Belajar Main Saham

Belajar Main Saham sebenarnya nampak agak mudah bagi sesetengah orang. Bagi mereka yang tiada asas dalam menganalisis pasaran saham terutamanya di Malaysia berdepan dengan risiko kerugian yang amat tinggi dalam pelaburan saham. Ini disebabkan tiada asas yang kukuh dalam menentukan kedudukan saham tersebut yang mungkin tidak mendatangkan keuntungan kepada pembelinya.

Belajar Main Saham – Jual dan Beli Saham

Konsep keuntungan dalam saham adalah, beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Itu merupakan konsep asas dalam pelaburan saham dan semestinya dalam urusniaga jual beli barangan sekalipun. Semuanya melibatkan tentang menjual dan membeli..Tetapi, dalam pelaburan saham, ada juga keuntungan jangka panjang yang dapat diperolehi oleh pelabur-pelabur saham iaitu dikenali sebagai dividen,

Saham Dividen Tinggi

Jika anda dapat lihat gambar di atas menunjukkan kadar dividen saham yang akan diterima oleh pelabur-pelabur yang menyimpan kaunter-kaunter saham berikut bagi tempoh-tempoh tertentu. Sememangnya kesemua pembeli saham tersebut akan menerima dividen yang dijanjikan bergantung kepada prestasi kewangan kaunter berkenaan.

Dapatkan Teknik Untung Saham Di Sini

Apabila difikirkan secara logik, prestasi kewangan bagi syarikat-syarikat berkenaan selalunya kukuh dan sentiasa berada pada paras yang sentiasa memberi keuntungan. Oleh sebab itulah anda harus tahu dan membuat analisis yang sepatutnya bagi kaunter-kaunter saham yang ingin dibeli.

Belajar Main Saham

Kaunter-kaunter yang biasanya kukuh adalah seperti Telekomunikasi dan juga Petroleum. Kedua-dua kaunter tersebut sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran. Bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia. Tak hairanlah ada jutawan dunia yang mempunyai empayar kekayaan melalui syarikat telekomunikasinya sahaja.

Bukan itu sahaja faktor yang perlu dititikberatkan untuk Belajar Main Saham, tetapi ada banyak perkara lain yang perlu diambil kira seperti jumlah modal permulaan untuk main saham, senarai broker saham yang ingin dipilih dan banyak lagi yang kadang-kadang terlalu teknikal untuk difahami bagi yang masih baru.

Ganjaran Pemegang Saham

Dividen merupakan ganjaran yang diterima oleh pemegang saham. Dividen yang diberikan kepada pemegang saham biasanya adalah dalam bentuk tunai dan juga dalam bentuk dividen saham itu sendiri. Jadi sudah tentu mereka yang main saham mendapat pulangan yang menarik selain keuntungan menjualnya. Sudah tentu menarik jika dividen yang diterima oleh pemegang saham tersebut menjadi duit sampingan yang lebih daripada dividen ASB yang selalunya menjadi sebutan untuk mendapat duit mudah hasil dividennya itu.

Ramai yang masih tidak berani kerana momokan oleh sesetengah pihak yang mengatakan Belajar Main Saham adalah susah dan Main Saham Dengan Cara Yang Betul sebenarnya memerlukan modal yang sungguh tinggi serta melibatkan risiko untuk muflis jika tersilap langkah. Inilah yang membelenggu ramai individu di luar sana disebabkan takut untuk melakukan sesuatu yang mereka sendiri boleh belajar untuk memahaminya iaitu Belajar Melabur Saham.

Dapatkan Teknik Main Saham Terbaik Di Sini

2 Comments

  1. Dedaun Comel August 30, 2017
  2. Fadhil October 24, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.