Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

Dunia sekarang memang serba pantas. Semuanya di hujung jari anda sahaja dengan adanya teknologi telefon pintar. Untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B amat mudah dengan adanya Maps pada telefon pintar dan boleh dikatakan hampir kesemua telefon pintar telah pun mempunyai navigasi melalui Google Maps. Jadi aplikasi seperti Papago ataupun Garmin mungkin tak ramai yang gunakan.

Rasanya ramai yang lagi selesa menggunakan Google Maps ataupun Waze untuk pergi ke sesuatu lokasi. Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu apakah cara yang paling pantas dan efektif untuk memberikan lokasi dengan tepat apabila menggunakan surat atau kad yang biasanya dihantar melalui pos ataupun emel? Biasanya agensi kerajaan menggunakan kaedah surat untuk memberitahu lokasi mesyuarat ataupun kursus yang diadakan dan juga disertakan juga pelan lokasi ke tempat berkenaan.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

Kalau korang tengok sendiri peta jenis ini mungkin ada yang merasakan yang ianya lebih mudah dan tepat, tetapi dengan teknologi GPS, mungkin ianya tidak efektif lagi dan ada juga kebarangkalian untuk sesat walaupun telah diberikan petunjuk dalam bentuk gambar rajah.

kaedah koordinat navigasi

Cara kedua yang paling popular adalah menggunakan kaedah koordinat. Walaupun nampak tepat, tetapi sebenarnya agak sukar bagi mereka untuk menaip koordinat yang panjang tersebut dan kadang-kala tak tahu mana satu koordinat yang betul.Mungkin masa yang diambil juga agak lama, kerana tersilap satu nombor je, korang akan dibawa ke arah yang lain.

Bagaimana Cara Paling Pantas Untuk Hantarkan Lokasi?

Cara ini mungkin kurang popular, tetapi amat pantas. Mungkin tak ramai yang tahu tentang cara ini kerana mungkin tak tahu bagaimana nak dapatkan kod tersebut pada peta di Google Maps. Berikut merupakan tutorial yang korang boleh tengok step by step.

1.Taip lokasi tempat yang korang nak pergi tu, dalam contoh ni aku hendak pergi ke Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

2. Klik pada Direction, di sebelah kanan tu ataupun klik sahaja pada Maps di bahagian atas navigasi Google.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

3.Kemudian Right Click pada butang berwarna merah tersebut dan klik pada What’s Here?

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

4.Kemudian akan wujud nombor koordinat bagi lokasi berkenaan. Klik sahaja pada nombor berkenaan untuk langkah seterusnya.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

5.Korang akan dibawa ke paparan ini dan klik pada butang Share.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

6. Jangan lupa tick pada Short URL untuk memendekkan url tersebut. Select URL tersebut dan copy sahaja.

Cara Mudah Menghantar Lokasi Melalui Surat Dengan Tepat

7. Ada banyak web yang menyediakan QR Code Generator. Boleh search sahaja di Google. Dalam tutorial ni aku gunakan web http://www.qr-code-generator.com/ untuk menjana QR Code. Paste kan sahaja link di ruangan yang telah disediakan dan tekan butang Create QR Code.

8.Save image berkenaan dan korang boleh gunakan imej tersebut dan letakkan di dalam surat supaya mereka boleh terus ke lokasi yang korang telah tetapkan tanpa perlu memasukkan apa-apa nombor dalam GPS mereka.

Bagaimana Nak Scan QR Code ni pula?

Kalau telefon pintar korang masih belum mempunyai apps QR / Bar Code Scanner, silalah download daripada Apps Store ataupun Playstore masing-masing dan pilih sahaja apps bagaimana yang dikehendaki. Caranya cukup mudah, buka apps tersebut dan halakan sahaja telefon pintar tersebut pada kod berkenaan. Kemudian secara automatik, popup akan dijana dan korang boleh buat pilihan untuk menggunakan Google Maps sebagai navigasi ataupun navigasi lain yang ada di telefon pintar korang tu.

Untuk penerangan dengan lebih jelas bagaimana nak scan QR Code ni, boleh tengok tutorial dalam bentuk video dibawah.

9 Comments

  1. lokmanamirul May 26, 2016
  2. eintan nurfuzie May 24, 2016
    • reez May 24, 2016
  3. Nurul Shahira May 20, 2016
  4. Raihanah Ahmad May 18, 2016
  5. Anuar May 18, 2016
  6. titan May 17, 2016
    • reez May 17, 2016
      • Suhimi Nain May 17, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.