Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah

Pagi tadi connection internet Streamyx di rumah aku tergendala.

Selang 5 minit, talian kejap ada kejap takde. Nak tengok video webinar tiba-tiba connection terputus, memang potong stim betul.

Macam biasa, sebab dah biasa terjadi, apa yang TM selalu beritahu, cuba restart modem.

Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah

Biasanya lepas dua atau tiga kali kalau masalah berulang, internet akan ok, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Lampu yang terpasang cuma bahagian DSL sahaja.

Sebenarnya selepas hampir 7 kali aku restart tak boleh, aku off kan modem dan aku cabut semua wayar di belakang modem tu,dan pasangkan kembali.

Seperti masalah Streamyx yang lepas aku pernah buat, cuma masalah wayar di belakang modem tu yang longgar. Kali ni aku cuba dan ternyata GAGAL.

Jadi setelah hanya satu lampu je menyala, aku pun dah putus asa. Jalan terakhir adalah buat report ke talian 100 untuk aduan kerosakan internet Streamyx dan Unifi.

Kalau dulu kena call nombor bermula 03, tapi sekarang kena call 100 terlebih dahulu dan pilih menu aduan kerosakan talian Streamyx atau Unifi.

Selepas verify semua maklumat, aku adukan masalah tersebut dan dia cuba ‘troubleshoot’ dari sana dahulu. Aku dapat lihat modem aku restart sendiri.

Masalah masih lagi sama…

Ada dia cakap kalau ada wayar LAN boleh cuba check sambungan terus, malangnya pada ketika itu memang takde wayar LAN.

Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah

Jadi pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut forward kan masalah aku ini ke TM HQ dan katanya TM akan cuba troubleshoot dahulu daripada sana.

Then TM akan call melalui nombor 03 dan berakhir dengan nombor 5000 biasanya. Sebab ramai yang tak nak angkat nombor bermula 03 kerana mungkin dikhuatiri scam ataupun pihak telemarketer.

Disebabkan tengah hari tadi aku ada kenduri nak pergi, so aku cuma tunggu call daripada TM sahaja. Balik dari kenduri aku terfikir, apa kata kalau aku cuba RESET semula modem ni dengan konfigurasi yang baharu!

Ting!!

Aku pun buka kotak modem Streamyx yang baharu yang aku dapat daripada TM haritu, dan terus tengok guidebook yang diberikan.

Cara Configure Semula Modem Streamyx

1.Pastikan anda mempunyai kabel LAN. Buat sambungan terus dari modem ke PC atau laptop.

2.Buka browser dan taip URL : http://192.168.1.1 dan tekan Enter. Akan terpapar seperti gambar

Cara Configure Modem Streamyx

3.Langkah seterusnya adalah masukkan Username: tmadmin dan password: [email protected] (xxxx adalah 4 Digit terakhir pada MAC ID di belakang modem anda).

Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah

4.Tick pada ‘Quick Setup Mode’.

5.Di sini anda boleh ubah ID login untuk Streamyx anda. Anda hanya perlu ada maklumat Username akaun Streamyx dan juga Password.

6.Kalau terlupa, boleh call 100 dan tanyakan kepada pegawai perkhidmatan pelanggan. Jika anda pernah reset sendiri password dan gunakan password sendiri, minta mereka resetkan untuk anda semula.

7.Akhir sekali masukkan Wireless ID (akan terpapar setiap kali anda search Wifi) dan juga password yang anda inginkan bagi modem anda.

8. Klik pada WPA Encryption sebelum set password Wifi anda sekurang-kurangnya 8 aksara.

9.Jangan lupa set kan password, kalau tak, sesiapa pun boleh ambil password anda dan gunakan internet di rumah anda secara percuma.

10.Akhir sekali cuma tekan Save dan Next sehingga berjaya.

11.Anda akan dapati kesemua lampu pada modem akan menyala menandakan connection telah berjaya.

Selepas sahaja aku selesai setup modem ni semula, semua connection sudah pulih. Aku pun dah reset semua username dan password modem untuk connection Streamyx.

Tak susah mana pun sebenarnya.

Ini mungkin salah satu ikhtiar bagi anda yang mempunyai masalah dengan modem Streamyx.

Aku hairan ramai juga katanya mempunyai banyak masalah dengan modem Streamyx, setakat ni takde la masalah apa, cuma mungkin dari segi connection yang dulu memang kerap bermasalah, tapi sekarang tidak lagi berpanjangan.

Jadi korang boleh cuba cara ini ye yang mungkin dapat membantu.

Share dan viralkan post ini kalau rasa ianya berguna..:D

21 Comments

  1. Muhammad December 3, 2017
  2. Elih Japahar November 28, 2017
    • reez November 29, 2017
  3. Kak Su November 22, 2017
  4. Suhimi Nain November 22, 2017
  5. Belang Tarung November 22, 2017
    • reez November 22, 2017
  6. nikkhazami November 14, 2017
  7. titan November 14, 2017
    • reez November 14, 2017
  8. sabree hussin November 14, 2017
    • reez November 14, 2017
  9. akubiomed November 14, 2017
    • reez November 14, 2017
  10. Amir Mazlan November 13, 2017
    • reez November 13, 2017
  11. zool November 13, 2017
  12. Pisyek November 11, 2017
    • reez November 11, 2017
  13. Yeop Maz November 11, 2017
    • reez November 11, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.