Beli Kasut Hiking Online Dah Sampai

Baru je semalam aku ada buat satu entri tentang Kasut Hiking Online..sekali tadi tengah hari, kasut tu dah sampai ke ofis aku. Memang biasa aku alamatkan ofis aku je sebab kalau hantar ke rumah, memang takde orang nak terima.

Beli Kasut Hiking Online

Aku sebenarnya bukan beli kasut baru pun. Beli kasut hiking bundle je. Harga pun tak mahal mana. Kalau nak tengok kasut mana aku beli, boleh tengok gambar kat atas. Tu post sebenar seller tu. Kalau nak shopping kasut hiking juga, korang boleh add dia jadi friend.

Rasanya baru semalam seller kasut hiking bundle ni PM aku tracking number Pos Laju. Tengah hari tadi dah sampai..fuh..laju juga nampaknya Pos Laju hantar barang. Syabas Pos Laju, barang diterima dengan keadaan perfect sekali.

Kepada seller juga aku ucapkan terima kasih sebab jual barang yang berkualiti. Ramai kat ofis tadi terkejut, kasut hiking yang aku beli ni harganya RM80.00 je termasuk pos + ada free gift lagi tu.

Kebetulan ada sorang pegawai aku di ofis juga memang ‘kaki hiking’ ni pun terkejut dan dia pun minat beli barang-barang hiking ni secara online dan lagi murah katanya.

Kalau korang tengok gambar-gambar kat banner kat atas ni ada banyak barang-barang hiking yang korang boleh shopping dengan harga yang murah seperti kasut hiking, jam hiking, walking stick ke, kompas ke, ataupun backpack untuk hiking.

beli-kasut-hiking-online

beli-kasut-hiking-online

Ini pula gambar yang aku snap selepas dapat kasut tadi kat ofis. Disebabkan ruang agak sempit masa ni, aku tak dapat nak tangkap gambar yang menarik sikit..(alasan)..

Apa pun aku sangat puas hati walaupun tak nampak macam baru. Tak kisah pun beli bundle, asalkan kualiti masih lagi baik dan dapat menjimatkan poket, ye tak?

Untung ke seller tu jual murah?

Mana ada penjual yang nakkan kerugian, ye tak? Cuma mungkin kelebihan pada usahawan bundle ni adalah apabila mereka mendapat stok bundle yang berkualiti dan dapat pula dijual dengan harga yang mahal, contohnya kasut hiking ke, kasut yang limited edition ke.

Dah tentu ramai collector yang minat nak dapatkan barangan bundle ini walaupun nampak lusuh, asalkan masuk dalam list barangan yang dia kumpul. Lebih kurang macam hobi aku kumpul bendera tu kan..ehe

Kalau minat nak jual kasut bundle juga, pastikan korang dapatkan pembekal kasut bundle atau kalau korang ada kenal ‘kaki’ yang dapat barangan bundle ni, memang boleh buat untung besar. Tambah plak kalau barang tu memang orang selalu cari seperti kasut, baju dan sebagainya.

Barangan bundle ni pun ada penggemarnya yang tersendiri. Ada yang suka beli baru sebab mungkin tak yakin dengan kebersihan barangan yang dijual secara bundle ni.

10 Comments

  1. Asyraf Asri July 22, 2017
    • reez July 23, 2017
  2. Belajar Membaca October 17, 2016
    • reez October 17, 2016
  3. nikkhazami October 1, 2016
  4. Semak saman October 1, 2016
  5. Oyong Ilham September 30, 2016
  6. Raihanah September 23, 2016
    • reez September 23, 2016
  7. Ezad Skytech September 21, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.