Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2017

Kalendar Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) telah pun dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk lebih terperinci korang boleh lihat sendiri seperti gambar di bawah ini.

Kalendar MUET 2017

Jika diteliti, tarikh untuk menduduki ujian bertulis sudah semakin hampir iaitu pada 11 Mac 2017. Jadi adakah calon-calon sudah bersedia sepenuhnya? Jika tidak, mungkin calon-calon perlu mendapatkan bahan rujukan yang ada di pasaran untuk mengulangkaji secara ‘last minute’.

Klik Untuk Dapatkan Panduan MUET Terbaik

Kenapa Peperiksaan MUET Ini Penting?

Peperiksaan MUET adalah khas bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Pertama di Universiti-universiti di Malaysia. Jadi peperiksaan MUET ini merupakan penanda aras supaya calon yang telah ditapis benar-benar layak untuk berada di universiti kerana seperti yang korang sendiri tahu semua bahan rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Jadi peperiksaan MUET ini perlu bagi memastikan calon-calon yang ingin melanjutkan pelajaran boleh menjadi seorang pelajar yang baik dan tidak berasa sukar apabila sudah berada di universiti.

Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November. Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).

Kena Bayar ke Kalau Nak Ambil MUET?

Kadar bayaran yang dikenakan cuma RM100.00 sahaja dan dikuatkuasakan mulai tahun 2012. Jadi kepada calon yang telah membuat bayaran, sudah semestinyalah mahukan keputusan yang cemerlang kerana kalau tidak, RM100.00 akan dibazirkan begitu sahaja.

Untuk mendaftar, calon-calon boleh membuat permohonan secara dalam talian iaitu melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu diĀ http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.

Setelah membuat pendaftaran, calon boleh menyemak status permohonan melalui web MPM ataupun secara SMS. Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

Jadi kepada calon-calon yang akan hadir pada ujian bertulis pada 11 Mac ini diharapkan dapat membuat persediaan yang secukupnya supaya anda mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya mendapat tempat di universiti-universiti yang telah anda pilih.

Tentu impian anda sejak sekolah ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dan mendapat pekerjaan yang bagus untuk masa depan. Penat belajar, dah tentulah nak kerja yang bagus kan?

Buat yang terbaik untuk ujian ini dengan berpandukan rujukan-rujukan daripada mereka yang pakar.

Contohnya calon-calon yang mungkin berminat nak dapatkan PanduanMuet ini. Ianya ditulis oleh Bekas Penanda Kertas MUET itu sendiri. Jadi pengalaman yang beliau ada sudah tentu dapat memberikan panduan yang sangat jelas kepada calon-calon.

Ramai yang dah beliau bantu untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET. Mungkin anda juga boleh menjadi salah seorangnya juga.

Klik Untuk Dapatkan Panduan MUET Terbaik

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.