Gunting Rambut Style Di Ipoh Barber & Comber

Selain tempat makan best di Ipoh ni, bagi korang yang ingin mendapatkan style rambut ala-ala hipster di Ipoh ni boleh mengunjungi salah satu kedai gunting rambut ‘hipster’ berdekatan dengan Kinta Riverfront Hotel, Ipoh. Kedainya betul-betul berhadapan hotel berkenaan, tak susah mana pun nak cari kedai gunting ‘hipster’ ni.

Ipoh Barber & Cromber

Sejak semalam lagi sebenarnya aku mencari kedai gunting rambut area Ipoh ni dan untuk tahun 2016 ni aku nak melakukan sedikit perubahan terhadap style rambut aku ni. Dulu memang layan ‘kedai anney’ je. Biasanya aku shave sekali dan macam biasa, kalau kedai anney ni ada khidmat urut-urut bahu sekaligus.

Kali ini aku cuba untuk dapatkan style rambut yang baru dan insyallah akan kekal style yang aku suka ni. Jadi semalam aku mencari kedai gunting rambut hipster ni. Target aku lepas aku hantar wife aku pergi kerja di UTC Ipoh tu, aku terus je gerak jalan kaki ke Eroll Barber berdekatan UTC tu, tapi malangnya kedai tutup. Tengok waktu operasi, masih lagi dibuka. So aku decide tanya kat Facebook plak kot ada kekawan pernah pergi kedai lain selain Eroll Barbershop yang mungkin sangat femes di Ipoh ni.

Jadi aku bercadang nak ke kedai gunting rambut pada sebelah petang harini. Mula-mula aku ke kedai gunting di dalam Restoran D Polo, Ipoh, tapi malangnya kedai tu pun tutup juga. Aku terus ke kedai gunting rambut seterusnya dan alhamdulillah Ipoh Barber & Comber dibuka dan ada orang sedang gunting rambut, aku pun duduk la di kerusi sambil tunggu turn aku plak.

Gunting-Rambut-Style-Di-Ipoh-Barber-&-Cromber

Duduk je atas kerusi, brader tu pun tanya nak style macam mana, aku pun tak tahu sangat style yang macam mana yang ok, sekali aku tengok brader sebelah hujung tu punya style, macam best je tu, terus aku decide buat macam tu juga. Memang best kat dalam kedai gunting ni sebab keselesaan yang maksimum. Sejuk je air cond dan tempat menunggu yang sangat selesa sekali. Takde pun rambut bersepah di sana sini, walaupun ada rambut jatuh, cepat-cepat depa sapu dan bersihkan semula..cemerlang.

Kalau korang nak tengok result sebelum dan selepas, korang boleh tengok gambar di atas. Aku tangkap gambar sebelum dan selepas aku gunting rambut. Aku tengok balik macam tak percaya je kan.aha..

Mahal Ke Gunting Rambut di Ipoh Barber & Comber?

Bagi aku, harganya tak mahal..sangatlah berpatutan. Kalau biasa aku gunting rambut di kedai anney tu, memang tak lari daripada RM15.00. Biasa aku shave sekali, dan rasanya nak dapat style macam dalam gambar tu, mungkin susah kot. Bau rambut pun wangi, tak payah nak mandi dan takde plak rasa miang-miang badan disebabkan rambut yang jatuh tu. Kemas je gaya guntingan dan kalau korang nak pergi dating lepas tu pun rasanya makwe korang jatuh cinta berganda agaknya..ahaha..

Kadar gunting rambut bagi kanak-kanak ialah – RM10.00

Kadar gunting rambut bagi Dewasa┬áialah – RM15.00

Aku minta dia buang misai dan trim sikit janggut, harga masih sama dan apa yang penting servis memang terbaik. Taraf 5 bintang la katakan. Masa bila ramai atau sikit orang, aku tak tau la kan. Kalau korang nak datang ke kedai ni, jangan lupa tengok juga waktu operasi Ipoh Barber & Comber ni ye.

Waktu Operasi Ipoh Barber & Cromber

Kalau korang tengok, tutup pada hari Isnin ye..so kalau korang pergi hari Isnin memang tak bukak la kan. Kalau ada yang nak menginap di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, korang boleh jalan kaki terus ke kedai gunting rambut Ipoh Barber & Comber ni. Pada malam hari korang boleh bersantai di Kinta Riverfront, Ipoh. Banyak aktiviti yang boleh dibuat di situ sehingga lewat malam, tak payah nak pergi jauh-jauh ye. Semuanya ada untuk percutian di Ipoh yang sangat bermakna.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh lihat dan boleh like page Ipoh Barber & Comber.

8 Comments

  1. zik January 9, 2016
  2. titan January 7, 2016
  3. Anuar January 7, 2016
  4. Sobri Mansor January 6, 2016
  5. Raihanah Ahmad January 5, 2016
  6. eintan nurfuzie January 4, 2016
  7. Uncle Zuan January 3, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.