Bersama Blogger – Bluedianthus

Aku pernah cakap kat korang yang aku nak interview seorang BloggerCun. Kalau korang kata tak cun tu, tak kesah la..sebab aku amat minat kat girl yang pakai spek ni..ehem..tapi bukan Kak Sumi Jelly…tapi kalaulah beliau masih bujang?ehh.aahha..gurau jek..

Ok untuk segmen Bersama Blogger yang tetibe je ada kat blog ni kan..aku akan tampilkan seorang blogger yang pengalaman Buat Duit Dengan Blog..dah sampai 5 Angka dah dia ni buat dengan Blog sahaja…dan mungkin lepas ni ramai jejaka-jejaka akan mulai mencari siapa beliau ni..ada gak sebelum ni pasang niat nak try..ehehe..

Untuk tidak membuang masa..korang bacalah entri ni..agak panjang ok..tapi seronok membacanya..salah satu sebab mungkin beliau ni cun..eh..:D

Bluedianthus

Interview bersama http://www.bluedianthus.com/

Soalan 1

Bluedianthus

Bluedianthus

1.Boleh kenalkan diri serba sedikit dan sudah berapa lama blogging?(nama,umur(wajib))hehe..

Salam sejahtera, nama saya Warnnie Musah dan berumur 30 tahun tahun ini. Saya mula berblogging sejak 4 tahun yang lalu.Kiranya masih mentah lagi dalam dunia blogging ini walaupun umur dah masuk 30-an..hehe…

Soalan 2

2.Dimanakah sumber inspirasi blogging hingga kini dan bagaimana pula sis menjana pendapatan dari blogging?

Sumber inspirasi blogging saya di awal penglibatan saya dalam bidang blogging adalah daripada blog JohnChow.Com, Rohaizad.Com dan DavidRisley.Com (kini dikenali sebagai BlogMarketingAcademy.com).Kesemua mereka ini merupakan blogger yang hebat dan saya jadikan rujukan di awal penglibatan saya menjadi seorang blogger.Mereka banyak berkongsi mengenai cara mereka menjana wang melalui blog. Walaupun gaya persembahan blog mereka berbeza di antara satu sama lain, tetapi asas mereka masih lagi sama.Dari situ saya mula belajar menulis sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan penulisan saya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Mengenai hal menjana pendapatan dari blogging, saya mula meletakkan iklan Nuffnang di blog saya. Padamasa yang sama saya membangunkan blog Bluedianthus.Com, saya juga membangunkan satu lagi laman blog peribadi dalam bahasa Inggeris iaitu WillPowerWithin.Com untuk saya menulis dan memperbaiki lagi mutu bahasa Inggeris saya.Pada laman web berbahasa Inggeris ini saya menggunakan iklan Google Adsense pada mulanya, tapi tidak sempat mengeluarkan duit Adsense tersebut, akaun saya dibekukan tanpa sebarang rundingan lagi oleh pihak Google.Sedih juga, tapi mungkin tidak ada rezeki di situ.

Kemudian saya mula membangunkan Bluedianthus.Com dan WillPowerWithin.Com sehingga blog ini mendapat PageRank2 dan juga PageRank1.Untuk blog Bluedianthus.Com, saya mula menyediakan servis advertorial iaitu memberikan review mengenai laman web dan blog orang lain di blog ini. Saya juga menyediakan slot-slot untuk yang inginberiklan di blog ini dalam bentuk banner dalam tempoh tertentu.Saya mengiklankan servis iklan di blog saya di forum perniagaan yang terkenal iaitu Forum WangCyber.Saya sangat bersyukur kerana banyak yang saya pelajari di forum tersebut.Syukur, sambutan menggalakkan untukservis yang saya tawarkan.

Untuk blog WillPowerWithin.Com pula, saya menjana wang dengan menulis review dan juga meletakkan link berbayar di blog ini. Saya juga menerima tawaran untuk menulis artikel berbayar di blog ini.Apa yang sayadapati, blog berbahasa Inggeris lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan. Ini kerana terdapat banyak medium menjana wang dengan blog berbahasaInggeris yang disediakan oleh syarikat pengiklanan di luarnegara.Oleh sebab itu, saya mula membangunkan beberapa lagi laman web berbahasaInggeris.Syukur dalam masa beberapa bulan, blog-blog bahasa Inggeris ini sudah mampu mencapai 1K.

Dalam blogging, pemasaran affiliate adalah salah satu yang blogger tidak boleh terlepas pandang.Ini adalah kerana mereka yang bakal membeli sesuatu produk atau panduan mempunyai emosi yang boleh member kesan tinggi kepada close-sale.Saya mula bergiat secara aktif dalam pemasaran affiliate menggunakan medium blog sejak mempromosikan produk niche kerjaya. Niche kerjaya adalah satu niche yang sentiasa mendapat hits dan carian tertinggi di Malaysia khasnya. Pada mulanya, saya telah membangunkan sebuahlaman web berbahasa Melayu mengenai tips dan berita kerjaya dan telah meletakkan banner affiliate dan tidak mengemaskini blog itu untuk setahun. Tetapi terkejut setelah beberapa lama saya mendapat komisyen sebanyak RM200 tanpamelakukan sebarang kemaskini mahupun promosi ke atas blog tersebut.Dari situ saya mula sedar, niche kerjaya sememangnya mendapat permintaan yang sangat tinggi.Satu isu yang saya sedar ialah terlalu banyak blog yang telah membangunkan niche kerjaya jenis jawatan kosong, iklan jawatan kosong, jawatan kosong lain dan banyaklagi kata kunci carian popular yang telah didominasi oleh blogger lain. Jadi saya telah ubah suai sedikit blog niche kerjaya saya dengan memberikan motivasi kepada pencari kerja dalam blog saya.Dari situ, saya mula mengemaskini blog niche kerjaya sekurang-kurangnya 4 kali sebulan.Syukurlah, kebanyakan affiliate niche kerjaya yang saya ikut akan terdapat jualan yang dihasilkan oleh blog tersebut.Saya juga berterimakasih kepadausahawan Internet terkenal Tuan MuazHadi kerana mengeluarkan produk kerjaya yang hebat dan membantu orang lain.

Soalan 3

3.Apakah nasihat bagi mereka yang baru hendak belajar mengenal blog, atau berblogging?

Nasihat saya kepada mereka yang baru menceburkan diri dalam blogging, jangan salah niat dalam berblogging.Saya dapati rata-rata mereka yang baru menceburkan diri dalam arena blogging salah cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan cepat.Lagi satu, memanglah kebebasan bersuara itu ada dan boleh diaplikasikan di dalam blog, tetapi kita perlu tahu sempadannya.Jangan melanggar sensitiviti yang boleh merosakkan perpaduankaum, khasnya kita di Malaysia ini yang mempunyai masyarakat majmuk.Fikir terlebih dahulu sebelum menulis.Jangan menulis ikut rasa, ikut etika seorang blogger.Mungkin pada satu hari nanti tidak mustahil akan ada etika yang akan dikeluarkan bagi seorang blogger. Apatah lagi, blog semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Media massa juga sibuk mencari blog yang boleh disaman kerana lancing berbicara mengenai sesuatu isu atau pun topik yang boleh menjatuhkan maruah seseorang ataupun institusi. Saya menggalakkan blogger berkongsi mengenai perkara yang mampu menambahkan nilai sebagai seorang manusia dan juga membantu orang dalam sesuatu perkara.Yakinlah, mereka yang menjadi pembaca blog anda akan berterimakasih dengan apa yang anda kongsikan di blog anda.

 Soalan 4

4.Apakah pencapaian terbaik sis Bluedianthus sepanjang berblogging dan apakah kenangan yang tak dapat dilupakan?

Pencapaian terbaik saya sepanjang berblogging tidaklah sehebat blogger yang lain. Tetapi bolehlah sebagai pencetussemangat kepada saya untuk terus berblogging dan apa yang saya pasti, setiap pencapaian saya itu saya anggap sebagai yang terbaik untuk diri saya sendiri. Pada tahun lalu saya telah berjaya menjual sebuah blog yang baru saya bangunkan selama 1 minggu pada harga USD$400 kepada seorang pembeli dari Negara Eropah di laman jual beli laman web di Flippa.Syukur, saya juga telah mencapai jualan hampir 5K dari laman web tersebut.

Selain daripada itu, saya juga seorang Nuffnanger dan telah mendapat lebih daripada 100 Buffered Earnings dan menjana pendapatan lebih 1K daripada iklan Nuffnang.Saya juga bersyukur kerana pernah mendapat tawaran advertorial dari Nuffnang.Sehingga setakat ini, saya sudah menjana pendapatan 5 angka dari Internet ini hanya dengan aktiviti blogging sahaja.Untuk pendapatan lain itu saya yakin, tak semuanya akan dikongsikan oleh blogger lain.Saya masih ingat lagi ada seorang blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ini telah menyebut nama saya di blognya sebagai seorang yang telah memberikan inspirasi kepadanya untuk berblogging. Kali terakhir saya mengetahui perkembangannya ialah dia menjadi seorang blogger yang lebih berjaya daripada saya. Saya rasa itu adalah pencapaian terbaik saya sepanjang saya bergelar seorang blogger. Oh memanglah, perasaan cemburu akan kejayaan orang lain itu ada. Tapi sekiranya dipandang dari sudut positif, ia akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus berblogging.

Kenangan yang paling saya tidak dapat lupakan apabila saya bertemu dengan Jutawan Internet, Dr.IrfanKhairi dan juga sempat mendapatkan tandatangan beliau untuk buku beliau “Jutawan Internet Jutawan Motivasi”.Selain itu, saya juga telah bertemu dengan Dr.Azizan Osman yang cool semasa seminarnya di Sabah “BeraniBerniaga 2013”. Bukan senang hendak berjumpa dengan orang jutawan sebegini.Mudah-mudahan aura kekayaan mereka bersama-sama dengan saya selalu.Mudah-mudahan…

Soalan 5

5.Apakah perancangan masa depan dan target Bluedianthus dalam berblogging ini?

Perancangan masa depan saya untuk bidang blogging ini adalah untuk membangunkan 10 buah lagi blog pelbagai niche dalam bahasa Inggeris yang dapat membantu mereka yang dahagakan informasi yang pantas di dunia online. Saya sasarkan blog ini mendapat sekurang-kurangnya PR1 pada Mei 2014.Sekiranya anda mengikuti perkembangan blog saya dari awal, anda akan mendapati saya jarang mengemaskini blog Bluedianthus.Com. Bukan kerana saya tidak aktif berblogging lagi, tetapi sehingga sekarang ini saya sudah pun mempunyai lebih dari 50 buah blog yang perludiselenggarakan. Oh tidak, tipulah jika saya katakana tidak ada blog-blog saya yang mati. Cuma ada lebih kurang 20 lebih blog yang aktif dan yang lain terbiar begitu sahaja. Mungkin sudah sampai masanya saya menggunakan konsep “leverage”.Apapun, ianya hanya perancangan sahaja buat masa ini, saya harap ianya akan berjaya, Doakan kejayaan, kesihatan dan kebahagiaan saya dan saya doakan yang sama buat anda semua. Ingatlah.“Berblogging dengan gembira, duit akan datang selepas itu”.Blogging itu indah nian.

Banyak tips beliau bagi kan? Manfaatkannya ok? Susah kita nak dengar ada Blogger ceritakan pengalamannya sendiri menjana income dari blognya..:D

Blog – Bluedianthus.com

18 Comments

  1. Blogger Babyface February 3, 2014
  2. Ummi Hanie July 31, 2013
    • reez July 31, 2013
  3. hafizmd July 30, 2013
  4. papa mifz July 25, 2013
  5. reez July 25, 2013
  6. reez July 25, 2013
  7. Anuar July 25, 2013
  8. PakarNiaga.com (AMIN) July 24, 2013
    • reez July 24, 2013
  9. Neu July 24, 2013
    • reez July 24, 2013
  10. Juan July 24, 2013
    • reez July 24, 2013
      • Juan July 25, 2013
  11. Mus July 24, 2013
  12. titan July 24, 2013
  13. reez July 24, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.