Burger Pilihan Menu Rakyat Malaysia

Aku pun taktau la mana datangnya idea depa ni semua buat bisnes burger sampaikan ramai yang dah macam trend je beli burger waktu malam..asal malam je, mesti ada orang jual burger kat mana-mana. Cuma yang membezakan gerai-gerai burger tu semua adalah sedap atau tak je. Mungkin burger McDonald jadi pilihan juga kat korang, tapi kalau duk pekena tiap-tiap minggu memang super bosan dibuatnya kan.

Cara Buat Bisnes Burger

Nama Burger Yang Pelbagai

Ada juga aku perhatikan yang depa ni peniaga burger ni nak menarik perhatian pembeli tu. Ada juga yang pelbagaikan jenis daging dan juga ada yang buat memacam nama yang pelik-pelik didengar..Burger KLCC le, Burger Cinta Hati la..kemain nama burger gitu..harga Burger KLCC plak, memang macam shopping kat KLCC plak mahalnya..tapi ada juga makhluk yang makan burger KLCC ni..gedabak beso tahu tak?haha..Memacam cara orang buat bisnes burger ni kan sebab nak tarik perhatian..tapi paling penting sebenarnya adalah RASA burger tu sama ada sedap atau tidak..kan?

Dekat ngan rumah aku ni ada satu gerai burger yang aku rasa unik..unik bukan sebab rasa burgernya..tapi uniknya depa ni boleh buat burger dengan amat laju sekali..dan rasanya takde lah pelik sangat dan rasa tak best nak makannya. Ada juga aku tengok sesetengah gerai burger letakkan nenas, epal dalam burger tu..adoila..membunuh rasa lak bagi aku..Ingat lagi dulu burger McD ada satu sayur yang masam tu..ciss sungguh rasanya..tiap kali bukak je burger..terus aku buang sayur masam tu dulu..putus selera kejap dibuatnya..

Klik Untuk Mantapkan Bisnes Burger Cara Terbaik

Ok berbalik kepada brader jual burger dekat ngan rumah aku ni…Aku tengok ramai yang suka tunggu kat situ bukan sebab apa..suka tengok depa memasak dan membungkus burger..kepantasan tangan depa tu buat ramai orang tengok macam kagum je. Bayangkan depa boleh bungkus 3 ketul burger dalam masa kurang 30 saat je…peh..laju gile tangan..lagi satu hebatnya depa ni boleh plak ingat order yang datang..Aku pernah la jugak tunggu kat situ….dan aku perhatikan, ada yang parking kejap macam drive thru tu…pastu datang balik terus dapat burger…mak ai punya kejap depa ingat..Mungkin customer tetap kot, tetiap malam beli burger ngan depa..pada pendapat aku la kan.

Makan Burger Menggemukkan Itu Auta…Ye?

Kalau korang pernah kira BMI korang tu untuk dapatkan berat badan yang ideal..pastu korang plak balun burger hari-hari tanpa rasa bersalah..rasanya boleh ke kurangkan berat badan korang tu? Teknik Bakar Lemak Pantas ni mungkin ada cara yang terbaik kot. Sebab takkan la boleh layan lagi makan burger sesedap lepas baca panduan tu kan?hehe..Kasi panas la kan..

17 Comments

  1. Hafizul June 13, 2014
  2. Nurul June 10, 2014
    • reez June 10, 2014
  3. hafizi June 10, 2014
    • reez June 10, 2014
  4. Bahrain June 9, 2014
    • reez June 9, 2014
  5. Denaihati June 9, 2014
  6. Hairul Azni June 7, 2014
    • reez June 7, 2014
  7. Abdfatah June 5, 2014
  8. titan June 5, 2014
    • reez June 5, 2014
  9. myrujukan June 5, 2014
    • reez June 5, 2014
  10. akubiomed June 5, 2014
    • reez June 5, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.