Cari Kasut Hiking Murah Online

Nak cari kasut hiking..itu je dalam fikiran aku sejak sehari dua ni. Sebabnya bukan aku nak pergi hiking pun..ahaha..tapi sebenarnya nak digunakan untuk tujuan lain. Kasut hiking yang aku cari mesti tahan lasak dan juga kalis air ‘waterproof’ orang kata.

Seumur hidup aku tak pernah pula pergi hiking mana-mana bukit atau gunung. Bukan fit mana pun aku ni, dengan perut jauh ke depannya kan dan tak larat pun nak pergi hiking daki bukit tinggi tu.haah..tapi kalau korang minat nak cari kasut hiking untuk pergi hiking boleh tengok dan baca kisah selanjutnya ni.

Tempat Cari Kasut Hiking Murah

Ada banyak tempat sebenarnya tapi pastikan korang tetapkan bajet korang dulu. Biasanya kasut hiking ni ada range harga sehingga ribuan ringgit. Tapi untuk newbie cukup la kan pakai yang murah-murah je. Sebab bukan kerja daki gunung pun kan.

Aku cadangkan beli kasut hiking dalam lingkungan RM200 ke bawah atau kalau bajet korang lebih, boleh sehingga RM400 dan ke bawah.

Beli Di Lazada

Kalau korang tengok list kasut hiking yang ada ni memang ada banyak. Cari la yang sesuai ikut jantina korang tu. Jangan la lelaki beli yang perempuan punya kan.

ship-from-malaysia

Tips untuk membeli di web Lazada ni pastikan korang tick pada butang Ship From Malaysia Only supaya korang takkan tunggu lama untuk dapat barang tersebut.

karrimor-spike-mid-weathertite-hiking-walking-boots-men

Aku ada tengok satu kasut ni dan memang berkenan. Karrimor Spike Mid Weathertite Hiking Walking Boots Men nama kasut tu..fuh..nampak mengancam sekali.

Apa yang menjadi masalah sebenarnya saiz. Aku ni memang pelupa sikit bab saiz kasut dan juga sedap ke pun kalau pakai kasut ni.

sports-direct

Kalau korang tengok pada kotak sebelah kanan ada link store pembekal kasut berkenaan. Kebetulan kat Ipoh ni ada bukak kedai Sports Direct baru, aku pun try la ke sana, mana tahu ada sales ke dapat harga lagi murah..tapi..korang tahu apa jadi?

Aku jumpa kasut yang sama..tapi..harganya sangat berbeza..harga display kalau korang tengok di web Lazada, rujuk link harganya RM179.00..tapi pada rak di kedai harganya RM279.00..wow..RM100.00 bezanya. Aku pun senyum je lah.

Ambil kasut tu aku try pakai dan selesa untuk kasut tu adalah saiz 10. Ingatkan murah lagi kat kedai, rupanya kalau korang beli di Lazada harga lagi murah..jauh sangat bezanya.

Tambah menarik lagi, kalau korang beli di Lazada, boleh pilih untuk COD. Maksudnya bayar semasa barang tu dihantar kepada korang. Jadinya korang buat order, sehari dua lepas tu Lazada akan hantar dan korang akan bayar selepas dapat barang. Best kan?

Kalau nak tengok banyak lagi kasut hiking murah-murah yang masih dalam bajet korang, boleh tengok melalui link dibawah ni. Rambang mata je bagi yang suka travel dan juga mendaki sana sini..kan..

Klik Nak Tengok Banyak Lagi Kasut Hiking Murah

Cari Kasut Hiking Murah Di Facebook

Ada banyak FB Shop yang menjual kasut hiking ni. Ada yang jual baru, dan tak lupa juga kasut hiking bundle. Aku minat lagi nak beli kasut hiking bundle sebab agak rare daripada yang ada di pasaran sekarang.

Boleh juga korang cuba cari FB Shahidan Mohamad Sah ni. Dia merupakan seorang penjual kasut-kasut hiking bundle. Aku tengok harganya kebanyakannya dibawah RM100.00 sahaja. Murah dan juga aku tengok kualitinya sangat memuaskan.

Setelah aku survey, aku dapat beli daripada FB Seller ni je. Murah je dan aku rasa tak payah aku beli baru sebabnya bukan nak pakai selalu pun..

Tadi baru je dia bagi tracking number dan dah sampai nanti aku update bagaimana kualiti kasut hiking bundle yang aku beli tu. Tengok gambar je dah macam baru, harap-harapnya kualiti ok. Apa yang penting ‘water proof” itu salah satu faktor kualiti yang aku mahukan.

Kasut Hiking Murah di Instagram

Instagram juga popular untuk mencari barang-barang outdoor macam ni. Gunakan saja hashtag #kasuthikingmurah #kasuthikingonline #kasuthiking korang boleh tengok sendiri banyak yang menjual melalui Instagram mereka.

Wife aku je rajin shopping kat Instagram, aku pun belajar dengan dia macam mana nak cari..haha..nampak tak target market wanita lebih ke Instagram..

Jadi kepada korang yang minat nak cari kasut hiking murah ataupun kasut hiking baru untuk pergi hiking ke, pergi travel ke, pergi ke tempat yang lasak ke, aku galakkan untuk cari kasut hiking. Tahan lasak dan tak sakit kaki korang nanti.

7 Comments

  1. Oem Perfume Halal October 17, 2016
    • reez October 17, 2016
  2. Che Rizal October 5, 2016
  3. Oyong Ilham September 30, 2016
  4. Ros September 21, 2016
  5. Muhammad Khairuddin Lim September 21, 2016
    • reez September 21, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.