Fakta: Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang Seorang Jurugambar Perkahwinan

Zaman sekarang ni, nak ambil gambar perkahwinan, nampak macam senang je, beli je DSLR, korang macam dah mampu ambil gambar wedding. Tak kira la wedding sedara korang ke, abang korang ke, adik atau kakak mahupun anak bos korang. Maka korang dengan confident level yang tinggi berbekalkan kamera DSLR yang canggih, sebab orang kata nak ambil gambar wedding ni kena pakai DSLR, sebab boleh buat kabur belakang, gambar yang diambil dengan DSLR ni lebih sharp dan lebih cantik berbanding kamera kompak…betul ke?

Fakta: Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang Seorang Jurugambar Perkahwinan

Ada banyak fakta tentang seorang jurugambar perkahwinan yang korang sendiri perlu tahu dan sedar sebelum menjadi seorang wedding photographer..dalam skop fotografi ni, ambil gambar wedding merupakan salah satu cabangnya. Macam abang WazariWazir ni merupakan seorang Photojournalist, kalau nak jadi macam dia..teringin..cuba baca post dia tu. Ada orang share kat FB, seronok plak baca dia cerita..tapi itulah kenyataannya, ramai orang tak tahu..begitu juga dengan wedding photographer…

1.Kerja seorang wedding photographer ni sebenarnya kena datang awal..biasanya awal daripada semua orang. Alasannya sebab nak ‘book’ tempat sebab nanti time akad nikah, orang dah ramai..mana nak setting itu ini..nak fikir angle mana, light cukup ke tak, kat mana korang nak duduk dan sebagainya..apa yang penting, jangan silap masjid nak nikah….dan silap pengantin…sebab ada wedding photographer yang tak pernah jumpa pun photographernya..kenal daripada Facebook je..

2.Gear seorang wedding photographer ni ada banyak kategori…kekadang ada yang cuma gunakan satu body dan satu flash sahaja, tapi hasilnya tetap mantap..output tu photographer tu yang tentukan, korang sebagai client dah tengok..betul la tu. Ada juga yang ada lebih daripada 2-3 gear, tapi hasil hampeh juga..

3.Lepas shoot wedding, photographer ni bukan melepak saja…kalau lebih 1000 keping gambar ditangkap untuk wedding korang, masa untuk depa sort dan pilih gambar yang terbaik. Ingat sekali shoot terus ok ke? Mungkin daripada 3 gambar yang di tangkap, cuma 1 je yang boleh dipakai..

4.Jadi photographer ni kena alert dengan keadaan waktu wedding, moment dan juga apa yang nak jadi lepas satu-satu perkara tu, contohnya masa pengantin datang, lepas tu ada majlis apa dan seterusnya.

5.Hari raya, cuti sabtu ahad..biasanya photographer yang fulltime ni, memang tiada istilah cuti bagi depa..kecuali takde job..

6.Tak semua photographer mahir dalam semua bidang fotografi….ada wedding photographer yang cuma pandai tangkap gambar kahwin dan potrait sahaja, tapi fail kalau bab tangkap gambar landskap ataupun food photography..tapi kalau ada yang terer kesemua sekali, itu dah memang wajib la digelar ‘profesional’.

7.Bukan semua gambar yang diambil pada hari kejadian tu boleh di edit oleh photographer tu konon semua benda boleh dibuat dengan menggunakan Photoshop. Kalau korang hanya ambil pakej basic dan photographer yang korang kenal tu pun dalam kategori separa mahir, jangan ingat 100% teknik photoshop tu photographer tu dah abis mahir..Photographer bukan ahli sihir..

8.Album boleh siap dalam masa seminggu. Sebenarnya bukan mustahil…ye tak mustahil kalau photographer tu ada mesin printing sendiri untuk buat album tu. Tapi untuk siapkan tu, photographer tak payah la nak buat kerja lain..siapkan korang punya album tu je la.

9.Kerja editing….untuk editing, masa untuk photographer tu melakukan editing adalah subjektif. Sebabnya bergantung kepada style editing photographer tu sendiri. Ada yang ambil masa 15-30 minit nak edit satu gambar je..cuba kira sendiri kalau ada lebih 800 gambar untuk diedit dan masukkan dalam album?

10.Wedding photographer tolong ambil gambar pakai kamera telefon, kompem cantik..ye la sangat kan sebab dia kan photographer…ayat ni yang rasa aku amat kelakar tiap kali ada orang hulur telefon..aku pun pelik juga kenapa ada orang beranggapan macam ni..rasanya elok lepas ni korang beli tripod sendiri dan shoot untuk bergambar dengan pengantin..ada 5 orang nak tangkap gambar sekali…5 telefon sekali dibagi…macam takde teknologi Whatsapp agaknya kan?

Macam dah panjang sangat aku merepek..hahaa..ikut la kan korang nak baca ke tak sama ada korang ni seorang photographer wedding ataupun tak, profesional ataupun sekadar amatur. Ada banyak lagi sebenarnya fakta yang korang sendiri tahu, malas plak nak tulis panjang lagi. Pembacaan ni pun sekadar santai untuk korang tahu sebelum ada niat nak jadi photographer wedding ataupun ada niat nak ambil job tangkap gambar kahwin.

Kredit gambar : CMLeung.com

7 Comments

  1. Uncle Zuan August 17, 2015
  2. sabree hussin August 17, 2015
    • reez August 17, 2015
  3. Jie Susanos August 16, 2015
  4. seri August 16, 2015
    • reez August 17, 2015
  5. LabuLabi August 14, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.