Ebook Fotografi Perkahwinan

Ebook fotografi perkahwinan merupakan antara yang pertama sekali dihasilkan oleh salah seorang jurugambar perkahwinan yang terkenal di Malaysia. Jika ada yang kenal dengan nama Azizan Abul Aziz yang merupakan salah seorang jurugambar perkahwinan dan komersil sejak tahun 2005 lagi. Ramai yang berkeinginan nak menjadi seorang jurugambar perkahwinan, tetapi adakah cukup dengan hanya ada kamera dan juga kelengkapan flash yang ada?

ebook fotografi perkahwinan

Bagaimana Nak Jadi Jurugambar Perkahwinan Yang Baik?

Jika korang ada cita-cita nak menjadi seorang jurugambar perkahwinan, sebenarnya tak susah kalau korang ada ilmu. Ilmu itulah yang dikongsikan oleh saudara Azizan dalam ebooknya iaitu Ebook Fotografi Perkahwinan yang lengkap bagi mereka yang ingin mendapatkan ilmu fotografi perkahwinan daripada orang yang berpengalaman dalam bidang ini.

Apakah jenis gambar yang nak ditangkap? Apakah gambar-gambar yang tidak sepatutnya diambil dan juga bilakah momen-momen penting yang akan berlaku sewaktu majlis akad nikah ataupun majlis perkahwinan? Hanya jurugambar perkahwinan yang berpengalaman sahaja yang mengetahui bila agaknya momen-momen tersebut akan terhasil. Jika korang baru nak mula, rasanya susah korang nak jawab soalan tu kan?

Rujukan untuk fotografi perkahwinan memang amat penting sekali sebelum korang berani untuk mengambil kerja-kerja tangkap gambar orang kahwin ni. Bukan senang nak dapatkan gambar yang baik kalau tiada latihan, nak seimbangkan cahaya ikut keadaan dan sebagainya. Jadi ebook dalam bentuk digital ini amatlah sesuai bagi mereka yang ingin dapatkan rujukan lengkap dari mula jurugambar bertugas sehinggalah peringkat post processingnya iaitu proses untuk menghasilkan album.

Apa Jenis Album Biasanya Jurugambar Perkahwinan Hasilkan?

Ada banyak sebenarnya, bergantung kepada pakej-pakej fotografi yang jurugambar tersebut tawarkan. Mungkin ada yang meletakkan hanya satu Coffee Table Book setebal 300 muka surat dan pakejnya hanya RM3,000.00 bagi satu event perkahwinan dan mungkin ada yang memberikan pelbagai tawaran lain lagi bergantung kepada berapakah nilai keuntungan yang mahu dicapai oleh jurugambar perkahwinan berkenaan.

Antara jenis album yang popular adalah seperti Custom Album, Photobook, Sticky Album, Coffee Table Book…harga bagi kesemua album tersebut adalah berbeza-beza. Jadi jurugambar juga harus bijak untuk menentukan pakej fotografi perkahwinan yang ditawarkan kepada pelanggan. Tawaran yang menarik + gambar yang cantik sudah tentu menarik lebih ramai pelanggan untuk bekerjasama dengan korang untuk fotografi perkahwinan.

Jadi kalau korang dapatkan Ebook Fotografi Perkahwinan ini sudah tentu lebih mudah untuk korang menjadi seorang jurugambar yang lebih baik walaupun korang belum pernah menghadiri mana-mana kursus fotografi perkahwinan yang mungkin jarang sekali diadakan. Tambahlah ilmu melalui kelas-kelas editing ataupun komposisi yang ada di group-group fotografi yang ada di Facebook berkenaan supaya gambar yang korang hasilkan untuk pelanggan lebih WOW dimata pelanggan dan seterusnya menjadi salah seorang jurugambar perkahwinan profesional di Malaysia ini.

6 Comments

  1. Jie Susanos January 30, 2017
  2. Oyong Ilham September 30, 2016
  3. Adam June 26, 2016
  4. titan June 23, 2016
  5. raihanah June 21, 2016
  6. kereta sewa shah alam June 20, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.