Beli Barang Keperluan Rumah Bawah RM500 Di Lazada

Pasangan yang baru berkahwin tentu nak membeli barang-barang asas keperluan rumah apabila dah tinggal bersama.

Mungkin ada yang nak masuk ke rumah baharu, atau mungkin rumah sewa baharu untuk memulakan hidup sebagai suami isteri.

Jadi tentu ada banyak juga barang keperluan rumah harus dibeli. Biasanya lelaki tak ambil kisah sangat, tapi kalau si isteri ni kalau barang rumah ada yang tak cukup, dah tentu bising…heehe.

Bagi mereka yang mungkin jarang ada masa nak survey barang tu di luar, mungkin boleh lihat beberapa barang keperluan rumah ini yang berbaloi untuk dibeli selain menjimatkan poket juga.

1.Mesin Basuh

Mesin Basuh Midea

Mesin basuh memang menjadi salah satu keperluan sekarang. Takkan nak pergi ke mesin dobi layan diri je tiap-tiap minggu? Rabak juga poket dibuatnya kan.

Harga memang amat berpatutan sekali kalau bajet bawah RM500.00. Tak payah nak beli mesin basuh sampai 10kg, duduk pun berdua je. tak gitu.

2.Bantal Tidur

bantal tidur

Beli bantal untuk bilik tidur baru untuk pasangan yang baru berkahwin. Takde la guna bantal yang dah lama. Baru kahwin gunakanlah barang-barang yang baru dan masih fresh..baru best..:D

Beli lebih dan simpan mana tahu ada orang nak datang rumah, nak tumpang tidur nanti, ada la spare untuk tetamu yang datang tu. Takkan nak bagi bantal sendiri kan.

3. Vacuum Cleaner

vacuum cleaner

Bagi mereka yang ada carpet dalam bilik atau di ruang tamu, ini harus ada. Apa yang menariknya vacuum cleaner ni mudah alih. Boleh juga digunakan untuk vakum sofa atau di celah-celah katil ataupun kusyen.

4. Mop Lantai

mop lantai

Nampak macam tak perlu, tapi sebenarnya sangatlah perlu. Rasa selesa dan bersih je lantai rumah apabila lepas mop.

Sekarang ni kebanyakan rumah ada pakai lantai marmar yang kena la selalu mop. Kalau rumah dekat tepi jalan, memang kena selalu mop.

Mop ini diberi sekali dengan set bucket, memang complete, tak payah susah-susah nak beli baldi.

5.Microwave

microwave murah

Kebanyakan microwave boleh dapat dengan harga yang di bawah RM500.00 sahaja. Kalau takde masa nak ke kedai beli, boleh order je dari Lazada. Diskaun pun ada banyak.

Bolehlah panaskan lauk, atau nak masak sesuatu untuk isteri ataupun suami nanti kan.

Atau bagi mereka yang nak hadiahkan pasangan pengantin baru pun bagus. Tentu senyum lebar pengantin dapat hadiah ni.

Ada banyak lagi barang keperluan rumah yang sangat penting bagi pasangan yang baru berkahwin. Jadi kepada yang nak kahwin tu kira siap-siap bajet tu untuk keperluan rumah nanti.

Paling bagus, sebelum kahwin, dah siapkan semua tu untuk duduk bersama nanti. Takde la pening kepala kat mana nak cari duit beli barang tu semua.

Lepas majlis, buka semua hadiah, kalau semua barang keperluan rumah tu ada, alhamdulillah..tak payah beli dah.

Contohnya periuk nasi, dulu masa time aku kahwin, dapat dekat 5 buah periuk nasi. Baru pakai 2 je, ada yang lain bagi hadiah pada orang lain..heehe..

Terbaik bukan, semua barang rumah dah boleh beli secara online sekarang. Tunggu je kat rumah orang hantar. Harga pun ada yang jauh lebih murah daripada yang ada di kedai.

Jadi kalau nak cari barang-barang keperluan rumah bawah RM500.00 boleh cari di Lazada. Murah dan berbaloi!

6 Comments

  1. zuraini zakaria November 20, 2017
    • reez November 20, 2017
  2. Mawardi Yunus October 23, 2017
  3. Syazwan Youb October 19, 2017
  4. rujukan October 19, 2017
    • reez October 19, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.