Guna Minyak Enjin Platinum Oil

Minyak Enjin Platinum Oil.

Rasanya baru beberapa minggu lepas aku servis kereta aku iaitu Proton Saga BLM. Sebelum ni aku cuma menggunakan minyak enjin yang ada di bengkel kereta berkenaan sahaja.

Pilih yang mana berkenan atau yang direkemen oleh bengkel berkenaan. Sebenarnya dah banyak jenis minyak enjin yang aku dah gunakan untuk kereta aku tu.

minyak platinum oil

Mungkin korang juga ada jenis minyak enjin atau minyak hitam (selalu orang panggil) untuk kereta korang tu. Tak kira la sama ada untuk kereta baharu ataupun kereta lama.

Penjagaan minyak enjin adalah perlu sebenarnya bagi memastikan enjin anda dijaga dengan baik supaya jangka hayatnya bertambah panjang.

Jadi jangan korang hairan pula kalau nampak kereta yang dah lebih 15 tahun masih lagi steady enjinnya dan masih dalam keadaan baik dan senyap.

Walaupun sekarang ni telah keluar model ‘hybrid’ yang mana memang terbukti lebih senyap berbanding enjin biasa, tetapi mungkin oleh sebab faktor harga kereta berkenaan, ramai yang memilih jenis enjin biasa.

Tapi kalau korang mampu, apa salahnya ambil kereta yang macam tu ye tak?

Aku ada la terdengar kawan aku yang memang selalu ikut konvoi kereta dan selalu la join kumpulan-kumpulan kereta ni yang katanya minyak Platinum Oil ni bagus untuk enjin.

Sedap pakai katanya…

Aku pun kebetulan mileage pun dah dekat untuk servis seterusnya. Jadi aku rasa boleh kot aku try untuk kereta aku. Mana tau ada kebaikannya aku dapat rasa.

Apa Kelebihan Pakai Minyak Platinum Oil?

Antara kelebihan yang aku dapat kenalpasti adalah seperti berikut:

1.Penjimatan petrol 15-20%

-setelah dua tiga minggu aku pakai, rasanya memang ada penjimatan disitu. Selama ni kalau aku isi penuh, boleh tahan sampai seminggu.

-selepas pakai minyak ni, ada lagi lebih dua ke tiga hari sebelum aku isi minyak untuk seterusnya. Maknanya ada lagi lebih..

2.Mileage sehingga 15,000 km dengan teknologi ZFT

-aku kurang pasti tentang ini, tapi apa yang aku pastinya cukup je mileage aku terus tukar minyak.Tapi sehingga 15,000 km tu banyak boleh jimat..takde la 3 bulan sekali kena tukar je kan.

3.Menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan

Aku baru pakai beberapa minggu, jadi mungkin kelebihan ni aku belum dapat rasa lagi. Mungkin kena pakai lebih daripada 2-3 tahun kot.

4.Meningkatkan prestasi enjin anda dari pelbagai aspek

Baru semalam aku dihubungi oleh ejen sah Platinum Oil nak tahu feedback aku setelah pakai. Mungkin masih terlalu awal rasanya.

Tapi kalau point jimat minyak tu aku mungkin agak bersetuju. Kena lama pakai baru rasa lebih lagi manfaatnya.

Aku tanya kawan aku yang dah pakai..sekarang ni sampai tahun kelima dia pakai untuk keretanya dan memang sangat puas hati.

Berapa Harga Platinum Oil?

Harga korang boleh cuba rujuk jadual yang disediakan kat bawah ni. Bergantung kepada jenis enjin dan umur kenderaan anda juga. Terpulang nak pilih yang mana.

harga minyak platinum oil

Ada bajet lebih boleh ambil yang paling mahal. Mana tahu boleh jadi lagi best enjin korang. Kalau tengok sendiri harganya tak mahal mana pun berbanding minyak lain yang lebih berjenama dan belum tentu ori tau.

Klik Untuk Tips Kereta Bijak, Jangan Sampai Kena Tipu!

Secara tak langsung korang boleh jimat lebih lagi dengan membeli sendiri minyak enjin yang korang ingin pakai. Tambahan pula dah ramai yang pakai minyak enjin jenis ini.

Tips aku bagi korang yang berminat nak dapatkan minyak enjin ini supaya cari ejen minyak Platinum Oil yang sah dan cuba tanya dulu kesesuaian yang mana satu untuk kereta korang.

tanya ejen platinum oil

Silap pilih nanti, kurang sesuai pula dengan kereta korang tu. Tak sedap nanti disalahkan pula ejen yang menjual, naya juga. Sebagai pembeli kita juga harus bijak memilih..kan?

Kebetulan salah sorang member sekolah aku merupakan ejen Platinum Oil. Tetapi disebabkan dia tinggal jauh daripada tempat tinggal aku, aku cuba cari ejen yang berdekatan supaya senang nak COD dengan penjual minyak platinum ni.

Ejen ni rupanya duduk dekat sangat dengan rumah aku. Aku cari ejen ni pun melalui Facebook je. Terpulang kepada korang sama ada nak COD ataupun boleh diposkan je minyak enjin tersebut terus ke rumah anda.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, itu merupakan minyak enjin yang aku gunakan setelah dinasihatkan oleh kawan aku tu gunakan yang mana.

Jadi dapatkan dahulu nasihat daripada ejen sebelum membeli. Jangan tersalah beli.

Nak beli, cari sendiri ye kat Google ataupun Facebook. Contohnya “Ejen Platinum Oil, Ipoh”.Whatsapp atau call ejen berkenaan untuk maklumat lanjut. Senang je.

Aku tak dapat apa-apa keuntungan pun buat entri ni sebenarnya. Tapi kalau ada ejen platinum oil yang nak letakkan nombor telefon mereka di blogpost ini boleh contact aku ye melalui contact form di atas untuk rundingan harga.

Satu link kepada page perniagaan korang dan juga nombor telefon sekali korang boleh letak. Mana tahu ada potensi client terbaca entri ini, boleh terus contact untuk buat pembelian..:D

7 Comments

  1. Belang Tarung May 11, 2017
    • reez May 11, 2017
  2. Uncle Zuan May 10, 2017
  3. adinsa May 10, 2017
    • reez May 10, 2017
  4. titan May 9, 2017
    • reez May 10, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.