Chicken Pox Bukan Ayam Yang Sakit

Sakit chicken pox ni dah tentu ramai yang sangat biasa dengannya.. Aku ingatkan dah pernah la kena masa kecil-kecil dahulu. Orang tua-tua kebanyakannya kata kalau dah pernah kena sekali, susah sangat nak kena lagi sekali sebabnya antibodi melawan penyakit tu dah ada dalam badan.

chicken pox bloger

Dipendekkan cerita aku dapat detect aku terkena chicken pox ni waktu di ofis. Tak tahu kenapa badan jadi lesu dan tak bermaya sangat. Rasa nak tidur je. Tengah menaip..tiba-tiba akak kat ofis tu perasan ada muncul bintik-bintik kat muka.

Aku pun mula rasa pelik. Sudah..kena jangkit le ni. Sebab sebelum ni wife aku pun memang baru lepas sembuh daripada jangkitan virus chicken pox ni.

Rupanya seingat aku memang tak pernah lagi terkena penyakit ini. Dulu pernah jadi macam ni, tapi bukan chicken pox, tapi akibat alergi ubat. Kali ini setelah diperiksa doktor, memang sah..

Doktor bagi MC 10 hari suruh rehat dirumah. Esoknya makin banyak bintik-bintik merah keluar dari badan.

Ada banyak sebenarnya petua semasa demam campak ni antaranya adalah seperti:

1.Minum air kelapa sebelum makan ubat doktor katanya nak bagi keluar semua bintik-bintik tu. Tapi aku tak minum pun setakat ni.

2.Guna daun semambu /bambu sesetengah orang panggil bambu..baring atasnya..atau rebus airnya untuk dibuat mandi. Aku tak buat juga, sebab takde daunnya dah..adus..

3.Jaga makan dan tidak makan makanan yang boleh akibatkan kegatalan seperti makanan bergoreng,telur,makanan laut dan sebagainya.

Ramai juga blogger yang kena, salah sorangnya blogger HasrulHassan.

Agak tiada mood sebenarnya nak update blog. Jadi la kan daripada takde langsung. Nanti kalau ada rasa nak tulis lagi..aku tulis..kepala pun masih pening-pening lagi ni.

 

7 Comments

  1. titan December 21, 2016
  2. nikkhazami December 18, 2016
  3. tukangmasak December 18, 2016
    • reez December 18, 2016
  4. kidslovehijab December 18, 2016
  5. ahmadyani December 18, 2016
    • reez December 18, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.