Cerita Adsense Di Mana-Mana

Sekarang ni memang kecoh dimana-mana blog cerita tentang Adsense Dalam Bahasa Melayu. Kalau korang search kat Google, banyak gak orang tengah hangat memperkatakan tentang Google Adsense ni walaupun perkara ni dah agak basi dalam dunia blogger. Tapi masih fresh di Malaysia, sebabnya tak ramai tahu macam mana nak buat duit dengan Google Adsense ni. Nak dapatkan akaun pun susah, apatah lagi nak buat duit ye tak?

Aku pun dalam post ni nak cerita sikit tentang pengalaman aku supaya korang boleh dapat hint sikit, macam mana nak buat duit dengan Google Adsense. Walaupun aku ni bukanlah Adsense Player yang tegar, takat celah-celah gigi je income, tapi aku masih lagi menjaga kesucian akaun aku supaya takde la wujud perkara-perkara tak best dengan akaun aku tu.

Income-Adsense

Macam Mana Iklan Adsense Terbentuk?

Antara perkara unik tentang Google Adsense ni berbanding syarikat PPC (Pay Per Click) yang lain adalah:

1.Google tak pernah lewat membayar publisher setelah cukup nilai cashout setelah publisher tersebut nak withdraw.Nilai minimum ialah USD100.00.

2.Nilai setiap click ataupun CPC (Cost Per Click) bagi setiap iklan yang dipaparkan adalah rahsia antara pengiklan dan juga Adwords. Jadi publisher memang susah nak tahu berapakah nilai sebenar yang pengiklan letakkan bagi setiap iklan dan setiap keywords.

3.Nilai klik pada Adsense adalah berdasarkan keyword. Lagi banyak search tentang keyword tersebut, maka lagi mahal keyword tersebut akan dibayar. Itu yang orang duk cakap HPK (High Paying Keywords).

4.Walaupun korang tak tahu nilai klik sebenar bagi setiap keywords, tapi korang boleh juga menggunakan tools yang Google telah sediakan supaya korang boleh tulis artikel yang berkualiti untuk keywords berkenaan. Disamping membaca artikel yang berkualiti, minat pembaca untuk klik juga akan bertambah dengan iklan yang related dengan keywords dalam artikel berkenaan.

Buat Duit Dengan Google Adsense Terbaik

5.Konsep mudah nak faham, pengiklan di Adwords akan buat iklan, dia tentukan nilai per klik ataupun Adwords yang tentukan, iklan akan muncul di Adsense.

Kenapa Iklan Masih Tak Muncul Di Blog Selepas Letak Iklan?

Soalan ini aku tengok paling banyak sekali diajukan kat media-media sosial ataupun kat mana-mana blogpost. Jawapannya sebenarnya Google masih lagi mengambil masa untuk menilai keywords-keywords yang ada di blog korang supaya boleh related dengan iklan-iklan yang para pengiklan telah buat.

Kalau korang nak tahu, dulu iklan di Adsense dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada, tapi lebih kepada Bahasa Indonesia. Iklan yang muncul seringkali tidak related dengan keyword yang ada di blogpost. Antara yang paling popular adalah keyword buat duit diinternet, money scam, dan banyak lagi. Disebabkan pada masa itu belum ada lagi pemain Adwords di Malaysia, jadi iklan-iklan dari Malaysia masih tidak banyak.

Oleh sebab itulah masih belum banyak lagi iklan yang akan muncul di blog korang. Apatah lagi blog korang wujud macam-macam script pelik, popup sana sini, bling bling sana sini dan juga template blog yang langsung tak responsive.Maka crawler Adsense ni payah sikit nak scan content blog korang tu. Kadang-kadang reader pun mungkin susah nak tengok content blog korang sebab banyak sangat banner yang besar-besar melebihi 70% layout blog korang tu.

Buat Duit Dengan Google Adsense Terbaik

Adsense dan Niche Blog

Antara blog-blog kesayangan Google adalah blog yang mempunyai niche yang tersendiri. Contohnya kalau blog korang tu mempunyai hit yang tinggi dalam arena permotoran, jadi targeted keyword untuk produk-produk permotoran adalah lebih baik berbanding blog yang lain. Jadi blog yang fokus pada keyword-keyword tertentu memainkan peranan penting.

Tapi berbeza sikit dalam dunia pengiklanan di Malaysia, ramai pengiklan menetapkan bajet yang amat rendah untuk setiap nilai klik, ini disebabkan tidak wujud persaingan yang kuat untuk keyword tersebut. Contohnya keyword-keyword seperti teknik buat roti canai, resepi kek sedap dan banyak lagi, atau mungkin keyword tersebut masih belum lagi ada yang membelinya, jadi pengiklan bebas menetapkan nilai kliknya yang tersendiri..apa yang seronok adalah pemain Adwords, iklan mereka murah, dan keuntungan yang mereka dapat berkali ganda.

Pantang Larang Adsense

Pantang larang dalam meletakkan iklan Adsense…kalau baca macam gerun je bunyinya kan? Google biasanya akan memberi notis amaran kepada akaun korang dan minta korang ambil tindakan segera. Antara perkara-perkara yang Google tak berapa suka korang buat adalah seperti berikut:

1.Klik iklan sendiri….kompem ramai Adsense player pernah buat…termasuk aku..ehehe..dulu punya cerita

2.Wujudkan caption di atas script Adsense korang, contohnya..Klik Untuk Support, Tabung Blog,Syarat masuk contest, wajib klik, nanti aku check tau!

3.Meletakkan keyword-keyword lucah, ada related dengan perjudian dan juga skim-skim piramid atau scam.

4.Memenuhkan iklan Adsense di setiap tempat supaya orang masuk akan terklik.

5.Ubah script Adsense tersebut supaya boleh muncul setiap kali buka page dan orang akan terklik iklan tersebut.

Ada banyak sebenar tips-tips Adsense ni dan ada juga yang aku masih tak tahu, aku pernah baca dulu ada lebih 100++ tips untuk tingkatkan income Adsense..paling best kalau korang ada niche blog dalam Bahasa Inggeris. sehari lebih 10USD boleh dapat senang macam tu je. Tapi semuanya kena ada trafik..takde trafik…sunyi la income korang tu..Jadi, carilah trafik, mantapkan kualiti content blog korang. Korang tak payah risau income Adsense..kompem ada..

Kalau nak dapatkan tips buat duit dengan Adsense yang lebih berpengalaman, korang boleh tengok link kat bawah ni..

Adsense-Youtube

Coaching Adsense Youtube

Buat Duit Dengan Google Adsense Terbaik

Ada satu tips yang rasanya orang tak berapa nak buat…Untuk dapatkan tips paling best adalah..korang email sendiri Adsense Support untuk bertanyakan tips-tips Adsense atau baca sendiri blog Adsense yang telah disediakan. Macam biasa..orang Malaysia, susah nak rajin membaca ye tak??hehehe..

Buat Duit Dengan Google Adsense Terbaik

11 Comments

  1. musadun June 7, 2015
    • reez June 8, 2015
  2. muliani April 25, 2015
  3. Ikhwan Fahmi April 23, 2015
  4. MamaBard April 16, 2015
  5. Suriya April 16, 2015
  6. onlajer April 15, 2015
    • reez April 15, 2015
  7. adarain April 15, 2015
  8. titan April 14, 2015
  9. Hafizul April 14, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.