Bendera Kedua – Vietnam

Ingat lagi tak yang aku cakap yang aku mula minat satu hobi yang baru..iaitu Hobi Kumpul Bendera. Setakat ni aku dah dapat tiga bendera sebenarnya. Kali ini aku dapat bendera kedua iaitu dari Vietnam..bendera Vietnam la kan? Takkan negara lain plak. Cuma yang sayangnya orang yang belikan bendera ni tak sign pulak kat bendera tu.

hobi-kumpul-bendera-vietnam

hobi-kumpul-bendera-vietnam

Actually bendera ni member aku bagi semasa dia pergi melancong ke Vietnam dua tiga minggu yang lepas. So kirim kat dia je sebagai buah tangan. Lagipun jarang kan orang kirim bendera. Bagi aku amat unik untuk dijadikan cenderahati.Harganya tak lah mahal mana pun kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Murah dan ringan plak tu. So takde isu la barang aku kirim ni tak muat luggage..Kat hand luggage boleh selit je..tak pun masuk dalam poket seluar pun boleh kan?

Thanks Awin yang berada di Sepang..memang best..tahun depan dengar cerita nak kawen tu..ehehe..Kalau korang nak hadiahkan bendera negeri korang dan tandatangan kat bendera tu pun boleh gak..Setiap bendera aku akan letak pada tiangnya dan aku akan susun nanti bila dah banyak. Bendera Singapura aku dah dapat..cuma tertinggal kat rumah wife aku je..kirim kat member wife aku yang duk Singapura tu..senang je..ehehe..

Bendera negeri pun belum abis kumpul lagi..ada ke yang sudi?

Berada dalam koleksi sekarang ni adalah Vietnam,Korea Selatan, Singapura,Malaysia,Negeri Perak sahaja..Haritu kalau tak dapat la bendera Turki..tapi disebabkan member aku cakap mahal sangat, dan lain kali akan pergi lagi..so aku sabar je lah..:D

Kalau ada yang sudi nak hadiahkan bendera negeri masing-masing tu bolehlah poskan ke alamat di bawah ni:

MOHD FAIRIZ ABD RAHMAN
TINGKAT 14,BANGUNAN MAYBANK TRUST
JALAN TUN SAMBANTHAN
30000 IPOH,PERAK,MALAYSIA

11 Comments

  1. khairuddin November 5, 2013
  2. Nizam Ijam November 4, 2013
  3. The Garang November 2, 2013
    • reez November 2, 2013
  4. blogger lelaki November 2, 2013
    • reez November 2, 2013
  5. hafizrahim November 1, 2013
  6. reez November 1, 2013
  7. titan November 1, 2013
    • reez November 1, 2013
      • reez November 2, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.