Astro Sudah Terminate

Kalau korang tengok dalam gambar, mulai tarikh tu aku dah takde siaran Astro kat rumah. Sebab utamanya memang kami berdua jarang tengok televisyen. Tengok pun kekadang hujung minggu je. Banyak habis masa dengan internet sahaja.

terminate-astro

Kelajuan internet pun dah 8mbps dan dah siap pasang Kodi kat Hypptv tu, so setakat nak tengok movie-movie memang banyak ada kat situ sampai tak lalu nak tengok. Kekadang tengok kat Youtube je sebab aku tengok Youtube sekarang ni pun macam tengok TV je.

Jadi dapat la jimatkan perbelanjaan setiap bulan tu. Kalau tak, dulu tetiap bulan kos dalam RM150++ nak bayar. Daripada tak gunakan, baik tamatkan terus.

Cerita Bagaimana Nak Terminate Astro

Aku cuba ceritakan sikit macam mana aku terminate Astro ni. Caranya tak susah mana pun disebabkan Astro Center dekat je dengan ofis aku ni. Ofis Astro tutup pukul 5.30 petang, lepas kerja terus je aku ke sana. Baca kat blog-blog tengok ramai kata kena pulangkan decoder Astro, aku pun dah siap packing dah masuk dalam beg nak hantar.

So sampai je kat kaunter lepas ambil nombor, aku pun cakap nak terminate. Antara soalan yang dia tanya:

1.Akaun nama siapa

2.Dia minta IC

3.Kenapa nak terminate

Disebabkan akaun tu nama aku, jadi aku rasa mudah la nak terminate. Mungkin kena nama owner akaun tu sendiri kena datang untuk terminate. Sebab aku terminate adalah disebabkan tak tengok sangat. Dua-dua kerja pagi balik malam. TV tak tengok pun. Akak kaunter tu angguk je.

Aku plak tanya adakah kena hantar decoder, dia kata tak payah dah sekarang ni. Cuma depa akan ambil jika seseorang tu berpindah ke negara lain. So lepas tu dia bagi aku termination form macam dalam gambar.

Disebabkan aku dah bayar untuk bil seterusnya, katanya perkhidmatan masih ada sehingga hujung bulan September ni. Rasa ok lagi. Lepas tu dia tunjuk aku termination form ni. Ingatkan nak bagi salinan, rupanya tidak.

Dia minta aku snap gambar sahaja supaya simpan sebagai rekod. Aku pun tangkap gambar dan terus simpan gambar ni dalam Google Drive, so nak cari balik senang…tak gitu?

Balik je rumah, aku nak try la tengok lagi siaran kot ada. Sekali memang takde dah..hampeh betul. Kalau potong siaran laju je depa  ni kan walaupun aku dah bayar bill tu. Aku pun malas nak banyak cerita..aku cuma nak tunggu next bill katanya akan tunjukkan amaun RM0.00 tu dan tiada lagi bill selepas tu.

Cadangnya nak pakai MyIPTV, tapi taktau la nak pakai ke tak. Masih dalam pertimbangan sebab kata provider tu box Hypptv yang putih tu tak berapa sesuai digunakan untuk MyIPTV..taktau la betul ke tak.

So korang ada pengalaman terminate Astro? Macam pula cerita korang? 😛

10 Comments

  1. Fauzi October 17, 2016
    • reez October 17, 2016
  2. nikkhazami September 23, 2016
  3. Raihanah September 23, 2016
  4. Anarm September 22, 2016
    • reez September 23, 2016
  5. Kereta Sewa September 22, 2016
  6. titan September 20, 2016
  7. shark September 20, 2016
    • reez September 20, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.