Cara Borong Barang Dari China

Cara Borong Barang Dari China, ramai yang dah tahu dan ramai juga yang masih mencari kat mana lubuk yang sesuai untuk memborong barang dari sana untuk diniagakan di sini. Paling senang korang boleh beli je secara online dan tak perlu la nak tempah tiket kapal terbang dan kena ke sana plak untuk pilih barang yang sesuai. Memang cara tu bagus, tapi kosnya…? Tak ke makan sampai beribu ringgit, dan memerlukan modal yang tinggi untuk ke sana. Lainlah kalau korang jenis orang yang memang poket tebal dan ada kedai sendiri di sini.

Apa yang best kalau korang borong barang dari China ni?

Cara Borong Dari China

Tak lain dan tak bukan adalah harganya…kan? Siapa tak nak beli pada harga yang murah, dan jual di sini dengan harga mungkin 3 kali ganda dari harga kos yang korang beli. Tambahan plak korang boleh estimate sendiri kos modal barang korang tu termasuk penghantaran kalau korang menggunakan model dropship bagi bisnes korang tu. Terutamanya bagi seller Ebay, ini sudah semestinya berita baik. Berita best juga kalau korang ada blogshop-blogshop comel tu kan. Akak-akak beg besar yang jual barangan wanita tu…sudah semestinya lubuk ini yang dicari.Cuba tengok web RahsiaTaobao.com ini untuk pencerahan dengan lebih detail. Tak ramai rasanya yang tahu lagi teknik dan taktik untuk dapat keuntungan berlipat kali ganda dari Taobao ni.

Tapi boleh percaya ke kalau borong dari China ni? Tak kena tipu ke? Ramai rasanya yang kena tipu dengan web-web yang korang sendiri tak tahu apakah boleh dipercayai atau tidak. Setakat pengalaman aku sendiri, belum pernah lagi terkena dengan penipuan, semuanya sampai, tapi mungkin masa penghantaran tu je yang mungkin lambat dari biasa.

Apakah antara sebab korang kena tipu tu?

1. Tiada pengalaman, ini memang biasa. Pada mereka yang tak pernah berurusan, tentu banyak sekali soalan yang korang nak tanyakan, tapi kalau korang dapatkan RahsiaTaobao ni, rasanya korang tak lah tersesat dan perlu tanya banyak soalan, sebab banyak jawapan yang akan terjawab kat dalam tu.

2. Tak nak ambil tahu, ada juga sebenarnya orang macam ni sebenarnya. Mungkin ada sebab tersendiri..mungkin sebab korang malu ke, atau korang sendiri yang sombong dan juga mungkin malas nak ambil tahu tentang beberapa maklumat yang korang perlu selidik terlebih dahulu sebelum mula membeli barang dari China.

3.Malas..penyakit ni memang susah nak ubat kan..semua ada penyakit ni..malas nak cari maklumat, malas nak ambil kisah, related juga dengan sebab nombor dua tu.

Walaupun korang tahu macam mana nak beli dari Taobao ni aku gerenti korang tak tahu sebenarnya barang apa yang TERLAJAK LARIS dipasaran? Takkan korang nak ikut trending yang ada kat Facebook? Sebagai penjual kecil-kecilan, korang rasanya tak mampu nak bersaing dengan mereka yang ada modal besar tu. Bayangkan depa boleh dapat harga yang jauh lagi murah dari korang, dan korang offer harga jauh lagi mahal, tak ke ada potensi korang mengalami kerugian yang besar?

RahsiaTaobao nampak menarik bagi akak-akak beg besar yang nak meniaga tu atau student-student yang nak menambahkan duit poket korang. Ye la kan, sebagai student, for sure la nak duit lebih nak belanja awek, nak pegi tengok wayang, nak jenjalan sana sini, nak beli handphone baru..macam aku tak tahu je apa student buat..haha…

Secara tak langsung korang sebagai student boleh ringankan beban mak bapak korang tu. Silap-silap kalau untung lebih korang belanja mak bapak korang dulu gi makan-makan, sebelum korang bawak awek korang tu gi makan..dapat pahala besar lagi tu kalau korang bawak makan tempat best dari awek korang tu..ini tak…

Aku juga pernah juga beli online dan aku tengok ada beberapa niche yang agak menggoda jiwa untuk aku beli..amboi..ahaha..Mesti korang ada pengalaman beli dari Taobao ni kan? Aku cuma pernah beli dari AliExpress.com je buat masa ni. Kalau tak haritu aku nak beli lagi barang dari AliExpress.com ni, tapi tak berkesempatan..lain kali la kot aku gi beli.

Jangan buang masa korang, cuba klik RahsiaTaobao ni dan dapatkan satu untuk panduan korang memborong dari China dengan lebih menguntungkan dan menebalkan lagi poket korang tu setiap bulan.

26 Comments

  1. Marina May 31, 2016
    • reez May 31, 2016
  2. noridah ishak May 30, 2016
    • reez May 30, 2016
  3. rahayu mohd yusuf May 31, 2015
  4. Akak Vitamin May 13, 2015
  5. SuperNifz March 5, 2015
  6. Azzahairi February 10, 2015
  7. Malaysia Tercinta November 26, 2014
  8. musa November 23, 2014
    • reez November 23, 2014
      • musa November 24, 2014
        • reez November 24, 2014
  9. luthfi September 23, 2014
  10. Penanya September 21, 2014
    • reez September 21, 2014
  11. che nor July 20, 2014
  12. ben saimin July 16, 2014
  13. Hasrul Hassan July 12, 2014
  14. Lizz July 8, 2014
    • reez July 8, 2014
  15. ema July 8, 2014
  16. Hero Borneo July 8, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.