Jana Trafik Blog Dari Youtube Marketing

Salah satu cara yang popular untuk meningkatkan trafik blog adalah menggunakan Youtube iaitu video marketing. Youtube Marketing dan juga Video Marketing nampak sama..tapi sebenarnya amat berbeza. Video marketing lebih luas..dan Youtube Marketing, mungkin hanya terhad di Youtube.com sahaja. Paham tak?Kalau tak paham..cuba la paham kan..hehe.

Jana Trafik Blog Dari Youtube Marketing

Bagaimana Nak Jana Trafik Blog Dari Youtube?

Ada banyak cara sebenarnya nak buat :

Ada cara salah..dan senang..
Ada cara salah dan susah..
Ada cara betul dan senang..
Ada cara betul dan susah..

pening bukan? Aku yang tulis ni pun pening.

Panduan Buat Duit Dengan Youtube

Konsep video marketing ni dah wujud lama dah. Dan aku dah mencubanya pun telah lama..cuma aku tak serius sangat disebabkan masa tu aku takde sambungan internet yang berkelajuan tinggi macam sekarang. Kalau nak tahu, sebelum tido, memang aku tengok beberapa Youtube Channel yang best untuk hiburan sebelum tido.Bukan hiburan je..ilmu agama ada,ilmu marketing affiliate ada dan memacam lagi yang boleh diexplore korang.

Mesti susah kan nak dapat trafik dari Youtube ni? Kompem la kena femes..macam Mat Lutfi tu kan? Dia femes..senang la nak dapat trafik tinggi..betul tak?

Aku tak kata salah..dan itu merupakan cara yang betul…dan susah..sebabnya ingat senang ke Mat Lutfi tu nak buat video yang punya best,kelakar dan banyak bagi pengajaran kat orang. Dengan editing lagi..itu semua kena ada ilmu..takde..memang korang takkan dapat la nak buat camtu.

Macam minat plak aku nak buat video marketing ni.Insyallah aku akan start pada tahun 2014 nanti iaitu aku akan concentrate lebih kepada affiliate Clickbank nanti sebabnya target 2014 aku adalah nak dapatkan income dari Clickbank plak.

Ada banyak lagi cara nak dapat trafik..salah satunya lagi adalah dari Ebay..cara ni aku tak pernah guna lagi dan tak pernah tahu pun caranya.Mungkin ada triknya disitu..Pakej Jana Trafik Ebay ni mungkin boleh bantu korang sikit..cara nak curi trafik dari Ebay..Kalau korang nak tahu..trafik di Ebay memang bagus..cuma aku agak, mungkin ada kena mengena dengan keyword targeting..:D entah..aku pun tak tahu..:D

Kalau korang ada yang tak faham apa yang aku cakapkan ni…takpe..lama nanti mungkin korang akan faham..teknik dan cara yang aku gunakan, mungkin berbeza dengan medium blogging di Malaysia, sebab asalnya aku gunakan Youtube untuk trafik blog..apa yang best apabila video aku tu hit tinggi..memang pernah aku dapat hit yang tinggi dari Youtube….tapi disebabkan aku tak serius..dan internet pun tak laju mana..baik aku concentrate perkara lain..:D

Dah rasa ke trafik dari Youtube? Aku dah rasa…memang best…kalau tak caya..cubalah…:D

p/s: sebenarnya teknik Youtube Marketing ni ada kena mengena juga dengan Tutorial Cara Guna Google Planner ni..sebab nak dapatkan targeted traffic..bukan sesuatu yang senang sangat…:D

16 Comments

  1. hazman aka species1980 October 25, 2013
    • reez October 25, 2013
  2. Ummi Hanie October 24, 2013
  3. reez October 23, 2013
  4. hafizmd October 22, 2013
  5. blogger lelaki October 22, 2013
  6. JOBS VIEW October 22, 2013
  7. Arman October 21, 2013
    • reez October 21, 2013
      • Arman October 26, 2013
        • reez October 26, 2013
  8. Mohd Shubhi October 21, 2013
    • reez October 21, 2013
  9. Akuro San October 21, 2013
    • reez October 21, 2013
  10. titan October 21, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.