Buat Bisnes Cenderahati Boleh Untung Besar Ke?

Bisnes cenderahati ni sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia. Sudah beribu orang yang buat dan ada yang sudah menjadi status jutawan.

Ada beberapa orang IM yang saya kenal merupakan jutawan bisnes cenderahati sehingga sekarang. Syarikat-syarikat besar seperti TV3, Media Prima dan banyak lagi menjadi klien utamanya.

Bisnes dimulakan dengan bermodal rendah sahaja ketika masih belajar….

Ya..masih belajar..

Semasa masih belajarlah kita mampu untuk survive supaya bisnes cenderahati itu boleh kekal lama.

Pada permulaan, boleh fokus kepada satu jenis cenderahati sahaja, mungkin dimulakan dengan t-shirt ataupun woven bag untuk permulaan.

Betul ke boleh buat bisnes cenderahati ini tanpa menggunakan modal?

Buat Bisnes Cenderahati Tanpa Modal?

Memang satu headline yang sangat best untuk dibaca, tapi betul ke kenyataan tu? Kenyataan tu sebenarnya adalah benar. Cuba baca kisah seorang wanita yang dah berjaya membuat bisnes cenderahatinya berjaya.

Nampak tak..walaupun tanpa modal, beliau berjaya membuka bisnes cenderahatinya sendiri.

Namun semua ini tak bermakna tanpa ilmu dan juga pengetahuan yang beliau dapat. Mungkin beliau dapat khidmat nasihat daripada mereka yang dah berjaya dalam bidang ini.

Ini kerana memang bukan mudah nak puas kan hati pelanggan anda yang sentiasa inginkan produk yang berkualiti dan murah pula tu.

Mana nak cari supplier? Mana nak cari pelanggan? Macam mana nak promosi? Boleh ke bersaing dengan mereka yang telah lama?

Soalan-soalan ini semua sebenarnya adalah ketakutan anda untuk memulakan apa-apa bisnes sekalipun.

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes Cenderahati

Mungkin 5 tips menarik ini boleh digunakan untuk merangsang lagi bisnes anda yang baru nak bermula.

  1. Fokus kepada satu atau dua jenis cenderahati sahaja
  2. Ambil untung dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu untuk membina kepercayaan pelanggan.
  3. Sediakan profil syarikat yang profesional supaya kita dianggap serius.
  4. Sentiasa berikan lebih daripada yang kita deliver supaya pelanggan lebih puas hati.
  5. Promosi kepada agensi-agensi yang betul.

Banyak lagi tips hebat yang boleh anda dapat daripada mereka yang lebih pakar. Sebagai contohnya En. Azhar Azman ini yang berjaya buat bisnes cenderahati beliau untung besar!bisnes cenderahati

Ramai yang nak tahu cara terbaik nak buat bisnes cenderahati ini, tetapi menemui jalan buntu dan akhirnya tinggalkan bisnes yang mempunyai potensi sangat besar ini.

Dapatkan Panduan Bisnes Cenderahati Sekarang

Tentu ada sebab beliau dapat untung besar dengan buat bisnes cenderahati ini. Cenderahati-cenderahati mudah seperti pendrive, pen, buku nota, woven bag dan banyak lagi jenis produk yang boleh dijadikan idea cenderahati menarik.

Syarikat-syarikat swasta ataupun agensi-agensi kerajaan sentiasa inginkan pembekal-pembekal yang mampu memberikan hasil yang terbaik dan dengan harga yang sangat berbaloi bagi mereka disamping produk-produk yang kreatif ini.

Baca bagaimana isteri rakan saya ini buat bisnes cenderahati secara part time yang sangat unik untuk hantaran ataupun hadiah perkahwinan.

Ada yang buat bisnes button badge sahaja, ada yang buat bisnes cenderahati pinggan berlukis jika anda dapat lihat di Central Market, sangat popular.

cara buat bisnes cenderahati

Paling kreatif saya lihat ada yang buat ukiran di kayu untuk dijadikan cenderahati yang sangat eksklusif sekali. Tentu harganya bukan murah.

Jika anda mempunyai kreativiti itu merupakan satu kelebihan yang anda ada. Gunakan kreativiti supaya bisnes cenderahati anda lebih cemerlang lagi berbanding orang lain.

Ada yang fokus kepada frame tulisan khat yang dilukisnya sendiri..

lukisan kaligrafi

Kredit : LukisanKaligrafiMurah

Anda dah nampak peluang yang terbuka luas?

Dalam dunia internet sekarang ni, anda boleh mendapat order dari seluruh dunia. Jangan hanya fokus kepada dalam negara sahaja.

Tak mustahil anda juga boleh dapat order daripada negara luar yang mungkin tertarik dengan keunikan cenderahati yang anda hasilkan sendiri itu berbanding yang dicetak dikilang-kilang.

Saya tak nampak dimana anda tak boleh berjaya dengan bisnes cenderahati ini kerana peluangnya sangat besar dan lumayan.

Jika mahukan bantuan dan juga guide yang sangat lengkap daripada yang dah berjaya seperti En. Azhar sendiri bolehlah dapatkan panduan yang sangat berguna ini sekarang.

Dapatkan Panduan Bisnes Cenderahati Sekarang

9 Comments

  1. thehaikal October 3, 2017
    • reez October 3, 2017
  2. sabree hussin September 25, 2017
    • reez September 25, 2017
  3. titan September 12, 2017
    • reez September 12, 2017
      • titan September 15, 2017
        • reez September 15, 2017
          • titan September 23, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.