Irama Malaysia Buat Gua Cair

Sejak dua tiga hari ni aku rasa semacam sebabnya aku makin tambah minat dengan Irama Malaysia iaitu lagu-lagu yang penuh lenggok ni. Aku boleh cair kalau ada orang nyanyi lagu Irama Malaysia ni yang begitu sedap macam salah sorang idola aku sekarang ni iaitu Pak Idris dari Kilauan Emas 3. Agak terkilan sebab aku tak dapat nak tengok Final, sebab masa tu tak silap aku, aku ada kat JB rasanya.

Idris Kilauan Emas 3

Cerita pasal Pak Idris ni aku baru nak selidik background dia. Masa Kilauan Emas 3 tu sedang ditayangkan, aku tak fokus sangat, sebab banyak keje nak buat. Tapi aku tau, suara Pak Idris ni amat ohsem sekali..tambahan plak masa dia goyang lenggok tu..ewah..aku kalau ada awek la nyanyi lagu lenggok-lenggok gini..memang boleh berhenti buat keje…tengok dia nyanyi dulu.

Walaupun Pak Idris ni dapat Naib Johan je, aku rasa dia patut dapat Johan sebab memang suara di evergreen macam idola aku irama pop ni tak lain tak bukan..Jamal Abdillah yang boleh nyanyi apa juga lagu..paling aku rasa tersentuh ada satu video di Youtube ni aku tengok..sampai menangis, menusuk  jiwa lagunya dibuat dek Jamal Abdillah ni..sampai orang yang dengar di sebelahnya boleh menangis..cuba tengok video kat bawah ni kalau tak caya..

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Gdo_1Hwy0aE[/youtube]

Aku sendiri secara automatik menitis air mata tengok video ni sampai abis…:(

Nak tengok lagu-lagu best dari Pak Idris ni? Jom tengok video-video kat bawah ni..memang best belaka…:D

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=DcgJ0DUEPkE[/youtube]

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=-O1lwRhnC3A[/youtube]

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=nWZDIOwNLs8[/youtube]

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=gvCnIOk8XH8[/youtube]

Kalau Pak Idris ni duet ngan Jamal Abdillah buat konsert..rasanya memang confirm aku pegi….:D

15 Comments

  1. Khairul Zamri June 22, 2013
    • reez June 22, 2013
  2. ejam June 21, 2013
    • reez June 21, 2013
  3. fyna June 21, 2013
  4. titan June 21, 2013
  5. azman June 20, 2013
  6. Neu June 20, 2013
    • reez June 20, 2013
      • Neu June 20, 2013
        • reez June 20, 2013
  7. Mus June 20, 2013
    • reez June 20, 2013
  8. MK Kimi June 20, 2013
    • reez June 20, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.