Jangan Takut Makan Atau Minum Di JB

Contest Custom Made Sticker Kereta aku tengok macam amat rancak je berlangsung…ramai yang menjoinkan diri..mungkin sebab hadiahnya yang amat best tu..aku tak buat apa pun, bizi dengan macam-macam, so sempat buat satu post je la untuk contest tu..:D

Sebelum korang takut nak baca post ni, elok rasanya aku terangkan dahulu..post ini sebenarnya adalah post kehairanan aku mengenai harga air yang macam melampau sangat plak naiknya. Bukan apa, kalau korang tengok gambar di bawah ini, sure korang kenal dengan menunya bukan?

Custom-Made-Sticker-Kereta

Gambar ini diambil dari jarak dekat, so nampak macam besar gedabak ye kan? Tapi saiz gelasnya memang saiz standard gelas biasa yang dimasukkan air yang bernama Limau Ais. Tapi taktau la kat tempat korang panggil apa. Dalam air ni takde pun asam boi untuk tambah rasa sedapnya. Sebab memang kalau bubuh asam boi, memang lagi best rasanya dan sedap diminum waktu cuaca panas. Mungkin lagi hebat dari Sirap Limau yang aku tak berapa nak layan sangat berbanding Limau Ais ni yang boleh buat aku tenang seketika meminumnya..

Kalau siapa perasan, aku pernah post gambar ini di Facebook dan ada juga yang meneka dengan tepat harga dua Limau Ais ini. Sape yang tengok, kompem tahu berapa harganya. Berapa harganya bro dua gelas ni..? RM5.00 ya..Ringgit Malaysia, dan bukannya Singapore Dollar..hehe.

Sebenarnya bukan semua tempat kat JB yang mahal harganya. Mungkin tempat ini yang aku makan ini sahaja kot yang harganya bukan main sekali mahal. Bukan takat air je mahal..boleh katakan, semuanya mahal kat sini. Padahal restoran tepi jalan je, takde air cond pun makan kat sini. Mungkin pada mereka yang selalu makan makanan mahal tu, anggap perkara ini…biasa…dan tak kisah pun sebab memang dah lumrah di sana.

Kalau korang nak tahu, kat tempat ni antara tempat sedap makan ikan bakarnya. Nak tak nak, bayar je la sebab memang ikan bakarnya sangatlah sedap dan amat femes sekali kat JB tu. Mungkin ada yang tahu…mungkin ada yang tak, korang cari la sendiri..bukak Facebook aku dan cari kat mana aku makan tu..:D

Custom-Made-Sticker-Kereta

Korang tengok plak ABC yang kat gambar atas ni…sangat menyelerakan. Aku ngan wife aku balik JB, mengidam ni sebenarnya.. ya..ABC Kampung Melayu..sangat best..dan memang takde pun kat memana kat Ipoh tempat aku ni. Memang ABC Ipoh tak dapat nak lawan rasa sedap dan harganya tak la mahal mana pun, standard harga ABC Special kat gerai-gerai biasa tepi jalan tu. Apa pun port nak makan ni memang gak ramai dan memang sentiasa ramai orang. Kalau korang jenis tak suka tempat yang agak sempit dan agak sepah juga…digalakkan korang makan kat tempat lain, tapi memang takkan dapat ABC yang sedap ni..

So paham? Jangan korang pergi JB, takut plak nak order air atau makan….tapi sekarang pun dah standard area sana, Nasi Goreng Ayam, RM5.50 minima…kat Ipoh ni masih lagi RM4.50 kalau tak silap…asalnya dulu RM3.50 je…kat tempat korang macam mana plak harga Limau Ais? Mahal macam tu ke?hehe..

p/s: Ada yang kata…Limau Emas agaknya tu…:P

15 Comments

  1. Noorfadzilah January 21, 2015
  2. luthfi September 23, 2014
  3. oshin January 22, 2014
  4. onlajer January 21, 2014
  5. akubiomed January 21, 2014
  6. Juan January 21, 2014
    • reez January 21, 2014
  7. Fadhil Husin January 21, 2014
    • reez January 21, 2014
  8. cik amal January 21, 2014
    • reez January 21, 2014
  9. titan January 21, 2014
    • reez January 21, 2014
  10. Irwan Alessa January 21, 2014
    • reez January 21, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.