Bendera Ketiga– Singapura

Kalau sebelum ni aku ada terima Bendera Vietnam sebagai hobi aku kumpul pelbagai jenis bendera. Tak kira la bendera negara ke, atau negeri..kena tunggu 5 tahun lagi kalau nak simpan bendera pilihan raya plak..tapi nanti jadi isu plak nanti kalau aku simpan bendera parti politik ni..hehe.

hobi kumpul bendera

Kali ini adalah bendera Singapura yang mana dihadiahkan oleh member wife aku yang duk sana tu. Apa yang paling best adalah harga bendera ini yang aku amat terkejut. Hanya SGD3.50 lebih kurang dekat RM9.00 la kalau ikut Ringgit Malaysia ni. Aku pun tak faham kenapa bendera nak dijual dengan harga yang mahal. Kata member aku yang pergi ke Turki baru-baru ini, katanya kat sana bendera mahal sangat..

Bendera Vietnam yang aku dapat haritu tak besar sangat..tapi tadi aku terkejut bila bukak bendera tu…pehh..besar gak..harga murah plak tu..mak ai..senyum je la aku terima..hehe..pasni taktau la bendera apa aku akan terima..Bendera Kelantan dan Selangor aku tengah tunggu ni, katanya ada orang nak bagi nanti..ehem..

Minggu ni dapat banyak juga perkhabaran yang baik..satu, aku menang hadiah saguhati Kontes Review Klinik Cinta dan satu lagi, baru tadi masuk Komisen Dari Klikjer..hehe..harap lagi dua tiga hari ada 4,5 komisen sekali masuk tu..ehehe..

Bagi sesiapa yang nak hadiahkan bendera negara atau negeri depa tu, untuk rujukan aku cuma ada bendera Singapura,Vietnam,Malaysia,Perak,Korea Selatan sahaja…kalau ada yang nak hadiahkan tu, bolehlah poskan ke alamat dibawah ni. Nama, korang gunakan je nama aku kat atas header tu..kan ada nama dah..:D

TINGKAT 14,BANGUNAN MAYBANK TRUST
JALAN TUN SAMBANTHAN
30000 IPOH,PERAK,MALAYSIA

4 Comments

  1. blogger lelaki November 9, 2013
    • reez November 9, 2013
  2. zool November 7, 2013
  3. Hairul Azni November 6, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.