Fenomena Myvi Baharu 2018

Myvi Baharu 2018 tak lama lagi akan launch.

Dah viral sana sini sebenarnya akan design baru dari Perodua ni. Memang nampak cun dan elegan sungguh. Sekali tengok dah macam Volkswagen Scirocco pun ada.

Myvi Baharu 2017

Memang mengancam kan?

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) membuka tempahan model Myvi Serba Baru yang menampilkan rekaan dan ciri terbaru lebih menarik.

Lima varian ditawarkan pada harga bermula RM44,300 hingga RM55,300 tanpa insurans.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, model Myvi terbaru dilengkapi ciri keselamatan terkini dikenali sebagai Advanced Safety Assist (ASA) melalui kamera khas di cermin depan kereta.

 “Myvi Serba Baru adalah 100 peratus rekaan tempatan yang dibangunkan selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan dan orang ramai.

“Selain padat dengan pelbagai ciri keselamatan terkini dan aerodinamik, Myvi Serba Baru ini menawarkan pemanduan menarik selain lebih nilai untuk wang,” katanya pada Majlis Pengumuman Media di Perodua Sentral, Petaling Jaya, hari ini.

Aminar Rashid berkata, model baru ini membolehkan Perodua mencapai sasaran jualan 6,000 unit kereta sebulan bagi tiga bulan pertama.

Terdahulu, Perodua Myvi Serba Baru ditawarkan pada varian 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (MT) berharga RM48,300, 1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300.

Varian 1.3L dan 1.5L dijana enjin DOHC Dual VVT-i dengan transmisi empat kelajuan automatik atau lima kelajuan manual (1.3G Standard saja).

Semua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Varian 1.5L pula didatangkan dengan Eco Idle System, Built-In Toll Reader manakala 1.5 Advance dilengkapi ASA.

Enam warna ditawarkan iaitu hitam granite, hijau peppermint, merah lava, ungu mystical, perak glittering dan putih ivory.

Sumber: Metro Online

Jom tengok gambar-gambar Myvi Baru ni. Kot ada yang nak menempah boleh booking kereta esok hari boleh rujuk harga yang ditawarkan untuk Myvi kali ini

harga Myvi Baru

Rasanya pada malam ni tak tidur la salesman Perodua nak uruskan booking ramai orang. Tak gitu?

Ok korang boleh enjoy gambar-gambar Myvi Baru ini ye.

myvi baharu 2018 myvi baru 2018 gambar myvi baru 2018

Fenomena Myvi Baharu 2018 harga myvi baharu 2018 harga myvi baharu kaler myvi baru

gambar myvi baru 2018 myvi baru 2018 gambar myvi baru

p/s: Aku dengar cerita daripada salesman Perodua sendiri, katanya harga bakal revised dan mungkin akan naik sedikit berbanding harga yang dipaparkan di atas.

16 Comments

  1. Ikhwan November 28, 2017
    • reez November 29, 2017
  2. NORIZA ABDUL RAHMAN November 16, 2017
  3. titan November 14, 2017
    • reez November 14, 2017
  4. sabree hussin November 14, 2017
    • reez November 14, 2017
  5. nikkhazami November 11, 2017
  6. thehaikal November 9, 2017
    • reez November 9, 2017
  7. Mybelajar November 9, 2017
    • reez November 9, 2017
  8. amirulfaiz November 8, 2017
    • reez November 9, 2017
      • bubu November 16, 2017
  9. mrhamafi November 8, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.