Cek Pertama Daripada Clickbank

Alhamdulillah. Inilah kali pertama aku dapat cek daripada Clickbank. Mungkin ada ramai yang masih tak tahu lagi apa itu Clickbank. Aku pun malas nak cerita kat korang apa itu Clickbank. Apa yang aku tahu, target aku untuk tahun ini untuk mendapatkan cek Clickbank pertama aku telah berjaya dan secara tak langsung, azam tahun 2015 telah pun terlaksana. Azam tahun baru korang macam mana pula?

Cek Pertama Daripada Clickbank

Bagi yang nak tahu apa itu Clickbank, cuba search je kat Google. Jangan jadi malas sangat sampai itupun nak kena cakap, padahal aku selalu je cakap kat blog ni, lainlah kalau korang memang pertama kali baca blog ni kan?haaaha..Secara ringkasnya aku terangkan kat korang, Clickbank ni merupakan vendor affiliate yang mana mereka menyediakan platform affiliate untuk mempromosi lebih 1000 jenis produk digital, kalau korang pernah dengan Ashadee..lebih kurang macam tu la.

Walaupun dah bertahun aku jeles tengok ramai orang upload gambar cek Nuffnang, aku pandang sebelah mata je, sebab bagi aku Nuffnang belum cukup berbaloi bagi aku untuk dipromosi berbanding Clickbank yang menawarkan komisen setinggi 70% bagi satu-satu produk tu.

Dapatkan Teknik Pemasaran Video Sekarang

Apa yang best, mereka bayar on time dan tak perlu nak request invoice ke apa ke..cukup je limit yang korang dah set kan, depa akan hantar cek kalau itu type of payment yang korang pilih. Sekarang ni dah mudah, sebab ada kemudahan wire transfer terus ke bank local. Disebabkan ini kali pertama aku nak tengok mana rupa cek Clickbank..memang teruja sungguh rasanya..ahaha

Macam mana buat tu?

Apakah cara yang aku buat, aku dah terangkan dengan jelas, aku gunakan Teknik Pemasaran Video oleh Bro Azian. Korang boleh cuba dapatkan teknik pemasaran video tersebut dan praktikkan. Takde kos yang tinggi pun terlibat. Aku upload video, dan biarkan je video tu. Tetiba je dapat sales. fuh..memang aku sendiri pun terkejut..bukan satu, atau dua komisen..dah 6 komisen dari Clickbank aku dapat.

Dapatkan Teknik Pemasaran Video Sekarang

Lagi senang kan? Tak payah susah-susah korang nak tulis blog bagai, lagi banyak korang upload video, lagi cepat korang akan dapat komisen nanti. Bukan susah mana pun kan? Tambah plak korang memang suka tengok video kat Youtube tu kan. Daripada buang masa tengok video je, sambil tu korang boleh buat duit dengan Youtube dan Clickbank.

Walaupun aku kenal dengan Clickbank ni dah lama, sejak 2006 lagi. Tapi pada masa tu tak silap aku Clickbank tak bukak lagi registration untuk rakyat Malaysia disebabkan masa tu Malaysia terkenal dengan scammer yang mana ramai scammer adalah daripada Malaysia. Sekarang ni nampaknya ramai dah buat duit dengan clickbank senyap-senyap je…:D

Siapa Boleh Buat Duit Dengan Clickbank?

1.Surirumah sepenuh masa yang ada internet kat rumah

2.Student yang ada banyak masa free

3.Mereka yang masih tunggu kerja cari korang kat rumah tu sambil main Dota

4.Rajin tengok video selebriti Youtube, tapi tak tahu dengan Youtube pun korang boleh buat duit dengan Clickbank

5.Kakak-kakak, adik-adik yang banyak masa free kat rumah dan taktau nak buat apa

Dapatkan Teknik Pemasaran Video, dan cuba buat sampai dapat. Orang yang berusaha tentu akan dapat..ingat tu je. Jangan mudah putus asa dengan apa yang korang dah usaha. Tentu ada ganjarannya bagi orang yang berusaha. Tak gitu?

15 Comments

  1. sabree hussin October 3, 2015
  2. Noriza Rahman October 1, 2015
  3. siti hazreen September 30, 2015
  4. nikkhazami September 30, 2015
  5. akubiomed September 29, 2015
  6. Raihanah Ahmad September 29, 2015
  7. kaki pelangi September 28, 2015
    • reez September 28, 2015
  8. ahmadyani September 27, 2015
    • reez September 28, 2015
  9. sensasi2020 September 26, 2015
  10. titan September 26, 2015
  11. Uncle Zuan September 25, 2015
  12. Jie Susanos September 25, 2015
  13. dinsblog September 25, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.