Cuti-Cuti Di Pangkor

Cuti-cuti di Pangkor ni sepatutnya aku tulis minggu lepas sebab minggu lepas aku pergi ke Pulau Pangkor. Ambil cuti dan pergi waktu bukan hujung minggu. Sebab nak elakkan kesesakan di Pulau Pangkor ni. Kalau korang nak pergi ke Pulau Pangkor, nak elak sesak, jangan pergi waktu hujung minggu, memang sesak.

Perjalanan dari Ipoh untuk ke Pulau Pangkor ni, memang takde la jalan raya terus ke Pangkor, tapi korang kena la naik bot dari Jeti Lumut. Perjalanan kalau korang dari Ipoh ambil masa lebih kurang 1 jam setengah la, korang kena ikut highway Ipoh Lumut. Highway ni takde la tol, tapi ada 43 traffic light korang kena tempuh..haha..

Dah sampai jeti, aku nak pergi cari tempat letak kereta. Aku dulu selalu juga pergi ke Pangkor ni sebab jabatan aku buat kursus, tapi sekarang ni duit pun dah takde, kursus banyak buat kat tempat kerja je.

tempat letak kereta lumut

So aku taktau sangat kat mana nak parking, aku jumpa la parking bertingkat, macam dalam gambar kat atas tu. 60 sen je sejam. Kalau letak sampai dua hari, kira la sendiri. Aku balik hari tu, kena bayar RM29++ rasanya. Tinggal 3 hari 2 malam. Mungkin ada tempat letak kereta lain lagi murah, tapi aku letak sini redup je, takde masalah.

Tiket ke Pulau Pangkor

Tiket cuma RM10.00 je pergi dan balik. Simpan tiket tu sebab nanti masa nak balik depa collect semua tiket tu. Aku naik daripada jeti Lumut, walaupun ada lagi satu jeti iaitu jeti Marina, aku pilih naik dari jeti Lumut je, feel lama sikit naik feri.Kalau jeti Marina, dalam 10 minit je.

Sampai je kat jeti tu, ada je ejen-ejen untuk sewa kereta atau motosikal kat pulau tu nanti supaya mudah korang nak bergerak. Harganya korang kena pandai la runding. Aku sewa skuter, RM100 untuk dua hari. Moto skuter mahal sikit dari moto biasa. Tapi aku galakkan korang ambil moto skuter sebabnya kat pulau tu nanti ada kawasan yang amat bahaya, bukit curam sangat banyak kalau korang nak pusing satu pulau nanti.

sewa motosikal di pangkor

Tengok mana rupa skuter aku dapat, keadaan taklah macam skuter baru, tapi brek tu korang kena la pandai handle, sebab aku pernah sewa motosikal biasa, memang tak lepas nak naik bukit, pakai skuter, takde masalah. Tambah plak kami suami isteri badan dah macam king kong..hahaa.

Aku tangkap gambar moto ni masa nak balik, masa ambil moto ni tak sempat nak tangkap gambar. Tu ada beg kat atas motosikal tu. Lagi satu tips, jangan la bawak beg besar gedabak sangat. Beg sandang yang lembut digalakkan supaya senang korang naik motosikal nanti.

Sewa Kenderaan Di Pangkor

Ada banyak kenderaan korang boleh sewa. Korang boleh ambil kereta ataupun motosikal. Untuk kereta tak silap aku RM150. Agak mahal juga berbanding Langkawi le kot? Aku tak pernah pergi pun.hehe.

Ini sebab aku pergi berdua, jadi lebih mudah ambil motosikal. Nak jalan-jalan sekitar pulau pangkor tu senang. Tapi hati-hati, motosikal tu memang takde insuran. Tanggung sendiri la kalau korang kemalangan. Jadi bawaklah berhati-hati, jangan merempit dengan laju plak. Bawak je santai-santai macam bawak basikal.

Apabila korang sampai je ke jeti Pangkor tu, boleh juga korang naik teksi warna pink tu ke hotel korang. RM15 rasanya untuk sebuah teksi. Tak pasti la boleh dapat murah ke tak kalau korang naik berdua satu teksi. Akak kat kaunter tiket tu kata RM15 untuk satu trip..bukan sewa sehari ye. So lagi jimat korang sewa motosikal je.

Sampai je kat jeti tu aku jumpa terus dengan ejen tempat motosikal tu, dia bagi topi keledar dengan kunci motosikal skuter yang aku nak tu. Ada banyak pilihan sebenarnya, pilih la mana satu korang berkenan. Skuter je harga mahal sikit daripada motosikal biasa.

Lepas tu korang kena pergi isi minyak sendiri. Biasa minyak memang nak abis dah dalam tank tu. Alah, isi penuh baru RM6.00 je. Lebih kurang 200m je lokasi stesen minyak berdekatan.

Hotel di Pangkor

Ada banyak pilihan hotel korang nak menginap di Pangkor. Ikut bajet korang le. Aku memilih Nipah Bay Villa. Aku buat tempahan di Booking.com. Syok lagi aku pilih hotel di Booking.com sebab boleh cancel anytime kalau tak jadi nak pergi. Bayar masa check in je. Best juga kan.

Nipah Bay Villa

Kalau blogger yang selalu travel, macam Ieyra retis ni dia aku tengok pilih OYO. Aku pun baru je download. Tapi tak pasti la hotel bajet-bajet ni ada ke tak, itu kena pergi tanya dia. Memang dia ni kuat jalan walaupun badan macam kingkong juga.hahaa..

bilik nipah bay villa

bilik dan tv nipah bay villa

tandas nipah bay villa

Ok, sampai je kat hotel tu aku pun rehat-rehat je la. Mana rupa bilik korang tengok sendiri. Aku pilih katil king, yelah memasing dah macam King Kong, pilih katil kecik kang tak muat, tak gitu. RM230.00 untuk 3 hari 2 malam, ok la kan. Dah termasuk GST dah tu.

kaunter depan nipah bay villa

Bagi yang nak update Facebook ke atau apa je jangan risau. Ada perkhidmatan Wifi secara percuma je, password korang boleh tengok ada terpampang kat kaunter macam dalam gambar.

Line telefon bagi Digi pun takde masalah, tapi taktau la kot telco lain ada masalah. Nak jimat data, pakai je la Wifi yang ada tu. Walaupun FREE, boleh la setakat 1mbps tu. Nak layan video Youtube tu semput la kan.hehe.

Tak laju kan? Biasa la, hotel bajet je. Takde la macam korang yang duk kat hotel 5-6 bintang tu.

Kalau nak cari makan, memang takde masalah nak cari. Korang jalan kaki dalam 50 meter je kedai makan kat depan tu. Ops lupa nak bagitau. Nipah Bay Villa ni kat area Teluk Nipah. Kawasan yang jadi tumpuan orang adalah di Pasir Bogak, Teluk Nipah dan juga Teluk Dalam.

permandangan di teluk nipah

Kawasan Teluk Nipah ni paling happening. Pantai cantik juga dan banyak aktiviti air seperti snorkeling ke, main banana boat ke. Tengok sendiri la cantik kemain pantainya. Waktu ni aku tangkap masa lunch. Cuaca pula masa ni cantik je cerah je.

kota belanda di pangkor

Cuaca cerah ni memang best keliling pulau. So dah cukup rehat, aku ngan wife pun pergi menjelajah keliling pulau. Terjumpa spot menarik antaranya adalah ย kawasan bersejarah ini yang mana merupakan bekas kota Belanda. Tinggalan bangunan je tinggal.

Ada juga kawasan Batu Bersurat, tapi disebabkan dekat dengan rumah-rumah orang, malas plak aku nak tangkap gambar. Nanti kata mengendap rumah orang plak kan.hehe.

Sambil keliling pulau tu apa yang best naik motosikal ni, korang boleh berhenti sesuka hati korang dengan mudah. Kalau naik kereta kena cari tempat parking. Letak je motosikal korang tu, tak payah risau kena curi pun sebab takde yang nak curi dalam pulau ni. (kata tokey moto tu).

pantai di pangkor

Berhenti je tepi pulau, mandi laut. Nampak je pantai cantik pergi mandi.haha..tak sedar diri dah lama tak nampak laut gitu..kikikiki. So aku pun posing la sikit sambil menikmati keindahan laut. Meman syok mandi waktu petang. Mat saleh pun ramai juga.:P

masjid baru Pangkor

salah sebuah jeti di pangkor

Ada la beberapa tempat menarik aku jumpa. Antara jeti terbiar ni dan juga pembinaan masjid baru di Pangkor. Tengok macam Masjid Terapung kat Terengganu tu pun ada. Cantik nampaknya kalau shoot waktu matahari terbenam. Nanti dah siap masjid ni kena ke sini nampaknya.

Jalan nak ke masjid ni korang kena terus lagi selepas bangunan kota Belanda tu. Jalan je sampai hujung jalan dan korang akan jumpa sebuah Maahad Tahfiz kat situ.

Sebelah malamnya pula korang boleh menikmati hidangan ikan bakar kat gerai tepi laut tu. Memang fresh ikan bakarnya..fuh..sedap sungguh. Harga taklah mahal sangat. Lebih kurang je macam korang makan di kedai biasa di darat. Tapi makan pagi dan tengah hari, agak mahal aku rasa.

jagung bakar Pangkor

jagung bakar pangkor

Ada juga macam-macam hidangan lain seperti jagung bakar..fuh..meleleh je..dua hari duk sini, dua hari juga pekena jagung bakar meleleh ni. Mat saleh dari UK pun beli jagung bakar ni..hoho.

So cuti-cuti kami kat Pangkor memang best. Cuaca pun baik je dan segalanya berjalan lancar. Takde la masalah ke apa ke. Alhamdulillah. Kepada korang yang cadang nak pergi tu, jaga keselamatan sewaktu di sana. Jangan le over excited sangat. Korang pergi tempat orang kan..jaga kelakuan juga.

Kalau korang sewa kereta atau motosikal. Bawaklah dengan berhemah. Jangan nak bawak laju-laju. Kawasan di Pangkor ni berbukit curam, keadaan motosikal tu pun taklah elok 100% pun macam motosikal baru.

Jom ramai-ramai ke Pangkor untuk tenangkan fikiran..memang best lepas bercuti. Otak rasa fresh je. Patut la ramai suka pergi cuti-cuti ni kan.hehehe. Ok, next trip ke mana ye agaknya? amboi…

cuti cuti di Pangkor

Kot ada sesape yang sudi nak sponsor next trip kami, jangan risau, aku akan cerita panjang-panjang macam dalam post ni punya. Punyalah best kan kalau travel berdua ni..fuh..

Rate untuk hotel ni aku bagi 7/10 ๐Ÿ˜€

13 Comments

  1. sabree hussin September 23, 2016
    • reez September 23, 2016
  2. Uncle Zuan September 7, 2016
    • reez September 7, 2016
  3. Kereta Sewa September 6, 2016
    • reez September 7, 2016
  4. Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas September 1, 2016
  5. Faizal Fredley August 24, 2016
    • reez August 24, 2016
  6. Raihanah August 23, 2016
    • reez August 23, 2016
  7. Jie Susanos August 16, 2016
    • reez August 16, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.