Best Ke Tonton Teater?

Tonton teater dengan tonton wayang dan juga tonton tv mungkin 3 perkara yang sungguh berlainan. Malam semalam aku dan wife berkesempatan untuk menonton Teater ‘SEDAR’ arahan Rashidi Bin Abdul Kharis yang mana merupakan salah sorang anak seni di negeri Perak yang begitu aktif dalam menghidupkan seni teater di negeri Perak ni. Ini sebenarnya kali pertama aku nak tonton teater arahan beliau. Sebelum ni ada aku tonton teater, tapi bukan arahan beliau. Masuk kali ni baru kali kedua aku tonton teater..

Teater SEDAR

Berapa Harga Tiket? Mahal Tak?

Murah je tiketnya..RM5.00 je kalau tak silap..lagi murah daripada tiket wayang yang korang pergi tengok tu. Pada mulanya aku ingatkan tak ramai yang nak tengok teater ni…tapi aku silap nampaknya..rupa-rupanya ramai sungguh. Hampir penuh la auditorium Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Perak pada malam tu..ohoh..meleset sama sekali.

Best ke Teater Sedar ni?

Pada permulaan cerita, ramai yang ternanti-nanti bagaimanakah jalan ceritanya. Cerita dimulakan dengan kisah suami ister dan anaknya yang pada awal paginya membuka Warung milik mereka iaitu Warung Singgah Selalu. Di Warung itulah pelbagai kisah masyarakat dipaparkan kepada penonton sebagai pengajaran kepada anak-anak muda. Ada gelak ketawa, sajak-sajak, juga tak lupa juga ada yang tersentuh dengan kisah sedih yang menyentuh hati, terutamanya kisah anak yang dibuang…tabik spring kepada pelakonnya yang memberi sepenuh penghayatan kepada teater berkenaan.

Pelbagai kisah yang terjadi pada zaman sekarang dipaparkan yang mungkin tak ramai menduga..tetapi itulah realiti yang ingin dipaparkan melalui teater ‘SEDAR’ ini. tahniah aku ucapkan kepada seluruh warga kerja yang menjayan teater ini. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa perlu diperbaiki seperti olahan muzik, sebab ada aku perasan, timing muziknya ada yang cepat, ada yang lambat..itu takde masalah sangat kot..asalkan mesej yang ingin disampaikan jelas.

Selain tu, aku harap dapat juga menyediakan kerusi yang lebih selesa untuk penonton disebabkan kerusi yang aku duduk dan orang lain duduk macam tak selesa disebabkan jarak antara orang sebelah terlalu dekat dan membuatkan ada yang tidak selesa. Tempat duduk juga berbunyi-bunyi. Itu faktor kecil je, tapi kualiti yang dipersembahkan oleh pengarah Rashidi Abdul Kharis ni memang adalah terbaik sekali dan diharapkan ada lagi teater yang bakal diarahkan beliau.

Minggu Depan Teater Lagi

Pada sesiapa yang nak menonton teater pada minggu depan, korang boleh tengok lagi teater ini yang berkonsepkan Teater Muzikal, iaitu ‘Teater Muzikal Kaduk’. Sesiapa yang ingin menonton sila rujuk maklumat seperti dibawah:

Tarikh : 31 Oktober – 1 November 2014
Tempat : Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perak

14 Comments

  1. sabree hussin November 5, 2014
  2. duniafarisya November 4, 2014
  3. siti hazreen October 31, 2014
  4. Miracle Vitamins October 27, 2014
    • reez October 27, 2014
  5. titan October 27, 2014
    • reez October 27, 2014
  6. blogger lelaki October 26, 2014
    • reez October 26, 2014
  7. akubiomed October 26, 2014
    • reez October 26, 2014
  8. Fadhil October 26, 2014
    • reez October 26, 2014
  9. Anuar October 26, 2014

Leave a Reply to siti hazreen Cancel reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.