIMB ataupun RHB. Bukan apps online banking ye..

The Star Mobile

-gunakan aplikasi ini untuk mengetahui berita-berita tentang dunia bisnes yang terkini.

Tak payah nak install banyak sangat apps sampaikan otak korang jem nak hafal maklumat. Apps di i3investor tu pun dah cukup banyak supaya korang dapat rujukan sebaiknya sebelum membeli saham-saham yang berpotensi untuk untung di masa hadapan.

Teknik Melabur Saham Profesional

Pelabur saham yang bijak akan menggunakan segala maklumat yang ada untuk membeli saham-saham yang berpotensi. Mungkin tak ramai akan nampak tetapi ada beberapa tips untuk membeli saham-saham yang berpotensi. Antara perkara paling penting adalah mengkaji dengan jelas potensi dan prestasi syarikat tersebut terlebih dahulu. Ramai yang kecundang disebabkan terlalu gopoh membeli saham dan seterusnya rugi.

Teknik Saham – Panduan Analisa Saham Yang Menguntungkan membantu anda yang ingin mengetahui apakah teknik-teknik yang digunakan bagi mengenalpasti kaunter-kaunter saham yang berpotensi. Tidaklah anda membeli saham-saham yang tiada untungnya dan mendapat pulangan yang sedikit sahaja. Diharapkan dengan terbitnya Sistem Saham ini, anda akan lebih mudah untuk menganalisa saham-saham untuk dibeli.

Pasti anda inginkan keuntungan dalam pelaburan saham. Tanpa teknik dan analisa yang betul, anda mungkin akan kecundang di tengah jalan, jadi ambil langkah pro aktif ini dengan mendapatkan Panduan Sistem Saham untuk rujukan terbaik anda dalam pelaburan saham. Klik pada banner dan teruskan buat pembelian. Selamat Berjaya!

4 Comments

  1. Nazurah April 4, 2016
  2. Ikhwan March 24, 2016
  3. sabree hussin March 10, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.