Cara Jual Aiskrim Dapat Untung RM5K Sebulan

Baru je di Majalah 3 tadi dibongkarkan beberapa bisnes aiskrim yang ada di Malaysia ni. Kalau ada yang tengok Majalah 3 tarikh 26 Oktober 2015 tadi, dapatlah lihat wujudnya beberapa jenis aiskrim yang unik di Malaysia. Rasanya kalau nak kira, ada lagi rasanya jenis-jenis aiskrim yang unik yang mungkin kita sendiri tak tahu.

Walaupun nampak senang je kita tengok di kaca televisyen tentang proses pembuatan aiskrim dan dapat sambutan yang sangat menggalakan, masih ramai juga yang tidak tahu bagaimana nak memulakan bisnes aiskrim.

Cara Jual Aiskrim Dapat Untung RM5K Sebulan

Ada beberapa kategori bisnes aiskrim yang popular di Malaysia ini, contohnya adalah seperti:

1.Bisnes Aiskrim Lembut

2.Bisnes Aiskrim Potong

3.Bisnes Aiskrim Goyang

4.Bisnes Aiskrim Yogurt

5.Bisnes Aiskrim Goreng

6.Bisnes Aiskrim Gulung

7.Bisnes Aiskrim Pasu

8.Bisnes Aiskrim Scoop

Ada 8 jenis Bisnes Aiskrim yang boleh dipilih, tetapi yang mana satu ye agaknya dapat menjana keuntungan yang tinggi? Kalau jual aiskrim potong tu, dimanakah tempat yang sesuai nak jual?

Kalau jual aiskrim gulung pula, bagaimana cara nak buat aiskrim tersebut sebab dah tentu memerlukan pengetahuan untuk menghasilkan aiskrim tersebut. Ada skill nak buat aiskrim yang perlu dipelajari.

Cara Buat Bisnes Aiskrim Daripada Pakar

Jika anda seorang yang ingin memulakan bisnes aiskrim, adakah anda ingin satu panduan yang tepat untuk memulakan bisnes aiskrim dan seterusnya mengembangkan bisnes aiskrim anda itu ke satu tahap yang lebih tinggi?

Jual aiskrim sampai dapat untung RM5,000 sebulan sebenarnya bukan mustahil, kerana ada yang dah berjaya buat hasil tunjuk ajar daripada pakar bisnes aiskrim ini. Apa kata anda baca sedikit dahulu sedikit latar belakang mengenai beliau…

Cara Buat Bisnes AiskrimNama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.

Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni 🙂

Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy

Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li

Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah

Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan.

Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama.

Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat

Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.

Jadi terhasillah Panduan Bisnes Aiskrim yang dapat memberikan panduan dan pelbagai tips hebat untuk memajukan lagi bisnes aiskrim anda itu. Jangan kata kalau nak buat bisnes aiskrim ini memerlukan modal yang sangat besar. Anda boleh lihat sendiri kategori bisnes aiskrim yang anda boleh jual, ada banyak.

Cuma pilih satu jenis bisnes aiskrim yang anda mampu buat dengan baik dan unik dan tak lupa sedap untuk dimakan…

Dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim Sekarang!

Siapa Sesuai Buat Bisnes Aiskrim?

Tak kisah siapa sebenarnya yang nak menjual, asalkan niat di hati nak berniaga untuk menambahkan pendapatan itu ada. Tak kiralah anda tu student ke, baru habis belajar ke, suri rumah ke, ibu tunggal ke atau mereka yang sudah bekeluarga.

Bisnes ini sesuai untuk semua dan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Mungkin faktor cuaca sahaja yang membuatkan bisnes ini kurang mendapat sambutan, tapi kalau dah sedap..hujan pun orang akan datang beli..tak gitu?

Pada yang rasa nak tambah pendapatan RM2,000 – RM5,000 sebulan dengan bisnes aiskrim secara part time je, atau mungkin nak lipat gandakan lagi keuntungan yang ada tu, bolehlah belajar dengan Pakar Bisnes Aiskrim ini.

Ilmu yang anda akan dapat itu tidak ternilai harganya..kalau anda dapat hasilkan aiskrim yang sedap dan dapat menggembirakan orang lain, insyallah sampai bila-bila pun aiskrim anda akan dapat diingati…

Apa kata kita sama-sama tonton satu video menarik dari Thailand mengisahkan budak penjual aiskrim

Anda lihat sendiri, walaupun hanya seorang budak, dah dapat meningkatkan jualan aiskrimnya dengan menggunakan teknik yang simple je…Kalau anda sendiri nak maju macam budak jual aiskrim dalam video ini, tentu Pakar Bisnes Aiskrim ini dapat membantu anda lebih daripada itu bukan?

Dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim Sekarang!

15 Comments

  1. SuperNifz November 9, 2015
  2. Asyraf October 30, 2015
  3. cik tom October 28, 2015
    • reez October 28, 2015
  4. Safwan Seth October 28, 2015
    • reez October 28, 2015
      • SuperNifz November 9, 2015
  5. abdfatah October 28, 2015
    • reez October 28, 2015
  6. abg jay October 28, 2015
    • reez October 28, 2015
  7. Pisyek October 27, 2015
  8. Adam October 27, 2015
    • reez October 27, 2015
  9. Hilmi Hasan October 27, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.