Jam Tangan Boy London Menggamit Memori

Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 80an ataupun sebelum tentu kenal jam ni..

jam-boy-london

Korang kenal ke tak?

Masa zaman sekolah aku dulu, sesiapa yang ada jam tangan ni dulu sangatlah bergaya. Digayakan pula dengan tali pinggang GQ yang ada besi kat belakang ekor tu. Apa yang tak bestnya dan rasa pelik, kat sekolah tak boleh pakai tali pinggang tu.

Alasannya berbahaya, sebab belakangnya besi, boleh dibuat senjata. Betul juga tu kan. Masa tu budak-budak memang nakal dan mana sempat je ambil apa yang ada dibuat senjata nak bergaduh.

Berbalik kepada jam tangan ni, kalau korang nak tahu jam tangan Boy London ini merupakan jenama fesyen yang sudah lama ada di pasaran fesyen dunia sejak tahun 1977 lagi. Bolehlah digelarkan vintage juga.

Apa yang sangat uniknya jam ini, paparan jam boleh bertukar warna mengikut suhu semasa. Kalau panas, warna akan bertukar dan juga sebaliknya. Itu yang membuatkan jam ini amat unik sekali.

jam-boy-london-terbaru

Jam ini pun sudah mengikut peredaran zaman kerana jenamanya masih ada, tetapi design jamnya sudah berubah mengikut trend semasa. Korang kalau nak dapatkan jam jenama Boy London, boleh cuba tengok di Lazada. Harga pun tak mahal sangat, dalam RM150.00 dan ke atas je bergantung kepada design.

Kalau barang-barang vintage ni, boleh juga dicari di Ebay ataupun kalau bernasib baik boleh jumpa di Pasar Karat. Tapi harganya tentu mahal kalau di pasar karat.

Terjumpa satu blog niche jam dalam Bahasa Melayu bagi mereka yang minat dengan jam ni. Korang boleh baca blog Dunia Jam ada cerita penuh tentang jam ni.

Memang jam tangan Boy London ni menjadi kegilaan bebudak sekolah pada masa tu. Sampai letak dalam peti sejuk sebab nak tengok jam tu berubah warna apa dan pakai jam tu walaupun dah beku..haha..

Banyak lagi barangan vintage yang mungkin korang pernah pakai, contohnya seperti kamera filem yang sudah beralih ke digital.

Paling susah nak cari adalah tali pinggang GQ tu, memang lejen sekali sampaikan nak cari gambarnya di Google pun tak jumpa. Dah stop production dah agaknya kot. Kalau terjumpa, mesti mahal dijual semula..

p/s: Nampak sangat dah tua..duk cari barang vintage plak kan

26 Comments

  1. titan December 11, 2016
  2. aliem December 3, 2016
  3. sbc November 27, 2016
    • reez November 28, 2016
  4. sabree hussin November 22, 2016
  5. nila anggraini November 17, 2016
  6. Uncle Zuan November 17, 2016
    • reez November 17, 2016
  7. Ezad Skytech November 16, 2016
    • reez November 16, 2016
  8. Yani November 16, 2016
  9. Amin Hakim November 15, 2016
  10. Lia Hasty November 15, 2016
  11. raihanah November 14, 2016
  12. Azlan November 12, 2016
    • reez November 13, 2016
  13. Zaini November 12, 2016
    • reez November 12, 2016
  14. Ikhwan November 11, 2016
    • reez November 12, 2016
  15. hidup mulia November 11, 2016
    • reez November 11, 2016
  16. Blogger Lelaki November 9, 2016
    • reez November 9, 2016
  17. nikkhazami November 9, 2016
    • reez November 9, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.