Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa

Zaman sekarang ni zaman serba pantas, jadi banyak perkara yang korang buat dalam sehari tu boleh membuatkan korang lupa akan perkara-perkara kecil. Contohnya lupa letak kunci rumah kat mana, lupa kat mana letak handphone korang, lupa kat mana letak beg laptop, lupa kat mana korang letak beg kamera ke. Aku sendiri pernah terlupa handphone dan tertinggal di Car Wash, nasib baik la takde sape yang curi handphone aku masa tu, lega..

Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa

Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa

Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa

Guna TAG La Kalau Korang Memang Pelupa

Tapi kalau barang yang korang cari tu, ada dalam rumah je. Maklumlah kan, kalau rumah korang ada buat sistem 5S ke, risiko barang-barang yang kecil-kecil ni nak hilang tu mungkin rendah. Tambah plak kalau anak korang main kunci, main barang korang tu dan tak tahu letak kat mana. Mungkin ada bawah almari, mungkin ada bawah katil. Naya kalau korang keluar, takde kunci rumah, takkan nak biarkan rumah tak berkunci apabila keluar rumah kan?

TAG La, mungkin korang pun baru pertama kali dengar nama ni, sama la macam aku. Kalau korang tengok gambar kat atas tu, itulah rupa bentuknya. Nampak kecil, tapi besar juga fungsinya yang mungkin ada yang rasa ianya tak diperlukan, tapi di saat korang memerlukan nanti, barulah korang terfikir untuk dapatkan satu, tambah plak memang korang ni jenis pelupa orangnya..

Alat ini digunakan bersama telefon pintar atau smartfon korang. Boleh download apps untuk alat ini seperti dalam gambar tu. Ada untuk iOS dan juga Android. Jadi memang takde masalah nak pakai. Cara nak gunakan alat ini tak susah sangat, aku dah pakai alat ni dan sentiasa bawa dalam poket aku kemana aku pergi. Sebab aku ni jarang sangat tertinggal barang. Jadi kalau aku fikir barang lain aku rasa susah nak ingat kat mana nak cari nanti, aku attach kan sahaja TAG La ni bersama-sama barang tersebut dan boleh tahu kedudukan barang yang aku nak cari tu secepat mungkin.

Macam Mana Cara Nak Guna?

Lepas korang buka kotak, baca manual dan cuba fahamkan. Tak susah mana sebenarnya, paling ringkasnya adalah seperti berikut:

  1. Download aplikasi untuk peranti ini di Google Playstore ataupun Apps Store
  2. Klik pada settings dan ‘Activate’ kan peranti tersebut di smartfon anda.
  3. Tekan butang pada TAG La lebih kurang 3 saat dan tunggu bunyi ‘Beep’ menandakan ianya sudah aktif
  4. Buka aplikasi dan Connect peranti tersebut dengan smartfon anda.

Kenapa Korang Kena Dapatkan Alat Ni?

  1. Memudahkan korang nak cari barang yang selalu korang lupa letak. Ada alat ni setel masalah.
  2. Harga alat ni pun taklah mahal sampai beribu ringgit, takyah risau juga tak payah gunakan internet. Hanya dikuasakan dengan Bluetooth sahaja.
  3. Warna-warna yang menarik, jarak 100 meter pun boleh nampak jelas alat ni.
  4. Boleh hadiah kat awek, hadiah kat boifren yang pelupa, hadiah kat mak, hadiah kat cikgu yang mungkin banyak benda nak kena ingat.
  5. Mudah dibawa dan diselitkan dimana-mana. Boleh jadi keychain juga.
  6. Fungsi lain alat ini korang boleh gunakannya sebagai remote untuk selfie atau tangkap gambar mengunakan kamera telefon korang.

Jadi kalau korang berminat nak dapatkan alat ni, boleh rujuk website TAG La ini dan terus sahaja buat pembelian di web TAG La. Mudah dan cepat je. Ada banyak warna menarik untuk dipilih, best kan.

Website : www.tagla.com.my
Facebook : http://www.facebook.com/taglaTM

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.