Boleh Jimat Puluhan Ribu Jika Beli Perabot Rumah Di Foshan, China

Nak beli perabot rumah dah tentu la nak yang murah dan juga berkualiti. Jadi pilihan paling mudah adalah membelinya di negara China. Ramai sebenarnya tak tahu cara nak beli perabot murah dari China ni.

Tapi semuanya bakal terjawab kalau korang baca entri ni sampai habis…

Secara ringkasnya perabot dari China ni amatlah murah jika nak dibandingkan perabot yang dijual di Malaysia. Harganya boleh dapat dalam RM2000 ke RM3000 sahaja bagi set bilik tidur mewah, set katil dan banyak lagi.

Dimana Lokasi Beli Perabot Murah Dari China?

Beli Perabot Murah Dari China

Kalau nak cari perabot murah dari China, korang boleh pergi ke Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik kapal terbang dan  turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi terus ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight dalam RM500-800+ sehala.

Dapatkan visa terlebih dahulu untuk masuk China. Caj buat visa RM150. Kalau buat sendiri hampir RM90 juga. Lebih baik suruh agensi tolong buat lagi senang. Seelok-eloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena hantar.

Hotel Terdekat Di Sana

Beli Perabot Murah Dari China

Ada banyak sebenarnya hotel yang boleh korang menginap di sana, tapi hotel yang mana terdekat dengan Lecong Furniture Market dan senang nak dapat makanan halal?

Boleh tengok gambar. Dari hotel ni jalan kaki je ke Lecong tu. Foshan ni tak ada apa-apa yang menarik pun. Datang beli perabot lepas itu balik je. Harga hotel dalam RM100+. Dapat jimat lagi kat situ bukan.

Restoran Makanan Halal

Memang ada, tapi mungkin tak kena dengan selera korang nanti. Lebih baik bawa bekal siap-siap dari Malaysia. Lagipun bukan lama sangat kat sana kan? Mana tahu nak makan yang pedas-pedas ke.

Boleh bawa Maggi Cup ke atau roti daripada Malaysia..:P

Cara Nak Beli Barang Di Sana

Beli Perabot Murah Dari China

Tak susah mana pun…

Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang siap untuk dihantar ke pelabuhan Guangzhou > bayar baki dan caj penghantaran > barang sampai di pelabuhan Guangzhou untuk pengumpulan dan pemeriksaan > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda.

Berapa Ye Kos Penghantaran? Mahal ke murah?

Beli Perabot Murah Dari China

Kosnya cuma RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Sofa dalam 2 cubic meter je. Semua caj dah termasuk cukai dan lori sampai ke rumah.

Caj-caj lain ialah kos penghantaran dari Lecong ke Guangzhou. Ini bergantung kepada berat, saiz dan kuantiti. Kalau beli banyak mungkin mereka tak caj. Barang saya beli, kadarnya 80-500 yuan setiap satu.

Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang nak diceritakan…tapi takut korang bosan pula baca….

Untuk maklumat dengan lebih jelas dan juga terperinci, korang boleh dapatkan Buku & DVD Panduan Perabot China ini yang diterbitkan oleh saudara Khalid Hamid sendiri.

Semuanya adalah daripada pengalaman beliau di sana membeli perabot mewah di China. Untung sangat, sebabnya dapat jimat ribuan ringgit beli perabot-perabot ni semua.

Sebelum harga dinaikkan lagi, rasanya elok korang dapatkan segera melalui link dibawah ini.

Dapatkan Panduan Perabot China

One Response

  1. sabree hussin February 15, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.