Cara Terbaik Nak Pilih Photographer Untuk Perkahwinan

Sekarang ni dah bulan Ogos, tak lama lagi akan bermula cuti sekolah yang agak panjang. Ramai kata hujung tahun adalah musim mengawan..adoi…tak berapa sedap perkataan tu kan. Bahasa eloknya adalah musim orang berkahwin ataupun musim kenduri kahwin.

Kalau sebut pasal kahwin, pasangan pengantin sebenarnya orang yang paling risau sekali. Sebabnya majlis yang memang sekali je seumur hidup dalam sejarah kehidupannya. Kalau status janda atau duda tu mungkin dah pernah alami pengalaman berkahwin ni.

Pakej Fotografi Perkahwinan Taiping

Tapi bagi mereka yang nak cari jurugambar perkahwinan ataupun photographer perkahwinan korang untuk majlis, mungkin ini beberapa cara terbaik yang boleh aku kongsikan kepada korang. Sebab ramai yang up status di Facebook mengatakan photographer sekian-sekian scam duit bagai.

Moga tips-tips yang aku bagi ni, dapat menyelamatkan korang daripada ‘terkena’ dengan photographer-photographer yang tak bertanggungjawab ni.

Apa Cara Terbaik Nak Pilih Photographer Perkahwinan?

Bajet

Perkara paling penting sekali korang kena tetapkan adalah berapa bajet paling tinggi korang boleh spend untuk dapatkan photographer untuk mengabadikan memori perkahwinan korang tu.

Biasanya untuk bajet dalam Ringgit Malaysia untuk kos tangkap gambar beserta album basic adalah bermula RM1,300.00 dan ke atas.

Tak payah nak compare ada lagi murah..itu memang aku tahu. Tapi aku ambil secara random je. Jadi ini perkara pertama korang kena buat. Set bajet siap-siap dan boleh pergi sampai berapa maksimum.

Jangan sebab gambar photographer tu macam Saiful Nang, Keda Z, korang up bajet korang tu sampai RM10,000 ataupun lebih. Fikir juga duit korang nak guna lepas habis wedding nanti juga..:P

Tempoh Memilih Photographer

Tempoh ni bebas sebenarnya. Tapi aku galakkan korang buat tempahan pakej wedding dengan photographer yang korang nak pilih tu dalam tempoh paling awal adalah setahun…paling lambat mungkin 2 bulan ataupun sebulan.

Kalau sebulan tu agak kritikal. Tambah pula kalau tarikh wedding korang tu hujung tahun. Jangan menangis kalau photographer wedding pilihan yang korang nak tu dah habis dibooking pada tarikh berkenaan. Memang takkan dapat le dik.

Pastikan korang bayar duit booking tu, jangan cakap mulut je..lainlah kalau photographer tu adik beradik korang ke kan. Jangan lupa juga minta resit sebagai bukti pembayaran supaya senang nak claim balik kalau ada masalah photographer tu buat hal ke kan.

Senarai Photographer Wedding

Buat senarai Top 5 photographer wedding yang bagi korang amat menepati bajet dan juga style dan kriteria yang korang nak tu. Listkan je setiap satu tu mana yang menguntungkan korang.

Paling penting sekali, korang bersemuka sendiri dengan photographer berkenaan ataupun korang pernah lihat sendiri atau kekawan korang pernah menempah dengan photographer tu, itu lagi mudah. Tapi amatlah digalakkan untuk berjumpa sendiri supaya korang puas hati dapat tengok contoh album yang bakal korang dapat tu.

Jangan ‘shopping’ harga sampai 3, 4 bulan masa korang tengah survey tu. Elok seminggu dua je, lepas tu terus booking photographer berkenaan. Takde lagi korang pening nak cari kalau takde nanti.

Kalau boleh cari yang satu negeri. Luar daripada negeri, nanti caj akan berlebihan pula. Kalau dapat satu daerah lagi bagus.

Soalan Kepada Photographer

Antara soalan-soalan yang korang boleh ajukan kepada photographer adalah seperti berikut:

“Dalam tempoh berapa lama album boleh disiapkan?”

“Boleh ke saya nak minta softcopy dulu lepas abis shoot, sebab nak tengok gambar-gambar dulu..”

“Bagaimana terms pembayaran?”

“Bagaimana cara saya nak setelkan kalau album tak dapat walau saya dah bayar lebih setahun?”

Walaupun ada soalan-soalan yang mungkin agak sensitif, tapi korang juga perlu tanya. Tapi janganlah korang tanya dan cuba comparekan antara seorang photographer dengan photographer yang lain. Itu tak berapa adil.

Kualiti photographer yang harganya RM3,000 – RM10K mungkin agak luar biasa outputnya berbanding yang mungkin RM1,300.00 – RM2500.00 ni. Dalam range harga tu pun ada beribu jenis style photographer yang ada. Pilihan di tangan korang sendiri.

Pengalaman & Contoh Gambar Wedding

Cuba tengok-tengok gambar-gambar yang pernah diambil oleh photographer berkenaan sejak mula-mula dia aktif sehinggalah sekarang. Adakah kualiti semakin baik atau sebaliknya.

Biasanya ada improvement..kalau statik tu, itu agak kurang baik bagi korang untuk pilih photographer berkenaan. Kalau makin tengok ke depan, makin cantik, itu bermakna boleh dijadikan senarai top list pilihan korang.

Tengok juga gambar-gambar yang telah dicetak. Pastikan sama cantiknya dengan yang dipaparkan di Facebook ataupun Instagram mereka tu.

Cari photographer yang dah lebih 2 tahun mengambil gambar wedding. Cuba elakkan ambil yang takde pengalaman dalam tempoh tersebut. Nanti korang juga yang menangis..:D

Rasanya agak panjang juga aku cerita cara terbaik nak cari photographer perkahwinan korang. Aku bagi tips dari point of view sebagai seorang wedding photographer juga. Sebabnya aku pun salah seorang wedding photographer juga.

Jadi bagi mereka yang masih tercari-cari lagi jurugambar perkahwinan area Ipoh ataupun di Negeri Perak ni boleh contact aku di Fotocinta.com. Lebih 4 tahun dah menjadi jurugambar perkahwinan. Tengok sendiri gambar-gambar menarik di Fotocinta.com ataupun page Facebook Fotocinta.

Kualiti gambar pengantin sentiasa akan dipastikan cantik dan berada pada tahap tertinggi. Tapi pastikan juga korang amalkan tips nak dapatkan gambar wedding cantik ni juga.

25 Comments

  1. Jie Susanos January 30, 2017
  2. Ahmad November 29, 2016
  3. Inchenaim November 5, 2016
  4. Oyong Ilham September 30, 2016
  5. jida September 9, 2016
    • reez September 9, 2016
  6. Uncle Zuan September 7, 2016
  7. Nurul September 7, 2016
    • reez September 7, 2016
  8. Raihanah September 5, 2016
  9. Hafizul September 3, 2016
    • reez September 3, 2016
    • Jie Susanos September 4, 2016
  10. Elih Japahar September 2, 2016
  11. egtukar August 30, 2016
  12. reez August 30, 2016
  13. Yani August 30, 2016
    • reez August 30, 2016
  14. titan August 28, 2016
    • reez August 29, 2016
  15. nikkhazami August 27, 2016
  16. Bro Framestone August 24, 2016
    • reez August 24, 2016
  17. Eray Majid August 24, 2016
    • reez August 24, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.