Kagumnya Dengan Blogger Ni

Pada mulanya aku memang agak buntu juga nak buat entri bagi Contest Blogger Yang Dikagumi ni. Nadot yang buat dan walaupun aku tengok hadiahnya macam biasa-biasa je, tapi siapa tak nak rebut kan hadiah dari luar negara tu beb..bukan senang nak dapat..FREE plak tu kalau menang. Takde niat pun sebenarnya aku nak menang contest ni sebab memang dalam 100 contest aku join, mungkin satu je yang aku dapat menang.

Kagumnya Dengan Blogger Ni

Siapa Blogger Yang Aku Kagum Sangat Tu…?

Pertemuan aku dengan beliau masa tu buat aku terpinga-pinga gak sebenarnya. Sape mamat panjang ni..tetibe je tegur aku kat SBB2014 aritu..salam dan sembang macam dah kenal lama..ok, untuk tidak membuat situasi jadi amat janggal..aku pun layan la..dia nampak aku macam terkebil-kebil macam itik makan belacan, dia sebut plak nama blog dia, terus aku kenal.

Masa mula-mula aku baca blog dia, macam bosan je..memang serius aku bosan dengan blog dia dulu…macam takde arah tujuan je aku tengok dia buat blog dia tu dan jarang-jarang plak updatenya..Aku kalau dah boring dan jarang update, memang jarang sungguh aku jenguk…

Lepas SBB2014 aritu, ada juga dia contact aku bertanyakan tentang email marketing…ohho…nampaknya mamat panjang ni nampak sesuatu dan dia dah nampak jalan yang dia nak pergi, cuma mungkin agak kabur. Tak lama lepas tu plak aku mula nampak perubahan pada entri-entri dia dan aku mula nampak dia mula fokus pada niche yang mungkin orang lain tak nampak..

Memang satu kelebihan bagi seseorang blogger yang mempunyai ‘sixth sense‘ ni…Aku pun tak faham kenapa ada blogger yang suka ikut-ikut dan tak buat apa sebenarnya yang orang lain tak nampak. Tapi mamat panjang ni nampak, dan dia teruskan je perjalanan dan ambil pula langkah lagi satu dengan memberanikan diri untuk terjah ke satu lagi niche yang memang amat terlajak laris iaitu niche Kerjaya..

Sekali dia meletup…aku sendiri pun terkedu tengok sales yang dia dapat dan aku tengok dia memang tak pandang belakang dah. Dia teruskan je apa yang dia dah buat tu dan maintain sampai sekarang. Aku rasa kalau dia nak teruskan untuk niche lain pun, dia boleh senyum je sebab segala selok belok marketing dah ada dalam kepala dia je. Cuma nak maintain tu, mungkin agak susah untuk tempoh masa yang lama. Tapi aku yakin mamat panjang ni memang ada perancangan dia sendiri..

Mamat Panjang aka Profhariz

Ada lagi ke blogger yang aku kagumi?

Sorang lagi blogger ni pun aku jumpa masa SBB2014 aritu juga. Sangkaan aku meleset sama sekali masa aku sampai kat Saloma Bistro haritu, ingatkan mamat ni macho dan hensem..dan masih muda remaja lagi..tapi dah macam pakcik-pakcik plak..tapi masih bergaya dengan blazer yang dipakainya..pandai buat penyamaran…mula aku tengok je dia, terus aku salam dan cakap nama blog dia..memang tepat tekaan aku..hahaa.

Apa best sangat pakcik ni sampai aku kagum sangat?

Pakcik ni aku kagum sebabnya dia merupakan seorang fulltime blogger dan juga blogger yang sentiasa senang memberikan panduan demi panduan bagi blogger-blogger baru yang ada. Ada sekali tu aku tengok pakcik ni mengamuk sebab ada blogger yang hanya tengok, tapi tak buat pun apa yang diajarkan tu..huhu..tak buat, mana nak dapat ye tak?

Dah tu jangan salahkan orang..diri sendiri sebenarnya yang tak usaha seperti yang diharapkan. Mungkin korang rasa usaha korang tu dah cukup, tapi sebenarnya tidak, selagi korang belum dapat hasilnya, janganlah berhenti..

Lagi satu perkara yang aku kagumnya pakcik ni..banyak sangat plak idea dia ni nak tulis entri blognya. Sehari kekadang tu sampai 3-4 post..jenuh juga nak baca. Dulu macam tak best nak baca blog pakcik ni sebab ruangan komen tu takleh letak URL, kena login la plak..satu kelecehan nak gi komen…zzz

Dari segi nak lawan bagi kategori SEO, memang amat kalah lah..pakcik ni pun dah lama berblogging dan pengalaman dia jauh lagi banyak daripada aku dalam bidang blogging Malaysia ni. Tengok je la Alexa Rank dia..mak ai punya la dasat kan..

Pakcik Blogger aka HasrulHassan

Gadis Comel Ni Pun Aku Kagum

Gadis comel ni aku kagum juga, sebabnya banyak contest yang best-best gadis comel ni menang dengan bergayanya..amboilah dia. Nak lawan memang susah sangat la kalau berlawan contest dengan dia ni. Mungkin strategi dia ni sebab dia ada team blogger hensem yang selalu dikepitnya tu..itu memang senjata rahsia dia kot. Mamat hensem tu plak duk layan bela burung plak menambahkan lagi ilmu penyamaran depa tu. Konon jual burung..tapi sebenarnya blogger yang hebat gila.

Ada lagi satu yang aku kagum dengan gadis comel ni, pandai urus bisnes sendiri walau dimana dia berada. Apa yang bestnya gadis ni selalu sangat cuti-cuti ke luar negara..jeles gak aku tengok dia selalu ke sana kemari naik turun flight..peh..macam naik bas pun ada. Lagi satu aku rasa ‘bengkek’ je sebab dia tayang kereta Mini Cooper kat aku..ciss sungguh rasanya masa tu..kalau bawak aku naik takpe le juga kan..ada la bebunga sikit hati ini..ececeeceh..

Kagum juga yang dia ni memang suka memerhati je..kalau dia datang komen kat blog aku ni, macam satu anugerah Nobel rasanya..fuh..mungkin dia tak bape suka dengan blog aku ni atau mungkin dia juga jeles macam mamat cendol tu juga tengok komisen-komisen yang aku update tu..(konon)..

Gadis Comel aka AkmaOmar

3 Blogger yang aku cerita kat atas tu merupakan blogger-blogger yang aku amat kagum dengan apa yang mereka boleh buat. Memang kalau nak diceritakan, memang aku sendiri tak dapat nak ikut jejak langkah mereka tu. Ketiga-tiganya ada keunikan dan kehebatan tersendiri yang mana sangat unik. Kalau korang dapat nilai sendiri, ketiga-tiganya memang amat berlainan sama sekali kan?

Terpanjang plak tulis, harapnya takde le sesape boring baca ini entri…heehe..

p/s: Esok aku nak gi cuti-cuti dalam Malaysia je..sila jeles…hahaa.

Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my)

39 Comments

  1. Yeen February 10, 2015
  2. Noorazlin @ Bizznurse January 2, 2015
  3. Hasrul Hassan December 30, 2014
    • reez December 30, 2014
  4. fyna November 16, 2014
  5. kak yati Adam November 14, 2014
    • reez November 14, 2014
  6. cikgu naman November 9, 2014
  7. Hazman Fadzil November 5, 2014
  8. sabree hussin November 5, 2014
  9. duniafarisya November 4, 2014
  10. titan November 3, 2014
  11. Azuan Razi November 2, 2014
    • reez November 2, 2014
  12. oh kiji November 2, 2014
  13. KiD November 2, 2014
  14. Afiffuddin November 2, 2014
  15. fatihahfazlin November 1, 2014
  16. Pendekar November 1, 2014
    • reez November 1, 2014
  17. MrZamri November 1, 2014
    • reez November 1, 2014
      • MrZamri November 1, 2014
  18. siti hazreen October 31, 2014
  19. akubiomed October 31, 2014
  20. Scha Nazri October 31, 2014
  21. Akma Omar October 31, 2014
    • reez October 31, 2014
  22. siti travelog October 31, 2014
  23. ema October 29, 2014
  24. Miracle Vitamins October 29, 2014
  25. Abdfatah October 28, 2014
  26. blogger lelaki October 28, 2014
  27. Fadhil October 28, 2014
    • reez October 28, 2014
  28. Nadot October 28, 2014
    • reez October 28, 2014
    • reez October 28, 2014
  29. AZENI AHMAD October 28, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.