Blog Ke Majalah Online?

Entri ni aku bukan ada niat apa-apa pun, cuma aku rasa sedikit kecewa dengan blog-blog yang pernah aku baca dulu. Biasanya takkan kekal lama content di dalamnya. Paling lama pun blogger akan bertahan untuk update content asli blognya adalah setahun pertama atau dua tahun pertama je.

Tahun ketiga atau keempat, mungkin blognya akan dikuburkan sama ada blogger tersebut dah sibuk bekerja, alasan sambung study dan ada juga yang bagi alasan sebab tak tahu nak tulis apa dah. Selain tu, ada juga yang memang tak nak update blognya disebabkan sudah buat bisnes online di FB ataupun Instagram atau mungkin ada yang sibuk dengan perkara-perkara lain.

Blog Ke Majalah Online

Walaupun ada blogger-blogger yang masih lagi aktif menulis, tetapi tak ramai yang mengekalkan jiwa dalam blognya. Tak payah tengok blog orang lain, cuba tengok sendiri blog sendiri..lihat sahaja di ruangan Sitemap ataupun ruangan Archive blog sendiri. Bilakah kekerapan blog tersebut diupdate dan juga apakah tajuk-tajuk entri yang mendapat banyak komen daripada pembaca -pembaca, tak kira la sama ada entri itu advertorial ataupun tidak.

Olah Kandungan Blog Jadi Lebih Menarik

Tak ramai yang mampu mengolah sesuatu entri tersebut menjadi lebih mudah dan santai dibaca. Ramai daripada mereka yang mungkin dapat beratus advertorial sebulan, kalau lihat pada kandungan yang ada semuanya lebih kurang sama sahaja. Seperti korang membaca majalah adanya.

Sebagai contoh, satu review mengenai tempat percutian yang korang menginap selama 3 hari dua malam di hotel tersebut. Jarang sekali aku dapat baca bagaimana pengalaman sebenar penulis tersebut datang ke tempat tersebut yang menceritakan mungkin ada pengalaman menarik sewaktu ke tempat berkenaan. Mungkin boleh diselitkan juga sedikit kisah sewaktu di hotel berkenaan contohnya ada pengalaman berbual dengan staf disitu, tempat makan, atau ada kisah menarik hotel itu yang mungkin tak ramai tahu.

“Tell a story that only you can tell” @thetravelcamel

Apa yang selalu aku baca dan lihat, penulis hanya paparkan apa kemudahan yang ada, lebih kurang hotel-hotel lain juga..dan akhir sekali biasanya dipaparkan alamat dan nombor telefon hotel berkenaan sahaja. Jarang sekali diceritakan bagaimana perjalanan ke tempat berkenaan. Mungkin lebih menarik kalau diceritakan.

Biasanya kalau ada yang nak bercuti, mereka lebih suka membaca pengalaman dari kisah penulis itu sendiri..apa yang best dan apa yang tak best. Tapi kalau dah entri berbayar, sudah tentu kisah-kisah yang baik sahaja diceritakan bukan? Nanti tak sedap pula yang membayar entri berkenaan, tak gitu?

Menulis Untuk Pembaca

Ramai blogger mungkin sedar atau tidak atau mungkin tak ambil kisah langsung, siapakah target reader mereka. Ada blog yang terdiri daripada 80% pembaca perempuan sahaja 18-25 tahun sahaja..terbayang entri-entri berkenaan tips kecantikan dalam blog berkenaan. Biasanya blog jenis ini, 10 entri pertama akan memaparkan entri-entri berkenaan produk kecantikan yang diminta untuk review oleh syarikat-syarikat produk kecantikan ini.

Adakah korang tahu siapakah pembaca blog korang? Wujudkan engagement antara pembaca blog korang dan juga entri yang korang hasilkan supaya lebih mudah untuk mempengaruhi minat pembaca untuk datang lagi ke blog korang. Contohnya kalau korang buat satu entri berkenaan tempat percutian menarik di Pulau Perhentian..jika entri yang korang tulis berada dalam carian tertinggi di search engine, sudah tentu ramai yang ingin bertanya soalan-soalan di blog korang. Ada yang ambil masa sehingga 1 minggu atau mungkin 2 minggu untuk membalas komen-komen daripada pembaca. Wujudkan juga notifikasi kepada pengkomen jika komen mereka telah pun dibalas.

Contohnya entri yang aku tulis Pengalaman Membeli Di AliExpress Kali Pertama. Lebih 100 komen ditinggalkan disitu dan aku cuba untuk menyelesaikan pertanyaan yang diajukan di entri berkenaan supaya wujud engagement antara aku dan juga pembaca. Jadi lebih mudah untuk mempromosi sesuatu produk kepada mereka yang mungkin ada engagement dengan entri kita.

Penulisan Berbentuk Maklumat

Aku sebenarnya sangat kagum dengan blogger HasrulHassan dan wajar aku gelarkan juga dia ni sebagai SuperBlogger. Maklumat yang ditulis di blognya membuatkan aku rasa sangat kagum. Ada juga entri-entri yang related dengan diri penulis itu sendiri yang membuatkan penulisan tersebut lahir dari jiwanya dan bukan hanya menulis seperti majalah.

Disebabkan engagement inilah yang membuatkan aku rasa seperti membaca ‘BLOG’ dan bukannya membaca majalah online. Sentuhan jiwa blogger itu juga perlu ada. Kalau korang tengok blog Kak Red pun, ianya seperti mendengar bebelan seorang kakak yang sangat menjiwai warna merah dan aku rasa seronok membacanya dan pembaca-pembaca blognya juga rasa senang untuk meninggalkan komen-komen di blognya.

Entri yang lahir dari jiwa inilah yang semakin terhapus…dan semakin kurang…tapi nak buat macam mana ye orang cakap itulah kerjanya..tulis blog. Dengan tulis bloglah di dapat jadi fulltime blogger sampai sekarang. Setiap entri dibayar….yang komen itu ini tu jeles lah kan…sebab depa tak dapat.hehe..

Mungkin ada beberapa blogger mulai sedar, tapi biasanya kesedaran tu tak lama mana pun disebabkan sibuk memenuhi jemputan review, travel dan banyak lagi jemputan untuk review di blognya. Blog pun sudah semakin popular dan menjadi idaman ramai PR-PR company tersohor di Malaysia ataupun di luar negara jadi kenapa nak lepaskan peluang, ye tak?

Tulis dengan jiwa, jangan jadi keyboard warrior je..:D

31 Comments

  1. Ahmad November 29, 2016
  2. Oyong Ilham September 30, 2016
  3. Once Kim April 9, 2016
  4. reez March 22, 2016
  5. olaoli March 21, 2016
    • reez March 21, 2016
  6. Ummi Hanie March 21, 2016
    • reez March 21, 2016
  7. Uncle Zuan March 20, 2016
  8. Lynda March 18, 2016
  9. Bro Framestone March 17, 2016
    • reez March 17, 2016
  10. Julia Johari March 17, 2016
  11. Jamaludin March 16, 2016
  12. sabree hussin March 15, 2016
  13. Suhimi Nain March 15, 2016
    • reez March 15, 2016
  14. Mejuez March 15, 2016
    • reez March 15, 2016
  15. semak saman March 14, 2016
  16. mejuez March 14, 2016
    • reez March 14, 2016
  17. Raihanah Ahmad March 14, 2016
  18. ajumohit March 12, 2016
    • reez March 14, 2016
  19. Jie Susanos March 11, 2016
  20. Ikhwan March 11, 2016
  21. DRAMATIC UNIQ March 11, 2016
    • reez March 11, 2016
  22. titan March 11, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.