Best Ke Guna Dobi Layan Diri?

Dobi layan diri rasanya dah makin trending pada zaman sekarang ni. Rasanya dobi layan diri pertama yang aku pernah tengok adalah dalam rancangan Mr Bean..itu adalah dobi layan diri pertama sekali aku pernah lihat. Tak pernah nampak lagi di Malaysia. Kalau di KL tu, mungkin trend dobi layan diri ni dah lama. Begitu juga di sesetengah universiti atau kolej yang menyediakan perkhidmatan dobi layan diri ni.

Tapi sekarang nampaknya perkhidmatan dobi layan diri ini sudah semakin mendapat sambutan. Mungkin orang ramai pun sudah semakin sibuk dengan kehidupan seharian. Mana taknya, kalau membasuh tu kadang-kadang sampai 3-4 kali penuh mesin basuh sekali cuci. Sekali baju kering, malas plak nak lipat..bertimbunlah kain baju tu..aku rasa bukan aku sorang je hadapi masalah macam ni. Tambah pula kalau suami dan isteri tu bekerja. Pergi pagi, balik plak malam..memang susah la nak tunggu baju tu berlipat balik ye tak?

Bisnes Kedai Dobi

Apa yang best gunakan perkhidmatan dobi layan diri ni?

1.Korang tak payah susah payah nak fikir kalau mesin tu rosak, itu tanggungjawab owner kedai tu.

2.Kalau tengok dalam gambar, boleh muat sampai 14kg sekali cuci..mungkin mesin basuh kat rumah korang setakat 10kg je, so boleh masuk lebih. Nak banyak lagi, boleh masuk dua mesin sekaligus..mudah kan?

3.Dah habis basuh, korang boleh keringkan baju tu kat situ juga. Gunakan mesin pengering yang disediakan tu. Jadi lepas je kering, korang boleh terus lipat, dan letak terus dalam almari pakaian korang.

4.Korang yang letak, korang juga yang lipat baju tu balik, ada satu tips menarik yang salah sorang rakan blogger aku tulis kat blog dia tentang dobi layan diri ni, cuba baca..aku pun baru first time tahu..

5.Tak payah nak tunggu lama kalau nak siap semuanya..Paling lama pun mungkin sejam, tapi kalau korang jalan sekali 2-3 mesin, tak ke jimat..tak payah tunggu macam di rumah korang tu.

Setakat ni baru beberapa kali aku gunakan perkhidmatan dobi layan diri ni dan memang mudah. Ada kedai dobi layan diri tak sediakan mesin untuk beli sabun, jadi aku bawa sabun sendiri dari rumah. Tak payah beli pencuci yang besar tu, kecil je dah cukup..Lainlah kalau baju yang korang nak cuci tu banyak sangat. Takkan nak duduk semalaman kat kedai dobi tu ye tak?

Biasanya aku gunakan perkhidmatan dobi layan diri ni masa balik kampung kat JB tu. Balik rumah dah penat, banyak plak baju tak basuh lagi. Jadi sebelum balik Ipoh tu, singgah dulu kedai dobi layan diri ni dan basuh semua baju yang ada dan keringkan. Dah kering, lipat masuk dalam beg semula. Balik rumah tak payah pening dah fikirkan banyak baju tak basuh lagi, badan pun penat, ye tak?

Kedai Dobi Layan Diri Tumbuh Bak Cendawan

Apabila bisnes dah semakin trending, maka ramailah yang nampak peluang yang ada untuk membuka kedai dobi layan diri seperti ini. Aku juga pernah survey tentang pakej-pakej yang ada syarikat tertentu tawarkan untuk menjadi francais kepada bisnes mereka yang sudah semakin besar. Mungkin ada yang perasan, kalau korang pergi ke beberapa tempat, mungkin ada jenis kedai yang sama, tapi mungkin pemiliknya sahaja yang berbeza. Inilah konsep francais. Kedai dobi sekarang pun dah ada francais.

Download Cara Buat Bisnes Dobi Di Sini

Walaupun modal bisnes untuk membuka sebuah kedai dobi yang selesa dan berkualiti agak tinggi, aku ada beberapa tips menarik untuk korang supaya korang tak perlu buka kedai dobi untuk buat bisnes yang boleh menjana pendapatan.

Idea Bisnes Bukan Layan Diri

Antara bisnes yang korang boleh buat juga adalah perkhidmatan melipat kain. Buat satu flyers simple untuk perkhidmatan melipat kain tu. Iklankan perkhidmatan korang tu berdekatan dengan kedai dobi tersebut atau korang boleh jumpa sendiri owner kedai dobi tu untuk bincangkan untuk korang buat servis itu di kedainya. Bukan korang nak sailang bisnes dia pun kan. Orang dah basuh, kalau malas nak lipat baju, korang boleh lipatkan. Lagi bagus kalau korang sendiri boleh hantarkan ke rumah.

Perkhidmatan Seterika Baju

Selain daripada tu, korang boleh juga buat servis seterika baju atau seluar. Sama juga seperti perkhidmatan melipat kain tadi, cuba bincang dengan owner kedai tersebut. Mungkin sewa satu slot kecil disudut kedai tu dan korang boleh buat servis tersebut dengan mudah. Katakan korang caj RM2.00 – RM5.00 bagi sehelai baju dan seluar untuk digosok, tentu lumayan bukan.

Itu antara peluang yang aku nampak setiap kali aku melihat di kedai dobi. Masalah ini yang mungkin adalah peluang untuk korang buat bisnes. Bisnes cuci kereta pun dah ada yang dari rumah ke rumah..hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Jangan terkejut kalau ada yang buat kerja macam ni dapat income RM2000-RM5000 sebulan. Kerjanya tak susah mana bukan?

Kalau minat cuba fikirkan idea bisnes yang aku sebutkan di atas tu. Mungkin modal nak buat bisnes dobi belum mencukupi, tapi buat permulaan, ini merupakan bisnes yang boleh menjana pendapatan yang agak lumayan kalau dibuat dengan sebaik mungkin.

Dapatkan Panduan Bisnes Dobi Di Sini

11 Comments

  1. Noriza Rahman January 16, 2016
  2. sabree hussin December 24, 2015
  3. Azlan December 17, 2015
    • reez December 17, 2015
  4. raihanah December 14, 2015
  5. reez December 14, 2015
  6. Travelog Siti December 14, 2015
    • reez December 14, 2015
  7. Junaidy Jaimi December 13, 2015
  8. titan December 10, 2015
  9. Syed December 10, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.