Buat Landing Page Mudah Dengan WP Profit Builder

Landing Page WordPress sebenarnya lagi mudah dibuat. Hanya dengan beberapa klik je dah boleh siap satu atau lebih landing page. Bagi kebanyakan blogger mungkin faham apakah itu Landing Page. Ada juga yang mungkin pertama kali dengar.

Landing Page ni kebiasaannya dalam bentuk satu page sahaja dan terus menerangkan tentang sesuatu info yang mungkin sangat dicari-cari oleh ramai orang diluar sana. Kalau nak tengok contoh landing page yang aku buat, boleh tengok kat link ini.

Cara nak buat, tak susah mana sebenarnya. Khas untuk pengguna WordPress sahaja. Dengan plugin WP Profit Builder ini, korang boleh buat landing page dengan template yang ada dalam masa beberapa minit je.

Klik dan dapatkan Plugin WP Profit Builder Sekarang

Cuma kena masukkan ayat sendiri dalam landing page tersebut dan juga kod autoresponder.

Bagaimana Nak Menggunakan Plugin WP Profit Builder?

Jangan risau, kat bawah ni korang boleh tonton sendiri bagaimana cara nak guna plugin yang sangat best ni.

Senang je kan? Kalau korang tengok, ada banyak template yang profesional untuk korang gunakan. Tak kiralah untuk tujuan apa sekalipun.

Penting ke guna Landing Page?

Sebagai seorang blogger, sebenarnya apa yang paling penting adalah database pembaca korang. Kalau korang boleh targetkan database pembaca secara spesifik. Sebagai contoh, kalau korang target pembaca dikalangan makcik-makcik yang nak tampil cantik menarik kembali, korang boleh tawarkan sesuatu untuk mereka dengan mengisi detail seperti alamat emel dan sebagainya.

Jika korang sebagai owner kedai atau produk, dengan database yang ada, korang boleh menghantar emel promosi kepada buyer anda yang pernah membeli dengan anda.

Klik dan dapatkan Plugin WP Profit Builder Sekarang

Contoh paling jelas kalau korang ada membeli di Zalora ataupun Lazada. Tentu korang perasan kalau ada emel daripada mereka bukan? Promosi-promosi tertentu untuk lebih dekat dengan pelanggan.

Ini sangat penting untuk mengikat engagement korang dengan pelanggan supaya korang terus membeli dan membeli dengan mereka.

Mungkin tak ramai blogger yang gunakan landing page supaya dapat kumpul database dari blog mereka dan mungkin ada yang tak ambil kisah, sebab blogger tu popular dan tak perlu rasanya kumpul database yang mungkin agak teknikal bagi mereka tu.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk dapatkan plugin Landing Page WordPress ini boleh klik pada banner di bawah dan boleh gunakan dengan segera. Aku dah gunakan, memang sangat best!

5 Comments

  1. sabree hussin December 30, 2016
  2. Amin Hakim December 13, 2016
  3. hilangkaneyebag December 11, 2016
  4. Perawat Sihir December 11, 2016
  5. titan December 8, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.