Download Soalan-Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

Download Soalan-Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N17

Tentu ramai yang dah memohon untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 ni bukan? Walaupun kelulusan yang korang telah dapat tu mungkin terlebih layak untuk menjawat jawatan berkenaan, namun masih ramai lagi yang berusaha untuk kerja dengan kerajaan. Ini disebabkan banyak insentif dan juga kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan kerajaan Malaysia khususnya.

Download Soalan-Soalan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17

Walaubagaimanapun, korang sudah semestinya harus lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak SPA mahupun SPP. Tahukah korang yang jawatan pembantu tadbir ini ditawarkan untuk di Suruhanjaya? 

Apa itu SPA dan Apa itu SPP?

SPA adalah singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bilangan perjawatan untuk jawatan berkenaan lebih luas dan skopnya juga lebih meluas berbanding jawatan Pembantu Tadbir melalui SPP. Tetapi kedua-duanya adalah dibawah kerajaan persekutuan dan walaupun jawatan Pembantu Tadbir ini dibawah kerajaan negeri, biasanya skop kerjanya lebih kurang sama sahaja dengan kerajaan persekutuan, cuma mungkin lebih kecil sedikit berbanding kerajaan persekutuan.

SPP pula merujuk kepada singkatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang mana perjawatan Pembantu Tadbir ini adalah dibawah SPP itu sendiri. Kesemua temuduga, dan juga lantikan adalah dibawah tanggungjawab SPP itu sendiri. Walaubagaimanapun, pihak SPA juga boleh terlibat dalam urusan temuduga bagi pihak SPP kerana skop tugasnya adalah sama.

Download 50 Soalan Contoh Peperiksaan Online PT N17

Untuk makluman korang yang ingin memohon jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 ini, jika korang memohon melalui SPP, korang adalah dibawah Kementerian Pendidikan sahaja. Jadi korang akan ditugaskan di premis-premis Kementerian Pendidikan sahaja seperti Kementerian,Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, dan sekolah sahaja yang ada di Malaysia. Tidak seperti lantikan melalui SPA, ianya adalah lebih luas, dan korang mungkin akan diletakkan di kementerian-kementerian tertentu yang memerlukan perjawatan berkenaan.

Jika korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perjawatan, rasanya korang boleh pergi sendiri melawat laman web SPA dan juga SPP seperti dibawah:

Laman Web SPA :www.spa.gov.my

Laman Web SPP:www.spp.gov.my

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17

Nampaknya ramai juga yang mencari rujukan terbaik untuk peperiksaan online gred N17 ini. Apa yang paling penting sebenarnya adalah korang memahami dengan lebih jelas tentang skop kerja dan juga pihak-pihak yang terlibat jika korang mendapat jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 ini.

Untuk menjadi seorang penjawat awam yang cemerlang, korang haruslah juga mempunyai sahsiah diri dan juga tahap komitment yang tinggi dalam pekerjaan. Segala persediaan sebelum dan juga semasa temuduga bagi jawatan ini juga penting kerana semua aspek berkenaan diambil kira oleh penemuduga.

Download 50 Soalan Contoh Peperiksaan Online PT N17

Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang mana pernah juga aku tanyakan panel temuduga bagi jawatan dalam kerajaan, banyak faktor lain yang melayakkan korang untuk mendapat jawatan kerajaan. Jika korang menunjukkan komitmen dan juga nilai yang baik, peluang untuk korang mendapatkan jawatan dalam kerajaan adalah cerah.

Jadi keyakinan juga penting untuk menghadapi temuduga jawatan kerajaan. Oleh sebab itu, persediaan awal dari segi rujukan bagi jawatan yang korang ingin mohon itu amatlah penting. Walaupun setelah korang mendapat jawatan yang dipohon itu, korang masih lagi dalam tempoh penilaian bagi memastikan korang menjadi seorang penjawat awam yang baik dan juga menjalankan kerja dengan penuh integriti dan penuh tanggungjawab.

Download 50 Soalan Contoh Peperiksaan Online PT N17

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.