Cara Nak Withdraw Income Adsense

Masih lagi cerita pasal Adsense nampaknya, nampak sangat aku macam dah takde idea plak nak tulis entri blog kan?haha..Insyallah lepas terbit entri ni, akan ada lagi entri lain kot untuk korang baca puas-puas. Berbalik kepada cerita Adsense, seperti yang korang dah sedia maklum, bagi mereka yang dah ada akaun Adsense tu, rasanya kalau dah cukup dah minimum amaun korang nak withdraw tu, korang boleh lah keluarkannya.

Cek Adsense

Tapi Macam Mana Nak Withdraw Income Adsense?

Kalau dulu, Google Adsense membayar publisher mereka dengan menggunakan cek..rupa cek tu korang boleh tengok sendiri dalam gambar tu…itulah rupa cek Adsense. Kalau sekarang ni korang masih lagi gunakan cek, konon sebab nak tengok dan feel sendiri cek tu macam mana…tunggu la sebulan dua baru sampai cek tu ke rumah korang. Proses nak clearkan cek tersebut pun bukannya sekejap, rasanya mau makan bulan juga kot. Aku takde la pengalaman cash kan cek Adsense ni.

Sebabnya aku selalu withdraw duit Adsense ni daripada Western Union.

1.Caranya tak susah mana, isikan maklumat korang pada Payment Settings di Dashboard Profile Adsense korang, dan isikan sahaja.

2.Isi borang Western Union dimana-mana bank yang ada logo Western Union tu, masukkan kod MTCN yang Google Adsense berikan sewaktu nak withdraw tu.

3.Pergi ke kaunter dan tunggu je duit tu kaunter akan berikan. Dulu aku selalu cash out kat RHB Bank..tak la kerap mana dulu pun, baru 4 kali je..maklumlah..buat income sesaje je..malas punya pasal kan.

Sekarang ni Google Adsense dah boleh buat pembayaran terus ke akaun bank korang.Caranya seperti berikut:

1.Pergi ke Account Settings, dan terus ke Option Payments.

2.Pergi ke Payment Settings.

payment method adsense

3.Klik pada Add New Payment Method seperti gambarajah.

Wire Transfer Adsense

4.Selepas itu klik pada mana-mana option yang korang rasakan korang nak.Sudah tentu klik pada Wire Transfer bukan?

Wire Transfer Adsense Instructions

5.Isikan borang selengkapnya seperti nama dalam akaun, nombor akaun, dan juga nama bank untuk akaun korang. Pastikan korang periksa betul-betul, nanti salah transfer, korang yang rugi..tak gitu?

6.Pada ruangan SWIFT-BIC tu, Google Adsense perlukan kod SWIFT iaitu satu kod untuk membenarkan mana-mana wire transfer daripada akaun di luar negara ke akaun korang di Malaysia. Tanpa kod ini, transaksi tidak akan dapat dilakukan.

Maybank Swift Code

7. Cara untuk dapatkan SWIFT Code, pergi ke TheSwiftCodes.com/Malaysia dan cari nama bank korang, dan masukkan sahaja kod SWIFT berkenaan. Contohnya macam gambarajah di atas.

8.Salin sahaja nombor tu, dan masukkan. Jangan lupa Save dan Add as Primary supaya apabila korang nak withdraw, tunggu je la income masuk dalam bank. Biasanya dalam masa 3-5 hari rasanya.

Senang je kan? Cuma yang susahnya macam mana nak lebatkan lagi income Adsense tu..

Memang masalah betul nak dapatkan income Adsense yang power..Tak ramai yang boleh buat. Tapi korang tak payah risau, sebabnya ada sorang mamat ni berjaya buat dengan tekniknya yang tersendiri. Apa yang penting, cara dia ni memang dah ramai yang berjaya..kalau tak caya, cuba korang baca ni…

9 Comments

  1. muliani April 25, 2015
  2. Earnic April 25, 2015
    • reez April 25, 2015
  3. Hafizul April 20, 2015
  4. Latihan Industri 2015 April 19, 2015
    • reez April 19, 2015
  5. titan April 18, 2015
  6. Azzahairi April 18, 2015
  7. dinsblog April 17, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.